8-Task

2.3K 340 31
                                    

Winwin memandang aku dengan senyuman senget.

Aku menjeling.

"Tolong lah..makanlah sendiri..tangan kau bukannya sakit ke apa pun" Aku letak pinggan atas katil.

Winwin menggeleng laju.

"Sebab kau..aku jadi macam ni..so kau kena tolong aku."

Aku mengeluh.

Aku angkat semula pinggan tu dan suapkan Winwin.

Mrs Hayoung,you have task to be done

Perbuatan aku terhenti.

"Ouh thanks god" aku letak semula pinggan tu dan terus berdiri.

"Perkhidmatan dah selesai" Aku keluar dari bilik Winwin sambil mengangkat kedua belah tangan aku.

Aku terus pergi ke bilik tugasan.

Masuk-masuk je aku nampak kebanyakan ahli ada dekat dalam bilik tugasan.

Aku tutup pintu dan mereka semua pandang aku.

"Well...tugasan pertama..nervous tak?" Taeyong menanya sambil memakai sarung tangan untuk hologram.

Aku hanya mengangkat bahu.

"Mana lagi 3 orang tu?" Kun mencekak pinggang.

Aku mengangkat kening.

"Siapa?"

"Winwin,Renjun dengan Haechan"

Aku memandang Taeyong.

"Dorang kan kena belasah tadi.Renjun tengah tolong"

Taeyong endahkan kata-kata aku.Dia sibuk buat sesuatu dekat hologram tu.

"Panggil je dorang...Taeyong" Kun menyuruh.

Mr Renjun and Mr Haechan please come to task room

Tiba-tiba nctzen berbunyi

"Dah" Taeyong menjawab ringkas.

"Winwin?" Aku menanya.

"Aku dah panggil" Kun menjawab

Aku mengangkat kening.

"Tak dengar pun?"

"Dia kat tingkat 4 so kena pakai Weizenni"

Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal.

Dah tak ada unit tapi weizenni masih wujud...?

"Tapi punggung Winwin tengah sakit..mesti susah dia nak jalan.Aku pergi tolong dia kejap"

Aku berjalan kearah pintu

"Tak payah" Taeyong tiba-tiba bersuara.

Langkah aku terhenti.

Aku pusing badan aku menghadap Taeyong.

Taeyong buka sarung tangan.

"Yangyang..kau pergi tolong" Taeyong menyuruh.

Yangyang mengangguk dan terus keluar.

Aku tak lepaskan pandangan aku dari Taeyong.Taeyong turut sama menenung mata aku.

"Uh...kau tak nak explain kan tugasan dia ke sambil tunggu dorang tu?" Yuta bersuara.

Akhirnya Taeyong alihkan pandangannya.

Secara tiba-tiba persekitaran aku berubah.

Aku ada dekat taman.

Comic 3 | NCT √ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang