Bab 40

1.7K 85 13

Theodora menaiki tangga dengan mulut yang menegeluh kesakitan. Sudahlah biliknya dan Asyraf berada di tingkat dua. Masih ada dua tangga lagi yang perlu dia naiki untuk sampai ke biliknya. 

Tetapi dia tidak mahu tidur di biliknya bersama Asyraf. Pasti marah suaminya itu masih tidak reda lagi. Hati mula tertanya-tanya dengan kata-kata Aileen petang tadi.

Jam sudah menunjuk pukul 4 petang. Dan Theodora masih belum makan daripada pagi hingga lah sekarang. Terlupakah Theodora yang dia ada penyakit gastrik?

Tiba-tiba idea muncul di benak pemikiran. Theodora membuat keputusan untuk duduk di bilik yang agak jauh dari pandangan semua yang ada di dalam rumah ini. Mungkin bilik yang dia sedang tuju ini hanya untuk tetamu. Biarlah dia duduk dan tidur di sini dahulu.

Rajuknya pada Asyraf masih tidak reda lagi. Sebagai seorang suami, sepatutnya Asyraf mendidik dan menegurnya dengan cara yang elok. Bukannya memarahi dan terus bertindak dengan melulu. 

Tengok sekarang apa yang jadi. Cawan kaca di balingnya sehingga cedera kaki Theodora. Sudahlah dengan kaca itu tertusuk di dalam isi sekali. Mampukah Theodora untuk menahan sakit yang akan berlaku pada dirinya? mampukah aku?

Terhinjut-hinjut Theodora berjalan di tingkat satu itu. Biarlah suaminya tidak tahu keberadaannya di sini. Theodora inginkan masa untuk terima semua benda yang berlaku secara pantas ini.

Theodora membuka pintu yang paling hujung sekali yang berada di tingkat satu itu. Walaupun bilik itu satu tingkat dengan bilik Aileen dan bilik Puan Asmah. Pasti mereka akan tercari-cari di mana tempat rehat sementaranya itu.

Perut yang masih mengulas lagi menambahkan kegusaran hati Theodora. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap badan. Perasaan bercampur baur sekali. Benarkah Asyraf marah pada dirinya. Biarlah takdir yang menentukan segala-galanya.

Seekarang dia mahu merehatkan minda dan menenangkan hati yang masih merajuk dengan tindakan Asyraf itu. Sudahlah menengking dirinya di hadapan Puan Asmah, Aileen dan Aiman sebentar tadi. Pasti dirinya malu untuk bertentang mata dengan mereka.

Tidak mengjiraukan kaki yang masih lagi terkeluar darah itu. Theodora terus memabaringkan dirinya dengan berhati-hati. Tidak ada niat langsung untuk mencuci darah yang masih berisisa di stokin yang dipakainya itu.

Tudung dan pakaian yang sama masih lagi terlekat pada badannya. Malas mahu menukarnya. Baju di dalam biliknya dan Asyraf. Tiada keupayaan lagi mahu menaiki tangga itu.

Bilik yang diduduki olehnya itu sangat cantik dan kemas sekali walaupun sudah lama adik beradik Puan Asmah tidak datang kerumah ini.

Perutnya masih lagi mengulas dan minta untuk diisi. Theodora tidak menghiraukan kesihatan dirinya sendiri itu terus terlelap berlandaskan tilam dan bantal yang sangat empk sekali. Cepat sekali mata menguyu. Kipas ataupun aircorn yang berada dir dalam bilik yang didudukinya itu tidak dibuka.

Mata yang sudah tertutup itu tidak sedar bahawa darah di kaki masih lagi keluar dengan banyak tanpa berhenti. Bibirnya mula memucat. Perut yang sudah ada tanda-tanda untuk gastik itu lagi tidak dihiraunya.

Peluh mula merinik di dahi licin yang tanpa ada sebarang parut atau jerawat. Biarlah dirinya keseorang sekarang.

**********

Asyraf yang berada di ruangan kolam itu termenung sendiri. Masih memikirkan siapa gerangan wanita itu sehingga berani menyentuh isteri kesayangannya itu.

Nasib baik isterinya itu tidak ada sebarang luka. Jika ada pun, pasti dirinya tidak akan perasan. Dia mengeluh perlahan. Asyraf sedar perlakuannya terhadap Theodora itu adalah salah sama sekali, tetapi dia tidak boleh sabar dengan tindakan yang keluar tanpa izinnya itu.

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now