Part 19 - Kahwin

3.5K 392 44
                                                  

Faiha Jannah mematikan telefon bimbit yang dari tadi asyik berbunyi. Dia tidak mahu sesiapa menganggu. Keputusan telah dibuat. Sudah terlambat untuk dia ubah fikiran. Masa tidak boleh diputar kembali. Meskipun ada hati yang kecewa dan terluka di sebalik semua ini.

Kedengaran pintu kayu itu ditolak dari luar. Derap langkah seseorang yang mendekat membuatkan dia menoleh ke belakang. Wajah kacak itu terbentang di ruang mata. Aduhmakk ! Lupa kunci pintu pulak !

"Hai sayang" ucap lelaki itu dengan nada suara yang menggoda. Dia bergerak mendekati Faiha Jannah. Satu kucupan lembut dihadiahkan pada ubun-ubun gadis itu. Haruman yang menusuk hidung membuatkan hatinya tenang. Tiada rontaan seperti sebelum ini. Gadis itu hanya diam. Mengizinkan kelakuannya itu.

"Awak buat apa kat sini?" Faiha menyoal tegas. Apa punya perangai la. Boleh pulak dia curi-curi masuk dalam bilik anak dara. Er.. sebelum ni memang bilik anak dara. Sekarang dah bertukar jadi bilik pengantin.

Randy Fernandez menjongket kening, memandang isterinya yang memakai busana pengantin berwarna putih. Sedondon dengannya. Wajah itu berseri seri menambahkan lagi keayuan yang sedia ada. Solekan nipis hasil tangan mak andam membuatkan Faiha Jannah nampak cantik di hari bahagia mereka.

Dengan sekali nafas sahaja, mereka sah bergelar suami isteri. Majlis ringkas itu dijalankan di rumah Imam Aazad yang hanya dihadiri oleh kenalan rapat. Pada sesi petang pula, kenduri kahwin diadakan bagi menyambut kedua mempelai itu.

"We are married already. So.. I come to see my wife" ujar Randy. Matanya tak lepas merenung wajah itu. Muncul satu idea untuk mengusik si isteri. Dia melangkah perlahan mendekati Faiha Jannah sehingga tubuh kecil itu tersandar pada dinding. Sebelah tangan menarik pinggang ramping itu. Kini, tiada lagi ruang antara mereka.

"Awak jangan buat pasal. Orang ramai lagi kat luar tu" Faiha mula menggelabah. Risau kalau Randy bertindak di luar kawalan. Dah la ramai orang kat luar tu. Lagipun ini rumah kampung, rumah kayu. Bukannya rumah yang diperbuat daripada batu yang kalis bunyi tu.

"I am not doing anything. Well.. sekarang ni baru siang. Lain la kalau malam" Randy tersengih gatal. Wajahnya sengaja didekatkan pada pipi merah isterinya.

"Tak malu !" Faiha sudah tergagap- gagap. Sedaya upaya dia cuba mengelak kucupan suaminya. Mukanya yang merah padam tidak dapat disembunyikan lagi. Makin menjadi-jadi pulak perangai si mat salleh tu. Merenyam semacam ! Seram pulak aku.

"Buat apa nak malu. You're my wife. And I am your husband" balas Randy tersenyum miang. Sebelah kening dijongket berkali-kali. Tangannya melingkari pinggang kecil itu. Tamparan bertubi- tubi pada lengannya, dibiarkan saja. Bukannya sakit pun!

Bunyi ketukan yang kuat pintu bilik menghentikan perbuatan mereka. Randy dan Faiha saling berpandangan. Kemudian, terdengar suara seseorang di luar bilik mereka.

"Hey pengantin! Buat apa lagi kat dalam tu? Meh keluar layan tetamu dulu. Malam karang baru layan si suami tu" suara Mak Long bergema kuat. Faiha Jannah mengetap bibir menahan malu. Mak Long ni kan ! Suka cakap lepas. Dah la ramai orang kat luar tu!

Kata-kata itu disambut dengan tawa besar Randy Fernandez. Rasa bahagia apabila dapat bersama gadis itu. Kebahagiaan yang tak pernah dia lalui. Ini kali pertama. Jauh di sudut hati, dia berjanji akan melindungi gadis itu sepenuh hati.

•••••

"Abang tak nak pergi kenduri rumah Pak Ad ke?" Soal Hana Aqilah apabila melihat suaminya masih lagi dengan pakaian tidur. Dia yang berbaju kurung kedah dipadankan dengan tudung labuh berwarna biru sudah bersiap mahu ke rumah Imam Aazad. Mahu menolong apa yang patut.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now