Part 3 - Malaysia

3.4K 398 9
                                                  

Randy yang sudah siap berpakaian sut hitam melabuhkan punggung di atas sofa. Dia santai bersilang kaki sambil ditemani oleh beberapa orang bodyguard sementara menunggu bagasinya siap dikemas. Jam tangan jenama Geneva dipandang sekilas. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 12 malam.

Susun atur perabot yang strategik dan moden menjadikan ruang itu tampak kemas dan menarik. Ruang itu direka khas iaitu terdapat pintu kaca jernih yang menghadap langit. Dari situ, dia dapat melihat dengan jelas satu bebola terang berwarna putih dalam kegelapan langit.

Malam ini dia akan terbang ke Malaysia. Sudah lama dia tidak ke sana. Mungkin kali terakhir ialah ketika dia di usia remaja. Belasan tahun mungkin. Kini usianya sudah berganjak ke angka 20-an.

Raymond Risley sudah berada di sana bagi menguruskan syarikat yang baru ditubuhkan di negara itu. Orang yang kena uruskan syarikat itu tak lain tak bukan Randy Fernandez. Syarikat perniagaan milik bapanya atau lebih tepat, rampasan hak milik ibunya kini telah diluaskan cawangan di negara Malaysia.

Namun, itu bukan tujuan utama Raymond Risley. Musuh yang dicari telah dapat dijejaki di negara tersebut. Sudah berapa lama orang tua itu berulang-alik ke sana bagi mencari jejak keturunan Richard Risley. Akhirnya ketemu juga. Sehinggakan mereka sendiri boleh bertutur dan faham akan bahasa komunikasi negara tersebut.

Ada kalanya, Randy dipaksa ikut. Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya tujuan lelaki itu. Ada kalanya baik, ada kalanya jahat terhadap anak sendiri.

Dalam pada itu, lidahnya ligat bermain-main dengan gigi taring yang tiba-tiba muncul. Macam magik kan? Itulah yang berlaku setiap kali tiba bulan mengambang. 'Penyakit' vampirenya akan muncul bila tiba jam 12 malam.

Matanya memandang tepat ke arah bulan mengambang itu. Cahaya yang terang itu cukup membuatkan alam yang gelap ini bernyawa. Alangkah bahagianya jika ada seseorang yang berfungsi sebagai bulan dalam hidupnya.

Namun, itu semua hanya angan-angan yang tidak akan tercapai sama sekali. Dia sudah selesa dengan cara hidup begini. Kegelapan yang menguasai dirinya tak mungkin dapat diubati lagi.

Sedang dia ralit perhatikan cahaya itu, muncul seorang bodyguard dari arah belakang. Lelaki itu menunduk sedikit di hadapan Randy sebagai tanda hormat.

"Everything is done, sir" kata bodyguard itu, memaklumkan kepada majikannya yang mereka akan bertolak sebentar saja lagi.

Randy Fernandez tidak memberi respon. Seperti biasa, wajah dingin ditanyangkan. Dia terus bangun dari sofa menuju ke tingkat bawah. Di situ, sebuah kereta mewah sudah terbuka pintu di bahagian belakang.

Baru saja dia mahu melangkah masuk, terdengar namanya dipanggil dari arah belakang. Siapa lagi kalau bukan perempuan simpanan ayahnya itu, Brianna Evaa.

"Randy ! Wait !"

Randy memandang perempuan itu atas bawah. Dress tidur tali halus paras paha menampakkan lekuk tubuh yang menawan itu. Sesiapa yang melihat pasti tidak dapat menahan gelora nafsu. Tapi, tidak bagi Randy Fernandez.

Baginya, perempuan seperti itu belambak dia boleh dapat di kelab malam. Pilih saja yang mana satu pilihan hati. Yang pasti semuanya sudah tidak suci.

Mesti ada yang tertanya tanya, kenapa dia tak pernah tidur dengan Brianna walaupun sudah berapa kali dia digoda. Prinsipnya cuma satu, perempuan itu milik Raymond Risley. Dan dia tak suka 'bekas' orang tua itu. Simple !

Brianna melingkari pinggang Randy Fernandez. Kepalanya diletakkan pada dada bidang lelaki itu.

"I will miss you, baby" kata Brianna penuh manja. Pelukan pada tubuh Randy dieratkan walaupun dia tahu lelaki itu tidak akan membalas.

