Aku melambai kearah Hansol dengan senyuman dan Hansol senyum semula.
Nampaknya dia ni jenis pendiam..Dia jarang borak..tapi dia selalu dengan Taeil.
Aku sentuh rantai aku.
Aku masih fikir...
Betul ke keputusan aku ni...
Aku boleh percaya Taeyong ke?
Aku bangun dari duduk dan pergi ke bahagian taman.
Ada Jisung tengah sentuh bunga-bunga yang ada kat situ manakala Jeno siram pokok bunga.
Aku duduk di bangku.
Bunyi bangku tu menarik perhatian Jisung.
"Ouh hai ahli baru"
Aku hanya senyum.
Dia duduk di sebelah kau.
"So nama kau Hayoung?"
Aku mengangguk.
"Aku rasa Renjun suka kau" Jisung membisik di telinga aku.
Aku hanya senyum.Tak tahu nak jawab apa.
Jeno letak bekas penyiram bunga di atas rumput dan berjalan kearah kami.
"Hai Hayoung" Jeno senyum menampakkan eye smile.
Aku senyum kembali.
"Nampak Taeyong kat mana-mana tak?"
Aku menggeleng.
"Last kau nampak dia bila?"
"Semalam Kat tingkat G ni lah...dia kata dia busy"
Jeno mengangguk perlahan sambil mengelap tangannya yang agak basah.
Jeno pandang Jisung dari hujung mata.
Jisung bangun dari duduknya.
"Ok lah bye Hayoung" Jisung melambai.
Jeno terus tarik tangan Jisung keluar dari bahagian taman.
Aku menggaru kepala aku memandang mereka berdua.
Kenapa Jeno macam nak bergegas sangat.
Aku bangun dari duduk aku.Aku kibas kain aku dan terus pergi ke lif.
Masuk sahaja lif,aku termenung ke butang tingkat 2...
Tempat ke dunia sebenar tu..masih ada ke?
Aku tekan butang nombor 2 dan pintu lif terus tertutup.
Sampai sahaja di tingkat 2,aku terserempak dengan Winwin.
Kami berdua saling menenung satu sama lain.
Bukan ke tingkat 2 ni hanya untuk ahli nct 127?
Tapi....
Dah tak ada unit kan....
So...dia boleh datang sini ke?
"Apa kau buat kat sini?" Aku menanya.
Winwin mengangkat keningnya.
"Persoalannya apa yang kau buat kat sini...bilik kau kat tingkat 5 kan"
Aku melipat tangan aku.
"Bilik kau kat tingkat 4 kan?"
Winwin menyengetkan kepalanya.
"Macam mana kau tahu?"
Aish terlepas cakap lagi.
"Biodata" aku menjawab
"Tapi kat biodata mana ada bagitahu bilik kat mana"

ANDA SEDANG MEMBACA
Comic 3 | NCT √
Fanfiction~Sambungan dari:~ Comic | NCT Neo Culture Technology 2 | NCT Maafkan aku tapi aku janji ni kali terakhir aku libatkan korang dalam bahaya... Highest rank: #1 in NCT Fanfiction Start:18/11/2019 End:7/12/2019 This story has 4 series: Comic Neo Cultur...