2-Decision

2.5K 358 3
                                    

Tempat di mana Yuta dan Jaehyun selalu ada.

Tapi kosong...

Seolah-olah tempat ni kena abandoned.

Gudang ni memang sentiasa nampak buruk.. Tapi bila tak ada orang,keburukan dia lagi ketara.

Aku mengalihkan badan aku ke lif semula.

Betul ke semua yang aku nampak ni?

Ke aku berkhayal lagi?

Padahal aku dah makan ubat.

Aku cuba dekatkan diri aku dengan lif.

Aku pegang muka aku dengan tangan kiri manakala butang lif dengan tangan kanan.

Segalanya rasa nyata.

Ting!

Pintu lif terbuka.

Aku masuk.

Aku pasti aku tak berkhayal sekarang ni.

Aku pergi ke tingkat G.

Sampai sahaja di tingkat G,semuanya masih sama..cuma sunyi.

Tak ada orang.

Aku pandang ke tempat makan.Ada susu madu..tapi kosong.Macam dah ada orang minum.

Aku berjalan kearah botol tu.

"kau dah masuk"

Langkah aku terhenti.

Aku mengalihkan badan aku ke suara tu.

Taeyong berdiri di belakang aku dengan tangan disaku dalam poket seluar.

"Bukan pilihan aku untuk keluar masuk komik ni" aku menjeling Taeyong.

Taeyong dekatkan dirinya dengan aku.

Dia keluarkan sesuatu dari poket dia.

"Ya..ia pilihan kau"

Aku pandang benda tu.

Rantai...

"Aku tahu perbuatan aku salah.Aku just nak tolong kehidupan kau dan...kehidupan aku"

Aku memandang Taeyong dengan muka menyampah.

"Tolong aku?Lebih kepada tolong kehidupan kau ada lah.Aku tak dapat benefit apa pun dari benda bodoh ciptaan kau ni"

Aku menolak tangan Taeyong hingga rantai tu jatuh dari tangan dia.

Taeyong merenung rantai tu sebelum membuka mulut.

"Aku tak dapat benefit apa pun.Sama macam kau.Aku bunuh ayah aku untuk dapat kawal komik ni dan tujuan aku kawal komik ni adalah untuk buat kau jadi milik aku"

Taeyong mengalihkan pandangannya ke aku.

"Tapi kau ada perasaan kat aku?Tak ada kan?"

Comic 3 | NCT √ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang