VA 2

2 0 0

"Class, for this time, you need to make a project in partner that I had chosen. The title based on what you've learnt today" ujar Professor Nadine.

'Orang tua ni suka sangat atur partner ikut dia punya kepala' Shay mencebik.

"Faiq and Reza"

"Faten and Rania"

"Faqih dan Thaqif"

"Razif and Xia Tang"

Blablablabla......

Shayreen and Xander

Shayreen rasa macam jantung dia nak luruh. Kenapa?

'Why? Why? Why? Kenapa aku dengan mamat tu' jerit hati Shay. Namun di luar dia hanya tersenyum kecil. Menyembunyikan perasaan dalam hati.

" You need to submit the project after two weeks. That's all for today. Class dismiss" kata Professor Nadine sebelum keluar dari dewan kuliah.

Shay masih terkaku di tempatnya. Berfikir macam mana nak hadap mamat sorang tu.

Dari tempatnya,dia boleh nampak Xander berjalan ke arahnya.

'Tenanglah wahai hati' bisiknya. Dia cuba untuk tidak berkelakuan ganjil. Mujurlah muka dinginnya menutup perasaannya yang gundah gulana itu.

Sampai sahaja di hadapan Shay, Xander berhenti. Dia tersenyum.

"We meet again, Shayra sayang" kata lelaki itu disambut kerutan kening oleh Shay.

'Sejak bila pulak nama aku Shayra ni' getus hatinya agak kecewa. Ya lah, mamat yang mengaku minat kat dia tak ingat nama betul dia.

Okay,sejujurnya sebab lelaki tu la yang dia minat. Broken jap.

"Sorry, my name is Shayreen" katanya perlahan.

"A lil combination of Shayreen Nayra can be my Shayra. Note that,baby" balas Xander penuh manis. Shay rasa rama rama terbang dalam perutnya. Muka dah merah.

"But I'm not your...."

"Let's talk about the project, ye sayang? Nak gaduh manja lepas ni eh" Xander mengenyit mata selamba selepas memotong ayat Shay. Shayreen pula yang naik malu.

"Hmm..so macam mana. When do you have free time?" Suaranya dingin kembali.

"Boleh tak kalau esok petang dalam pukul 5 kita jumpa kat Taman Saujana?" Xander cuba berdiplomasi.

" I okey je. Esok I don't have class so, deal. Don't be late" Shay bersetuju. Dia mengemas barang barangnya sebelum bangun untuk keluar dari dewan kuliah itu. Xander juga mengikut dari belakang.

'Just wait and see,sayang. Soon,you'll be mine' getus hati Xander sebelum mengukir senyum sinis.

Dia naik ke atas motosikal berkuasa tingginya dan menderu laju meninggalkan universiti itu.

Shayreen pula terus ke kafe. Dia masih punya kelas di petang hari.

Di kafe, dia memesan macaroni cheese. Tekaknya terasa nak makan western food. Mujur kafe itu special. Semua jenis makanan ada. Air pula dipesan latte ais. Fikir je dah rasa kecur liur.

Sambil itu, dia membuka balik catatan kelas Professor Nadine. Membaca balik maklumat.

Makanan yang dipesan sampai. Dia cepat sahaja menyuap macaroni ke dalam mulut. Dikunyah perlahan. Tak perlu tergesa gesa kerana kelas seterusnya akan bermula setengah jam lagi. Masih punya banyak masa dia nak melantak makanan tu sampai kenyang.

Memang dia dan makanan tak boleh dipisahkan. Namun begitu, dia tak gemuk gemuk. Bodynya boleh dikatakan hot juga.

Sebabnya Shay ni jenis yang jaga badan. Everyday, she will jog for one hour. Kalau tak sempat pun, dia akan buat senaman ringan. Cukup untuk hilangkan lemak.

Setelah habis melantak,dia membayar harga makanan tersebut. Barang barangnya diambil dan dia bergerak ke dewan di blok A.

Dia masih ada 10 minit sebelum kelas bermula. Sampai di dalam dewan, dia mencari tempat duduk di belakang. Tak betah duduk di hadapan.

Buku catatan dibuka. Sambil menunggu Prof. Maya masuk, dia mengeluarkan telefon.

Aplikasi Instagram dibuka. Melihat apa yang menarik.

"Okay class,so that you know, you will have a big project that coming up for the last sem. You need to make it individually. I will give you the title and you need to make the research. This is the last project before you end your sem. And I think all of you know the rules,right?" Suara Prof. Maya menghentikan aktiviti Shay. Pensyarah itu berjalan dengan lenggok sambil bersuara lantang. Pensyarah kecil molek itu berhenti di mejanya.

"Yes" beberapa orang sahaja yang menjawab. Yang lain ada yang mengangguk dan ada yang hanya mendengar.

Shay mengeluh. Projek lagi. Tahulah dah semester akhir. Semua kelas nak projek.

"For the next class, you just need to do the research. Lagipun, start from next week, I cuti. So, tajuk untuk projek tu, I akan bagi dalam whatsapp,okay? To make sure that you're not cheating. Well, I kan baik" sempat lagi pensyarah itu angkat bakul sendiri.

Blablablabla...

Lepas tu Shay langsung tak nak dengar. Bila Prof. Maya cakap macam tu maknanya dia akan bagi semua detail dalam whatsapp. Even dia dah cakap dalam kelas but still dia akan repeat balik.

Shay mengeluarkan airpod. Dia menyambungkan airpod itu dengan telefonnya dan terus sahaja melayan lagu.

Bila sahaja kelas tamat, Shay terus sahaja keluar tanpa perlu menunggu sesiapa.

Dia berjalan agak laju untuk sampai ke parkirnya. Masuk sahaja ke dalam kereta, terus sahaja dia memandu ke rumah. Tak sabar nak masak. Nak makan. Lapar.

Tapi malang sungguh baginya hari itu. Sikit je nak sampai rumah, Baby Blue buat hal. Means kereta dia buat hal. Nasib baik dia sempat berhentikan kereta kat tepi.

Dah lah kat luar hujan tapi dia tak betah menunggu dalam kereta. Terus sahaja dia menunggu di luar.

Telefon dalam poket diambil. Dia membuat panggilan kepada seorang dari anak buahnya untuk  memanggil mekanik.

Jarak ke rumah tak adalah jauh sangat tapi dia nak tunggu mekanik sampai dulu.

Dalam 15 minit juga dia menunggu menyebabkan bajunya lencun dan dia kesejukan tetapi masih lagi stay cool, kemudian datang sebuah kereta yang berhenti di tepi.

"Maybe mekanik tu kot" bisiknya perlahan.

"Cik, kereta cik kan yang rosak?" Soal seorang lelaki yang berpakaian sedikit kusam.

"Yes, it's mine. So you're the mechanic in charge,huh?"

"Yes" jawab lelaki itu. Dalam hatinya bukan main menyumpah seranah Shay yang nampak sombong itu.

'Annoying gila aih pompuan ni. Mentang mentang kaya'

"Mari saya check kereta cik" dengan profesional dia mendekati kereta Volkswagen itu. Mencari punca kerosakan kereta mewah itu.

Hujan sudah serik seiring masa berlalu. Shay juga sudah letih menunggu.

"Kereta cik ni kena bawak pergi bengkel" kata lelaki itu selamba. Shay rasa nak mengamuk pun ada tapi dia malas nak bertekak.

"Okay lah. So this is my card. When everything is fine, you can call me" katanya lemah. Dah terasa simptom nak demam panas sebab lama sangat main hujan.

Selesai sahaja urusan itu,dia berjalan dengan lemah balik ke rumah. Biarlah berjalan dengan basah pun,biarlah tak selesa pun.

Jaraknya masih jauh kalau berjalan tapi dia gagahkan diri untuk sampai ke rumah.

Rasa macam nak tumbang je. Mekanik tu pun tengok kesian je. Nak ditumpangkan pun macam tak manis.

Sampai di rumah,dia terus menukar pakaian kepada singlet dan short pants. Dah tak peduli apa, katil dituju.

Membaringkan badan,menutup mata dan terus tidur.

Viami Amo Where stories live. Discover now