Randy pura-pura tersenyum manis. Tangan Brianna diusap lembut.

"Baby? Hmm baby kepala atok kau" balas Randy dalam nada manja. Dia pura-pura ketawa. Bukannya minah tu faham pun.

Brianna tersenyum sumbing. Badannya meliak liuk bergesel dengan tubuh Randy. Mungkin dia fikir Randy membalas ucapan rindunya dengan kata cinta juga. Pirahh ! Boleh pergi korek kubur, tanam sendiri !

Randy menjarakkan tubuhnya dengan lemah lembut.

"I need to go now. See you again, baby" ucap Randy penuh romantik. Romantik lah sangat ! Ikutkan hati mahu saja dia muntah di hadapan perempuan itu. Baby konon ! Babi ada lah !

Berbakul-bakul sumpah seranah dikatakan dalam hatinya. Berbakat juga dia rupanya dalam bidang lakonan. Sampaikan si perempuan itu boleh percaya. Dasar bodoh !

Brianna mengangguk sambil melepaskan pelukan. Wajah kacak Randy ditatap lama. Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Dia boleh buat apa saja dalam rumah ini. Harta dan kekayaan akan menjadi miliknya.

Tanpa menunggu lama, Randy terus memboloskan diri ke dalam perut kereta. Mereka akan ke lapangan terbang di mana kapal terbang peribadi miliknya sedang menunggu. Kemudian, penerbangan akan berlepas pada malam ini juga dan dijangka tiba di Malaysia pada hari esok.

※※※※※

Sebuah pesawat peribadi yang cukup mewah perlahan-lahan mendarat di bumi Malaysia itu. Bunyi bingit pesawat itu kuat kedengaran di kawasan sekitar. Pintu di sebelah kiri pesawat terbuka secara automatik. Muncul satu susuk tubuh dengan wajah kelat di muka pintu. Kawasan sekitar dia perhatikan lama.

"You're never can hide from me anymore, Zuhairie ! " terbit senyuman sinis di bibir pucat itu.

Kaki melangkah keluar dari pesawat peribadi itu dengan megah sekali. Tangga pesawat berwarna hitam gelap itu satu persatu dia pijak untuk turun ke bawah. Sinaran matahari yang terus memancar ke kulit sedikit sebanyak menyebabkan dia rasa pedih.

Butang kot hitam yang tersarung pada tubuh, dia tanggalkan. Badannya mula mengeluarkan peluh. Kalau tak disebabkan agenda Raymond Risley yang satu itu, tak adalah dia perlu menadah kulit di bawah cuaca yang panas membahang ini.

Beberapa buah kereta mewah sudah menunggu untuk menyambut kedatangan Randy Fernandez. Kawasan lapangan khas itu hanya untuk pendaratan pesawat peribadi sahaja. Tiada sesiapa pun boleh berada di situ. Kecuali mereka yang ternama.

Randy menghampiri pintu kereta yang sedia dibuka oleh salah seorang bodyguardnya. Dia terus memboloskan diri ke dalam perut kereta. Kenderaan tersebut lengkap dengan pelbagai kemudahan moden dan canggih. Cermin gelap yang kebal dengan peluru itu dipasang demi menjaga keselamatan dirinya.

Randy mengeliat kecil. Perjalanan yang panjang dan jauh itu memakan masa berjam-jam lamanya, sedikit sebanyak membuatkan tubuhnya berasa penat.

Telefon yang tiba-tiba berdering, memaksanya untuk menjawab panggilan tersebut.

Arahan Raymond Risley yang berbicara di hujung talian sedikit pon tidak masuk ke dalam kepala. Entah apa orang tua itu katakan, dia sendiri tak tahu. Dia perlu risau, bodyguardnya ada untuk menyampaikan maklumat tersebut.

"Hmm.. I'm just arrived. See you there" panggilan terus dimatikan. Dia tak kuasa untuk berbual lama dengan Raymond Risley.

Ringkas dan padat. Ya ! Itu memang caranya.

Randy menyimpan telefon. Perlakuannya mungkin sedikit kejam. Tetapi, tidak sekejam apa yang lelaki itu lakukan padanya. Seseorang yang mengajarnya erti dendam. Yang menanamkan sifat jahat dan sisi gelapnya. Dan kepada lelaki itu juga dia berdendam sebenarnya.

※※※※※

Randy FernandezWhere stories live. Discover now