VA 1

3 0 0

Dia mula mengunyah roti bakar butter dengan sopan sekali. Terasa kesunyian di kala dia berseorangan, seperti biasa. Namun itu bukan kehendaknya. Dia punya rahsia besar untuk disimpan.

Di dalam mindanya memikirkan cara untuk hilangkan kebosanan itu. Patutkah dia memasak,berenang, memanah,asah skill martial arts atau siapkan assignment oleh Professor Edwin.

Memasak? Bukan pilihannya buat masa sekarang kerana dia telah kenyang dengan dua keping roti bakar serta hot chocolate.

Berenang? Bukan untuk hari ini. Tiada feel pula.

Memanah? Malas pula nak masuk bilik latihan. Sama juga lah untuk martial arts.

Siapkan assignment Professor Edwin? Masih banyak lagi masa untuk itu.

Akhir sekali dia membuat keputusan untuk ke markas. Meninjau apa yang patut.

Hoodie disarung ke tubuh. Topeng mulut disauk ke muka. Kaca mata hitam tidak lupa juga dilekapkan di mata sebelum memakai topi sudu Adidas.

Dia terus sahaja menaiki kereta Volkswagen sebelum meluncur membelah jalan raya.

Tiba sahaja di pintu markas,seorang lelaki menyambutnya.

"Maggie" sebutnya sebelum terus sahaja berlalu dengan kereta mewahnya itu. Kereta itu diparkir di garaj yang sudah semestinya khas untuk owner kesayangan.

Lelaki yang tadinya menyambut Shayreen terus sahaja memberitahu rakan sekerja akan kehadiran big boss dan permintaanya.

Ya, 'maggie' bukanlah password untuk masuk namun request oleh tuan besar.

Shayreen masuk ke bilik pejabat. Rasa nak menilik fail yang ada sebab dah terlalu bosan hidup. Eh?

Bertambun fail yang tersusun di belakang meja kerja. Tak muat satu rak gergasi itu. Semua maklumat nak disimpan dalam fail cuma it's not a big deal. Nobody can enter the room without her permission. The room is a safe place to save anything. Even assistant tak boleh masuk dalam bilik tu.

Banyak langkah keselamatan untuk masuk ke dalam bilik tu. Kunci keselamatan,kata kunci,cap jari, anak mata,cap tangan serta muka.

Selain itu, jika pintu bilik itu rosak, Shay masih punya banyak cara.

Sebentar kemudian, maggie cup dihantar melalui ruang kecil di tepi pejabat. Khas untuk penghantaran makanan dan dokumen.

Maggie itu dicapai sebelum berlalu ke coway. Plastik yang menutupi isi bekas itu dikoyak dengan berhati hati sebelum dia memastikan air panas dituang masuk ke dalam bekas maggie itu.

Bekas itu diletakkan di tengah tengah meja. Sudu dan perencah diletak di tepi. Sudah terliur ingin menikmati maggie itu sambil membelek fail yang penuh bertingkat itu.

Sambil menunggu maggie kembang, dia termenung seketika. Memikirkan beban yang ditanggung.

Sejak dari kecil lagi,dia sudah dilatih dengan martial arts. Habis negara dihantar untuk memahirkan setiap seni pertahanan diri.

Perancis, Korea, Jepun dan banyak lagi negara dia pernah tinggal semata mata untuk martial arts.

Bukan itu sahaja, senjata juga dia dah pro sebab sifu sifu yang mengajar. Piasu, pedang,pistol,anak panah. Sebut je apa semua dia dah pernah cuma bom je jarang guna.

Tapi dia kena masuk juga kelas kemahiran untuk jadi perempuan sejati. Kelas memasak,menjahit, dan kelas kelas lain.

Dan sekarang dia dah jadi pakar IT. Itu semua kerana paksaan uncle nya. Mujur sahaja dia bijak. Tak adalah pening kepala sangat bila jadual compact. Dah la belajar pun kat rumah. Uncle mengupah private teacher untuk mengajar.

Viami Amo Where stories live. Discover now