1-Inside

3.2K 390 8
                                    

Aku menenung badan Yoon Oh yang tak sedarkan diri.

Dah dua hari aku tak pergi sekolah sebab tunggu Yoon Oh sedarkan diri.

Apa yang jadi dekat Yoon Oh dah pun viral dekat sekolah.Donghyuck selalu lawat lepas balik sekolah hingga sebelum pergi sekolah.

Dia tak dapat ponteng sekolah sebab parent dia tak bagi.

Aku?

Mak aku dah mati

Ayah aku tengah koma

Semuanya salah aku.

Ibu aku mati waktu aku mengada nak belajar bawa kereta.

Aku baru 14 tahun waktu tu tapi tinggi aku dah 170 cm.Aku ikut badan ibu aku yang tinggi.

Disebabkan kaki aku yang panjang,ibu aku setuju walaupun ayah aku teragak-agak untuk benarkan.

Waktu belajar depan rumah,aku okay.

Sampailah satu hari aku bertekad,aku nak bawa ke jalan besar.

Waktu tu lah....

Aku bunuh ibu aku.

Aku degil

Aku selfish

Tak sedar diri...

Memang patut ayah aku benci aku...

Memang betul...aku yang bunuh ibu aku..

Kalau dari awal aku biarkan je ayah aku yang bawa kereta,mungkin hidup aku tak akan jadi macam sekarang.

Semuanya bermula sebab ibu aku meninggal...ayah aku jadi abusive...

Dan macam tu lah hidup aku berubah..

Sebab Taeyong bawa aku masuk ke dalam komik tu.

Bukan sahaja ibu aku yang kehilangan nyawa,tapi ayah aku dan juga lelaki yng aku suka.

Skssss

Bunyi pintu bilik Yoon Oh terbuka.

Macam biasa,Donghyuck.

Ayah Yoon Oh bekerja disini dan dia juga yang rawat Yoon Oh.

Waktu pertama kali Yoon Oh dibawa ke hospital ayah dia benci dengan aku..Tapi bila dia nampak berapa tekadnya aku nak jaga Yoon Oh,dia maafkan aku.

Donghyuck letak thermos di atas meja dan berdiri di sebelah aku.

"Kau dah mandi belum?" Donghyuck menanya.

Aku mengalihkan mata aku ke jam.

Dah pukul 5 petang dan aku masih lagi tak mandi.

Donghyuck menolak rambut aku.Dia cuba pegang dahi aku.

"Patutlah muka kau pucat...Kau demam" Donghyuck mengeluh.

Aku menundukkan muka.

Donghyuck buka jaket dia dan sarungkannya ke bahu aku.

Dia tuangkan air panas dari thermos yang dia bawa dan berikannya ke aku.

"Minum ni"

Aku mengambil dengan senyuman pahit.

Donghyuck pergi ke tandas.

Aku merenung buku neo culture technology

Ye..aku bawa buku tu ke sini...

Aku masih belum boleh terima kenyataan.

Secara tiba-tiba buku tu menjadi terang seolah-olah lampu terpancar dari situ.

Comic 3 | NCT √ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang