Part 22 - Pukul

3.1K 374 22
                                                  

Faiha Jannah menghampar dua sejadah di ruangan solat. Satu di hadapan dan satu di belakang. Mulai hari ini dia perlu ubah segala galanya. Dia perlu belajar untuk terima lelaki itu dalam hidup. Dia tidak boleh lagi menganggap Randy sebagai orang luar. Hubungan mereka sudah berada di tahap ini, terlalu jauh untuk dia berpatah balik semula.

Imam Aazad menasihati untuk terus membimbing Randy ke jalan benar. Jangan pernah biarkan Randy terkapai seorang diri. Bukan apa, takut Randy kembali ke lorong lama. Baru hari ini dia sedar, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya itu.

Selama ini dia lebih selesa solat bersendirian. Paling tidak pun, dia akan suruh Randy solat dulu. Betapa derhakanya dia sebagai seorang isteri. Padahal dia tahu bahawa lebih afdal jika solat berjemaah, malah ganjarannya lebih besar.

Lamunan Faiha Jannah terhenti apabila  Randy melangkah masuk ke ruang solat. Lelaki itu berseluar hitam dipadankan dengan baju kurta berwarna merah hati. Handsome ! Ditambah  dengan songkok di atas kepala yang memancarkan lagi cahaya keimanan pada wajah itu.

"Awak jadi imam saya, boleh?"

Randy mengangguk setuju. Dia mula bergerak ke saf depan. Ini kali pertama dia mengetuai solat subuh bersama dengan isterinya.

Beberapa minit kemudian, solat diakhiri dengan ucapan salam. Ucapan zikir meniti di bibir itu. Diiringi dengan bacaan surah pendek.

Tangan diangkat menadah doa. Doa yang dibaca oleh Randy membuatkan hati Faiha Jannah tersentuh. Setiap butir kata lelaki itu menusuk hingga ke dasar hatinya.

"Ya Rahman Ya Rahim, kuatkanlah ikatan kasih sayang antara kami. Berkatilah perkahwinan kami agar mendapat redhaMu, Ya Allah. Kurniakanlah sifat bertanggungjawab dalam mengukuhkan rumah tangga yang dibina ini. Aamiin Ya Rabbal'alamin" Randy memohon doa dengan penuh rendah diri. Terasa kerdil diri ini di saat berhadapan dengan Yang Maha Esa.

Usai membaca doa, Randy menyapu tangan ke wajah. Dia mengalihkan badan ke belakang, menghadap Faiha Jannah yang manis bertelekung putih. Randy tersentak apabila tangannya dicapai lalu dikucup lembut oleh Faiha Jannah. Dia masih lagi tak biasa. Tetapi, dia suka bila Faiha berbuat demikian.

Perbuatan Faiha Jannah dibalas dengan ciuman hangat di dahi. Terpana dia seketika saat bibir itu menyentuh kulit. Perasaan yang sama dia rasakan ketika akad nikah dulu.

Memang tak dapat dinafikan lagi, hatinya sudah dimiliki oleh lelaki itu. Lelaki yang pernah dia benci dulu. Tetapi, lelaki itu jugalah yang berjaya mencuri dan memiliki hati ini. Lelaki pertama yang berjaya menyelinap masuk tanpa dia sedar.

•••••

Kereta mewah itu berhenti di hadapan sebuah sekolah. Kelihatan murid-murid mula berpusu-pusu masuk melalui pintu pagar itu. Ada yang datang sendiri dan ada juga yang dihantar oleh ibu bapa masing-masing. Tidak ketinggalan para pengajar yang pergi ke sekolah dengan kenderaan sendiri.

Faiha Jannah menggalas beg di bahu dan beberapa buah buku diletakkan di atas riba. Dia bersiap-siap untuk keluar dari kereta. Tetapi, pantas dihalang oleh Randy.

"My morning kiss" kata Randy sambil melirik ke arah isterinya. Gadis itu berbaju kurung yang dipadankan dengan tubuh labuh berwarna biru. Memang cantik ! Nampak manis dan sopan.

Cantik-cantik macam ni, mesti ada cikgu lelaki yang mengorat. Haa kalau berani, cubalah !

Tanpa menunggu balasan dari Faiha, Randy terus mendaratkan ciuman pada bibir merah itu.

"Randy !" Marah Faiha apabila bibirnya dilepaskan. Mukanya merah menahan malu. Dah la murid lalu lalang depan kereta. Nasib baik cermin kereta gelap. Kalau tak, habis dia kena kecam dalam sekolah itu. Tambahan pula, tak semua orang tahu bahawa dia sudah berkahwin.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now