Part 16 - Berteduh

2.6K 348 37
                                                  

Deringan telefon bimbit memanggil-manggil minta diangkat. Nama yang tertera di skrin telefon membuatkan bibirnya menarik senyuman manis. Tanpa berfikir panjang, panggilan terus dijawab.

"Dah ke belum ni? Dah boleh cakap ke.."  suara orang berbual di hujung talian membuatkan Faiha tergelak kecil. Apalah yang digaduhkan dua beranak tu. Sudah berkali-kali adiknya mengajar cara menggunakan smartphone. Masih juga tak ingat.

"Assalamualaikum anak ayah. Buat apa tu" kata ayahnya di hujung talian. Suara yang dia rindu selama ini. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Banyak sangat kerja sampai tak sempat nak balik jumpa orang yang dia sayang.

"Waalaikumussalam. Faiha tengah habiskan kerja ni. Ayah sihat?" Jawab Faiha lembut.

"Sihat Alhamdulillah. Faa ni kan, tak habis-habis dengan kerja. Hujung minggu pun sibuk dengan kerja tu. Bila nak balik kampung? Faa tak rindu kat ayah ke?" Soalan dari ayahnya membuatkan Faiha sebak. Kalau boleh malam ni juga dia mahu pulang bertemu ayah dan adiknya.

"Sikit je ni ayah. Faiha nak settlekan semua hal dunia ni sebelum balik jumpa syurga Faiha di kampung sana. Ala ayah ni, bagitahu je la ayah rindu Faa kan sebenarnya" Faiha cuba menceriakan suasana. Dia tak mahu ayahnya bersedih.

"Ayah ada cerita ni" Imam Aazad mengabaikan usikan anak gadisnya itu. Ada saja perangai dia nak kenakan si ayah.

"Cerita apa, ayah? Ohh ayah dah pandai bergosip eh ! Siapa ajar? Meh Faiha pergi ketuk kepala dia" Faiha bersemangat mahu mendengar. Perempuan ni kalau bab bergosip laju je ye.

"Ishh bukan la. Rumah kita ni haa, ada tetamu mat salleh. Dia ada niat nak masuk Islam. Jadi, dia suruh ayah ajar dia tentang Islam dengan lebih mendalam" kata Imam Aazad teruja. Sudah lama dia mahu ceritakan kepada Faiha. Bukan calang-calang orang yang datang menuntut dengannya.

"Woww. Mat salleh tu. Pandai ke ayah cakap omputih" Faiha makin giat mengusik. Rasa bangga pula dengan ayahnya. Boleh bimbing orang luar yang sememangnya amat berbeza dari segi budaya dan kepercayaan.

"Nasib lah dia pandai cakap melayu. Kalau tak, si Faiz tu la kena jadi translator. Tu pun englishnya kelaut" Imam Aazad ketawa kuat. Faiz di sebelah sudah mencebikkan bibir. Rasa malu tempoh hari masih belum hilang. Tak pasal-pasal kena kutuk dengan ayah sendiri.

"Alhamdulillah. Tak sangka dalam banyak-banyak orang, ayah juga yang dia  jumpa"

"Mungkin ada hikmah kenapa Allah nak pertemukan dia dengan ayah. Itupun secara kebetulan. Cuma, ayah takut masyarakat sekeliling tak boleh terima dia" perkara yang dia risau. Masyarakat kampung di situ masih lagi berfikiran kolot. Ada saja perkara yang hendak dicanang satu kampung.

"Isteri dia macam mana pulak ayah? Ikut masuk islam sekali ke?" Faiha semakin tertarik untuk mendengar kisah si mat salleh itu. Teringin pula nak berjumpa lelaki itu.

"Dia tak kahwin lagi"

"Oh..." Ringkas saja respon yang diberikan. Kira mat salleh bujang la ni.

"Faa asyik busy je sampai tak balik kampung. Dan sempat nak jumpa dia. Mana tahu kalau jumpa dia, pintu hati Faa boleh terbuka. Anak ayah ni pun bujang lagi. Sesuai la tu" kata Imam Aazad. Sengaja mahu melihat tindak balas anak gadisnya itu.

"Ish ayah ni mengarut. Macam mana la mat salleh nak berkenan dengan Faa ni" balas Faiha merendah diri. Dia bukan sesiapa. Ada perempuan yang jauh lebih baik darinya.

"Kalau ada jodoh tak ke mana" usik Imam Aazad lagi. Seronok pula berbual dengan Faiha. Bukan selalu dari meluangkan masa seperti ini.

Mereka terus berbual dan bertukar cerita antara satu sama lain. Sedikit sebanyak dapat melepaskan rindu yang sudah lama terpendam antara anak dan ayah.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now