Part 2 - Permulaan

3.5K 388 10
                                                  

Randy memandu laju di atas jalan raya. Bunyi hon kenderaan lain kedengaran silih berganti. Dan dia tahu semua itu berpunca darinya. Manakan tidak, dia sedang memandu secara merbahaya sehingga memasuki laluan bertentangan.

"Fuck off !" Randy memaki kenderaan yang menghalang laluannya. Sejujurnya, sisa mabuk sedang menguasainya. Tetapi, dia masih boleh berfikir. Mungkin sedikit.

Laluan ke banglo mewahnya dituju. Tempat yang menjadi neraka baginya ketika dia meningkat remaja.

Kereta audi keluaran terbaru itu melepasi pagar tinggi. Dia dapat lihat dengan jelas akan seorang wanita muda di hadapan pintu masuk rumah itu. Tak perlu lihat lama-lama, dia sudah dapat meneka. Siapa lagi kalau bukan perempuan simpanan ayahnya itu.

Randy keluar dari perut kereta selepas memarkir di garaj yang penuh dengan beberapa kereta sport mewah. Dia memandang lurus tanpa memandang wanita itu. Bukannya apa, sakit mata melihat dress ketat yang menampakkan setiap inci tubuh itu.

"You're home, honey !" Wanita itu menegur mesra sambil melangkah merapatinya. Rambut panjang berwarna perang ditolak ke belakang menampakkan lehernya yang putih melepak.

"Stay away from me, bitch !" keras nada suara Randy memberi amaran. Bibir hitam yang sedia tersenyum tadi serta merta mati. Dia mencebik geram.

Randy meneruskan langkah untuk masuk ke dalam rumah. Kenal sangat dengan perangai perempuan itu yang cuba menggodanya. Bukannya dia tak tahu perempuan itu mendekati lelaki hanya kerana harta. Dia juga pernah digoda cuma dia tak mudah diperdaya. Lelaki bodoh saja yang akan menerima perempuan sebegitu.  Termasuklah bapanya.

Tetapi kini, dia perlu terima kenyataan bahawa wanita itu perempuan simpanan bapanya. Tak sangka dia sanggup memilih pucuk tua hanya kerana harta. Tak dapat anak, dapat bapa pun jadi lah.

Baru saja mahu melangkah masuk ke dalam rumah, kedengaran suara garau seseorang bergema. Dia  mengangkat wajah melihat figura yang sedang berjalan ke arahnya.

"Hey.. my son"

Pagi-pagi lagi dah kena hadap lelaki tua berambut putih itu. Walaupun usianya hampir mencecah umur 100 tahun tetapi wajah itu kelihatan sihat dan kuat. Mungkin kerana aliran darah tulen yang dibunuhnya suatu ketika dahulu. Darah milik darah daging sendiri...

Raymond Risley.. kerana lelaki itu dia hidupnya kosong. Kebahagiaan diragut sejak usia masih kecil. Dunianya gelap tanpa cahaya kegembiraan. Lelaki itu yang mengajarnya erti kejahatan. Dan erti pembunuhan.

Mereka berasal dari kelompok vampire. Cuma dunia ini tidak tahu siapa mereka. Mereka bebas pergi ke mana saja, melakukan urusan harian tanpa sesiapapun perasan kewujudan mereka.

Matahari? Bukan... itu bukan kelemahan mereka. Mereka bukan lagi vampire yang hidup kolot, berada di perkampungan yang sunyi dan gelap. Mereka hanya perlu minum darah tertentu untuk menambahkan kekuatan mereka. Dan yang paling istimewa semestinya dalam kalangan darah tulen.

Randy tidak menghiraukan bapanya. Dia tiada mood untuk membalas teguran 'mesra' lelaki itu. Kerana dia tahu itu semua palsu semata-mata.

Dia terus mendaki anak tangga menuju ke tinggat atas. Kaki melangkah longlai tanpa menoleh ke belakang. Tiba di tingkat atas, dia memandang ke bawah. Kelihatan mereka berdua sedang berkucupuan antara satu sama lain. Geli pulak matanya melihat. Tak padan dengan tua kerepot !

Pintu bilik ditolak dari luar lalu dihempas kuat. Katil empuk dituju dan dia menghempas tubuh tegapnya di situ. Siling mewah ukiran artisan terkenal menjadi tatapan matanya.

Ya... dia tinggal serumah dengan manusia durjana itu. Dia diugut. Mulutnya dikunci sejak kecil. Dan kunci itu disimpan rapi oleh bapanya. Bukannya dia tak pernah cuba untuk keluar dari rumah ini, malah hampir berjuta kali. Tetapi, semuanya gagal. Dia ada wang, ada kuasa tetapi semua itu terbatas.

Randy ketawa kuat dengan kebodohan diri sendiri. Emosinya kini tidak stabil. Mungkin kesan mabuk yang masih bersisa.

Kadangkala dia rasa seperti hidupnya tiada makna. Dia bagaikan manusia tanpa perasaan. Pernah juga dia terfikir untuk membunuh diri. Dia mahu menemui ibunya di alam sana. Tetapi, berjayakah dia mencari ibunya? Ibunya mesti berada di tempat orang baik. Dan dia tidak layak untuk ke sana. Jadi, tak mungkin dia dapat menemui ibunya jika dia bunuh diri sekalipun.

Tanpa sedar, air matanya jatuh satu persatu. Dari ketawa, dia menangis bersendirian. Perasaan sebak datang tiba-tiba. Matanya kabur dek takungan air mata yang memenuh. Dalam kekaburan itu, dia dapat melihat dengan jelas raut wajah ibunya yang sedang tersenyum.

Randy mengubah posisi telentang kepada posisi merengkot ke kiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Randy mengubah posisi telentang kepada posisi merengkot ke kiri. Laju air mata jatuh membasahi bantal. Kedengaran esakan kecil di segenap ruang bilik tidurnya. Jiwanya terseksa dari dalam. Tiada siapa yang faham  kesakitan yang dia alami ini. Pada luarannya dia kuat dan gagah, namun pada dalamannya dia teramat lemah dan tidak bermaya.

Frame yang terletak di atas meja kecil di sisi katil, dia pandang bersama tangisan. Cebisan gambar lama yang disimpan olehnya. Terdapat kesan kebakaran pada gambar itu. Hanya itu satu-satunya gambar kenangan yang dia ada. Yang lain sudah musnah dibakar oleh ayahnya. Dia cuma berjaya selamatkan foto yang satu itu.

"Mom ! I miss you so much !" Ucap Randy bernada sayu.

Dia penat. Dia lemah. Dia tidak mampu lagi bertahan. Dia hanya mahu kebahagiaan. Adakah terlalu sukar untuk dia menemui kebahagiaan?

Lama kelamaan, esakan itu semakin menghilang. Berganti  dengan dengkuran halus. Bulu mata lentik itu tertutup rapat. Dalam tidurnya, dia bermimpi sesuatu yang pelik. Yang tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata.

※※※※※

Randy FernandezWhere stories live. Discover now