VA 3

4 0 0

Kringgg....

Bunyi alarm menyedarkan Shay dari tidur. Okey tipu je. Dia tak ada lah lapuk sangat.

Lagu Fire dari kumpulan Bts menyedarkannya dari lena.

Rasa berdenyut di kepalanya. Disentuh lembut dahinya. Panas. Sah lah dia demam panas.

Dikerling pula jam pada telefon.

Saturday, 3.00 pm.

"Eh, Saturday is Sabtu. Aku tidur hari Jumaat." Berfikir sekejap.

"Like what? Aku tidur sejak semalam sampai harini. Nak dekat 24 jam" katanya. Memang itu simptom dia bila dah demam panas. Sehari pun tak bangun kalau tak ada orang yang kejutkan. Ni pun nasiblah dia buat alarm.

Jap...alarm?

Selalunya dia buat alarm kalau ada benda penting je. Hmmm... Apa dia??

Fikir punya fikir, dia pun teringat akan perbincangan dengan Xander.

"Erghh.. Dah la kereta rosak" keluhnya. Dia bangun dan mengambil tuala untuk mandi.

Rasa sangat lemah namun digagahkan jua. Nak cancel, tak ada pula no tel. Xander. Kalau tak pergi and tak cakap apa-apa rasa kesian pula kalau mamat tu tunggu dia.

Siap mandi, dia memakai t shirt long sleeve dan track suit Puma. Dia memasukkan barang barang yang penting ke dalam beg sandang.

Rambut blonde panjang paras pinggang itu disikat rapi dan dibiarkan lepas.

Bedak kompak dan lipstick dikeluarkan dari laci meja solek. Ditepek ke muka dan dioles ke bibir untuk hilangkan wajah pucatnya. Perfume disembur ke badan. Kasut Nike Roshe Run disauk ke kaki. Perfect!

Dilihat jam.

4.25 p.m.

Masih ada 35 minit lagi sebelum perbincangan.

Transport?

"Grab je la" dia membuka telefon dan mencari aplikasi Grab. Membuat apa yang patut, dia terus turun ke tingkat bawah dan keluar dari rumahnya. Menunggu di luar pagar.

Sekejap sahaja pemandu Grab sudah sampai di hadapan rumahnya atau boleh panggil Villa Shaynder yang bermaksud Shayreen Alexander.

Dia masuk ke dalam kereta sewa itu. Taman Saujana dituju.

Sampai sahaja, Shay berterima kasih kepada driver Grab dan mencari tempat yang sesuai.

Kakinya lemah melangkah ke arah sebuah meja batu. Beg sandang diletakkan di atas meja. Airpod disambung ke telefon.

It's you oleh Ali Gatie dimainkan. Rambut yang jatuh diselit ke belakang telinga. Dia menyilangkan tangan di atas meja sebelum merebahkan kepala. Mata ditutup buat seketika.

It's you
It's always you
If I'm ever gonna fall in love
I know it's gon be you

It's you
It' al

Dan Shay bangun apabila sebelah airpodnya ditarik. Dilihat Xander selamba sahaja memasukkan airpod ke telinganya.

"Layan lagu jiwang ni sebab rindu I ke,baby?" Soalnya bersahaja sambil tersengih.

"Ermm..." Itu sahaja jawapan Shay bagai mengiyakan kata kata yang keluar dari mulut seorang Xander. Dia membetulkan duduk. Ditahan sahaja denyutan di kepala. Matanya kuyu tak bermaya.

"Kenapa ni,sayang? You okay ke tak ni?" Soal Xander.

"Hmmm.." lantas Xander menyentuh dahi Shay.

Viami Amo Where stories live. Discover now