VA 4

1 0 0

"Aku nak kau cari semua maklumat pasal dia. Aku nak SEMUA yang kau boleh dapatkan,bagi kat aku" lelaki itu mencampak sampul yang berisi gambar seorang gadis di atas meja kerjanya.

Lelaki itu bertopeng dan memakai beanie di kepalanya.Matanya nampak hitam. Mukanya beku mengalahkan ais. Dia digelar Capo oleh pekerjanya. Dia juga yang memberi arahan. Dan tidak menerima arahan orang lain. Dia yang berkuasa dalam setiap situasi. Kadang kala mukanya boleh jadi innocent walau sebenarnya dialah ketua kejahatan.

Di hadapannya,seorang lelaki yang bermata biru. Memakai kot dan seluar slack hitam. Mukanya juga beku seperti Capo. Dia bukanlah bos. Dia juga bukan pekerja bawahan. Dia bekerja bersendirian. Dia tidak memberi arahan. Tidak juga menerima arahan. Dia hanya menerima suatu tugas yang digalas sebagai kerja.

Sampul itu diambil. Isinya ditarik keluar mendedahkan wajah mangsa yang akan digeledah infonya. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi benda yang bernama WANG.

Smirk.

Capo berdiri dan dia juga turut berdiri. Mereka meninggalkan bilik itu tanpa sepatah ucapan selamat tinggal.

*****

Shay duduk di meja batu Taman Saujana sambil menunggu kedatangan Xander. Lelaki itu memang nak kena. Selalu lambat. Dia juga yang cakap pukul 3 tepat ada kat kerusi batu ni tapi sekarang 3.10 minit but still batang hidung dia pun tak ada nampak lagi.

Duduk di kerusi batu yang sama seperti semalam membuatkan dia teringat akan kejadian semalam. Bukan dia sengaja nak menggedik macam itu tapi memang dia tak ada kekuatan dan perlukan seseorang untuk bergantung.

Sekejap sahaja mukanya dah blushing.

'Erghhh... Kau memang dah gila Shay' ditampar lembut pipinya menyedarkan dari kejadian semalam.

Beberapa minit kemudian, bahunya ditepuk menandakan kedatangan seseorang.

"Hye,baby" Shay menjulingkan matanya. Dah tahu siapa yang datang. Lelaki miang itu.

"Stop calling me baby and don't touch me" nada sarkastik. Xander duduk di atas kerusi di tepinya. Beg juga di letak di tepi. Buku rujukan dikeluarkan.

"Ala, chill la baby" Xander masih mahu bermain. Shay mencebik.

"So....."

Blablabla.....

Dan mereka mula berbincang tentang projek itu. Laptop dibuka dan tangan mereka sibuk menekan keypad yang ada. Sesekali Xander mengusik dan Shay hanya bolayan.

Siap berbincang,mereka mengemaskan barang barang. Xander dengan sengaja menggenggam tangan Shay. Shay terkejut dan panik. Dia menarik dan cuba merentap tangannya dari Xander namun pegangan itu terlalu kuat.

"I told you dont touch me" jerit Shay. Xander ambil tangan itu dan dibawa ke bibir walaupun Shay masih lagi meronta ronta supaya tangannya dilepaskan. Dikucup tangan itu berulah dia melepaskan tangan itu. Begnya diambil. Dia bangun dan mengenyit mata kepada Shay. Membuat flying kiss dan terus berlalu.

*****

Shay

Dadaku berdegup kencang. Mukaku memerah. Tangan aku lihat kembali.

Jangan Shay. Jangan jatuh dalam permainan dia. Sudah cukuplah aku cintakan dia. Itupun sudah menyeksakan kerana kerana aku dan dia tak boleh bersama.

Rasa rama rama berterbangan dalam perut. Aku hampir mengukir senyuman namun akalku menghalang. Sebaiknya tidak.

Aku menggosok kuat tangan yang dikucup tadi.

Aku benci! Dengan dia,aku jadi gila. Dia buat aku gila. Senyumannya buat aku cair tapi aku tahan.

Viami Amo Where stories live. Discover now