Part 4 - Childhood

3.6K 377 17
                                                  

Randy Fernandez menguap luas. Mengantuknya masih bersisa. Pagi- pagi lagi Raymond Risley sudah memberi arahan untuk keluar memerhati gerak- geri seseorang. Macam tak ada orang lain dia nak suruh. Padahal berlambak-lambak bodyguard ada di rumah itu.

Sebenarnya, tak ada lah pagi sangat. Dalam pukul 12.30 tengah hari. Em pagi la juga tu, memandangkan ia sudah mengambil waktu tidur lelaki bernama Randy Fernandez.

Kereta yang terletak agak jauh itu memudahkan kerjanya untuk mengintip. Hari ini, dia perlu bergerak seorang diri tanpa ada bodyguard sebagai pengiring. Dia lebih selesa begitu.

Pasangan yang keluar dari sebuah kedai buku menarik perhatiannya. Rasa mengantuk tadi serta merta hilang. Dia membetulkan duduk supaya lebih selesa. Anak matanya tidak lepas memandang ke arah lelaki itu.

Botol CocaCola diambil dan diteguk sekali. Kehadirannya di situ tidak disedari. Hal itu kerana pemasangan cermin gelap pada keretanya membuatkan orang di luar tidak dapat melihat orang di dalam kereta.

Ini kali pertama dia melihat wajah lelaki itu selepas 20 tahun lebih tidak bersua. Banyak perubahan yang dialami oleh sepupunya itu. Pasti sumpahan itu sudah hilang. Manakan tidak, tenang sahaja kulit lelaki itu terkena pancaran cahaya matahari.

"Andry Zuhairie Risley"

Nama itu meniti di bibir. Satu-satunya sepupu lelaki yang dia ada. Wajah itu mirip sekali dengan Richard Risley iaitu bapa saudaranya.

Di sisi lelaki itu terdapat seorang wanita berbaju labuh. Semestinya perempuan itu penawar kepada 'sumpahan' yang sudah lama menghantui hidup Zuhairie. Dan perut wanita itu membulat ke hadapan. Mengandung? Hmm.. menarik ! Nampaknya keturunan Richard Risley semakin bertambah.

Mata Randy Fernandez beralih  pula pada seorang gadis bertudung di belakang pasangan terbabit. Seperti pernah dia lihat. Oh ya ! Itu semestinya adik sepupunya, Andrea Az Zahra Rislea. Sudah besar dan cantik sekarang ni.

Dua adik beradik yang saling mengasihi antara satu sama lain. Ikatan persaudaraan yang kuat itulah membuatkan dia rasa dengki dan iri hati. Kasih sayang keluarga yang kuat dan utuh, tidak pernah dia rasai sejak kecil. Tidak seperti dirinya, hidup sentiasa bersendirian tanpa ada peneman.

Fikirannya menerawang jauh.  Mengingati semula zaman kanak-kanaknya dengan lelaki itu. Berbeza sekali dengan dirinya yang sentiasa dipulau dan disisihkan oleh orang sekeliling.

Masa seakan akan berputar kembali. Dia seperti berada di masa lampau. 

Sudah tiba musim luruh, musim yang tidak disukai oleh penduduk vampire di kampungnya. Tapi, tidak bagi kanak-kanak bernama Randy Fernandez. Dia lebih suka keluar bersiar-siar sehingga masuk ke kawasan larangan.

Sedang dia berjalan, kedengaran gelak tawa kanak-kanak. Nampaknya dia ada kawan baru untuk bermain bersama. Suara kedengaran jelas sekali. Mungkin mereka berada di sekitar kawasan ini.

Dia menjejaki suara itu sehingga terlihat sebuah rumah yang dilindungi pokok-pokok merimbun dan semak samun.

Randy mengintai di sebalik pagar kayu rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Randy mengintai di sebalik pagar kayu rumah itu. Seorang budak lelaki sebaya dengannya sedang bermain dan bergelak tawa dengan riang bersama seorang budak perempuan. Mungkin itu adik perempuannya, bisik Randy dalam hati. Mereka berada dalam kawasan pagar membuatkan dia tidak dapat merapati mereka.

Randy tersenyum melihat telatah dua beradik tersebut. Hatinya membuak-buak ingin menyertai mereka. Alangkah seronoknya jika dia mempunyai adik beradik. Boleh dia bermain seperti itu.

Pintu rumah itu dibuka dari dalam. Dia lihat seorang lelaki dewasa keluar dan mengusap kepala mereka berdua dengan penuh kasih sayang. Perbualan mereka tidak dapat didengari oleh Randy.

Cemburunya dia. Mereka disayangi dan dicurahkan dengan kebahagiaan. Manakala dia tidak. Malah dipukul dan didera tanpa belas kasihan oleh lelaki yang bergelar bapa.

Kehadirannya telah disedari di situ. Anak mata Randy bertemu dengan anak mata lelaki dewasa itu. Riak wajah lelaki itu kelihatan terkejut. Cepat-cepat dia membawa mereka masuk ke dalam rumah. Pintu rumah ditutup rapat. Keadaan gembira tadi bertukar menjadi sunyi sepi.

Serta merta senyuman Randy hilang. Apa salahnya? Dia tak buat apa apa kesalahan di situ. Dia cuma mahu berkenalan dan bermain dengan mereka. Salahkah?

Randy bagaikan baru tersedar. Dia memejamkan mata sambil menggelengkan kepala. Dia tidak mahu mengingati lagi tentang masa lampaunya. Zaman kegelapan yang dialami olehnya sejak kanak-kanak lagi.

Dia lihat Andry Zuhairie Risley ketawa girang. Pasti bunga-bunga kebahagiaan sedang tumbuh mekar dalam hidup lelaki itu. Namun, ianya tidak lama. Dia sendiri yang akan menjadi pemusnah kebahagiaan itu.

Kadang-kadang dia tertanya-tanya, adakah kebahagian Andry Zuhairie Risley tidak pernah hilang? Apakah rahsianya? Dia juga mahu merasa semua itu. Adakah dia tidak layak untuk merasai kebahagiaan?

Kini.. matlamatnya hanya satu. Musnahkan kebahagiaan lelaki itu. Jika dia tidak merasai kebahagiaan, maka lelaki itu juga tidak boleh. Jika jiwanya kosong, maka lelaki itu juga perlu merasai kesakitan yang sama.

Randy menarik senyuman senget. Syaitan mula berbisik bisikan jahat.

Mungkin aku perlu hapuskan perempuan tu untuk buat kau rasa kesakitan yang sama. Masa tu, kau akan tahu kenapa aku jadi diri aku yang sekarang. Aku akan pastikan, orang yang kau sayang satu persatu pergi tinggalkan kau dari dunia ni.

Masa dah tak lama, Andry Zuhairie Risley. Kau jangan terlalu gembira dengan kebahagiaan kau sekarang ni. Benda itu akan lenyap bila-bila masa sahaja.

Enjin dihidupkan dan kereta itu terus meluncur laju meninggalkan kawasan tersebut.  Dalam diam, dia merencanakan sesuatu. Dia perlu pastikan rancangannya itu berjaya.

※※※※※

Randy FernandezWhere stories live. Discover now