Aktiviti

84 4 0
                                    

Ramai wanita yang setkan aktiviti mereka sepanjang tempoh mengandung dengan aktiviti yang ringan dan tidak memenatkan. Maklumlah, bila perut makin memboyot, kaki terasa cepat letih dan lenguh, nafas pun cepat mengah. Jadi, aktiviti ringan sajalah yang terisi dalam kebanyakan masa. 

Sepanjang waktu mengandung dulu, aku telah setkan beberapa aktiviti untuk masa lengang. Tapi banyak aktiviti lagha jelah.

Aku bernasib baik kerana hanya bekerja di rumah saja. Tak adalah penat sangat nak hadap trafik, cari parking, dan sebagainya. Tapi bekerja di rumah pun kadang membosankan. Tak ada masa nak cuci mata!

Ada masa terluang, lebih-lebih lagi bila sang suami tiada kerja yang dia lakukan, aku selagi boleh mahu mengajaknya ke mana-mana saja, asalkan dapat berjalan. Round-round taman dalam kereta pun takpe! Kadang tu, aku berimaginasi yang kami membawa anak berjalan di taman, si anak bermain gelongsor, kemudian apabila dia penat, dia akan datang kepada kami untuk minum air dan makan bekalannya.

Seronok sangat bila dapat luangkan masa begitu nanti!

Sejak awal lagi, aku sudah berangan-angan untuk membawa anak ke beberapa tempat yang kami rancangkan. Antaranya Aquaria, Petrosains, kedai buku Kinokuniya atau pesta buku Big Bad Wolf... terlalu banyak! Walaupun masih jauh perjalanan, aku selalu berdoa agar satu hari nanti kami mampu untuk lunaskan semua rancangan tersebut bersama anak kami.

Haih, bukan main lagi jauh angan, ye?

Kembali ke dunia nyata, aku tak banyak buat aktiviti luar sepanjang mengandung. Aku banyak luangkan masa bersama laptop (setelah lama terpisah selama hampir tiga bulan semasa tempoh morning sickness dulu).

Aku kembali bermain game di Steam (jemput add di Steam: HaniAmy). Aku main segala macam game yang pernah dibeli tapi tak termain sebelum ni. Paling aku ketagih pada waktu itu adalah game The Binding of Isaac. Aku beli base game dan kesemua DLC yang ada dan aku bantai main game itu sampai kesemua achievement aku capai. Kadang tu, aku rekod aku bermain game itu secara santai ataupun bila aku mahu buat giveaway #HaniBelanjaBuku di Twitter. Aku seronok main game tu sampai aku termimpi-mimpi! Allahu, teruk betul perangai! Tapi itulah masa untuk pulun main game. Dah beranak nanti, memang tak la dapat peluang macam tu.

Selain jalan-jalan tak tentu hala dan bermain game, aku juga buat misi merendahkan menara buku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selain jalan-jalan tak tentu hala dan bermain game, aku juga buat misi merendahkan menara buku. Aku tengok komik dan novel yang dibeli dulu tinggi menggunung tak terbaca. Ada yang dah naik habuk pun. Kesian tengok buku-buku tu. Jadi, aku mula baca satu persatu, mana yang aku mampu, sampailah tiba waktu bersalin nanti. Dalam antara buku-buku yang aku baca, aku selitkan pembacaan aku dengan info dan ilmu tentang kehamilan dan melahirkan, serta menjaga anak. Aku jarang baca buku sebegini, tapi demi anak yang bakal dilahirkan, aku mahu bersedia dalam semua aspek bermula tempoh mengandung lagi. Untuk dapatkan visual yang lebih terperinci, aku cari video di YouTube. Semangat betul aku masa tu. Teruja pun ada. Aku terlalu sayangkan anak ni sampaikan setiap apa yang aku buat, baca, dan tengok, aku akan bagitahu padanya. 

Bila dah penat membaca, pada waktu malam pula, aku akan hadap laptop untuk layan Netflix

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bila dah penat membaca, pada waktu malam pula, aku akan hadap laptop untuk layan Netflix. Sebelum ni, terlalu banyak siri dan movie yang aku tanda untuk dimasukkan ke dalam list aku. Inilah masanya! Tak banyak yang aku dapat habiskan gara-gara aku rasa badan aku cepat letih sepanjang mengandung. Ada waktu lepas Isyak saja aku sudah tumbang ke atas katil dan tidur hingga ke Subuh. Aku ingat aku berjaya tengok siri anime Hunter X Hunter sampai season berapa pun aku tak ingat, tapi baru masuk arc Semut. Aku juga ada curi-curi tengok siri How I Met Your Mother bila suami aku pasang di laptopnya. Sempat juga aku minta suami aku pasangkan Game of Thrones yang di-download-nya bila aku malas mahu buka laptop. Juga beberapa siri lain yang aku pun tak ingat tajuk dan ceritanya sebab terlena kepenatan.

Macam-macam hal, kan? Bila diingatkan semula semua ni, aku rasa seronok sangat pada waktu itu. Seronok sebab, pada waktu aku menulis cerita ini, anak aku sudah menginjak umur 1 tahun. Aku tak dapat peluang seluas itu selagi anak aku belum pandai untuk jaga dirinya sendiri. Lumrah seorang budak yang sedang membesar, ada saja perkara baru yang dia mahu jelajah. Merangkak bawah meja, panjat tangga, berpaut kat sofa, cuba untuk ambil barang di atas kabinet TV... pening bila hadap semua tu. Tapi aku tak mahu untuk mengeluh panjang sebab aku akan merindui detik itu semua nanti. 

Aku berharap, satu hari nanti, aku dapat kembali melakukan aktiviti yang aku lakukan semasa mengandung dulu semula. Tapi kali ini, bersama-sama anak juga! 


ParacetamolWhere stories live. Discover now