Bab 39

1.3K 74 4

Derap kaki sang jejaka yang bergelar suami itu sungguh laju sekali. Dia sudah mengarahkan anak buahnya mengelilingi mall yang bertempatnya isteri dan adiknya itu. Takut jika musuh yang berani menyentuh bininya itu lari.

"kau call Aileen sekarang" arah Asyraf pada Aiman. Dia mengajak Aiman sekali kerana adinya itu gedik nak bunuh orang. Tahu nak kotorkan tangan sahaja. Bila tah nak berubahnya.

"dia tang angkat lah bro" keluh Aiman. Sudah beberapa kali dia mendail nombor adik perempuannya itu. Tetap tidak di jawabnya.

Arghhhhh

Asyraf dan Aiman terus menoleh ke arah ruangan yang menempatkan tandas dan surau di dalam mall itu. Terlihat orang ramai berkumpul di situ. Dia kenal suara jeritan tadi. isterinya.

Kaki laju melangkah dan merempuh orang yang sibuk mengelilingi adegan itu. Hati Asyraf mula panas dengan apa yang dapat di lihatnya itu.

"kau buat apa ni bodoh!" tangannya laju menarik orang yang memakai hoodie itu. 

Buk

Penumbuknya terus di hinggapkan pada wajah yang tertutup itu. Asyarf tidak tahu sama ada itu perempuan ataupun lelaki.

"korang buat apa dekat sini? Blah lah!" tengking Aiman pada segolompok wanita yang bercampur lalaki itu. Sungguh rimas dengan masyarat yang tidak reti membantu orang yang dalam kesusahan..

Aileen dan Puan Asmah sudah teresak-esak menangis. Sedih tidak dapat membantu kakak ipar dan menantunya itu. Aileen ingin sahaja bertindak ingin memukul, tetapi dia fikir tentang pandangan orang sekeliling. 

"cukup" Theodora bersuara perlahan. Walaupun dia di lempang dan tudungnya di tarik oleh Alisya. Dia tetap tidak mahu melihat suaminya memukul wanita. Sakan-akan dayus di mata orang lain.

Asyraf menghentikan perbuatannya itu. Matanya jatuh pada sosok tubuh yang di menembuk dan membelasah itu. Masih tidak sedar yang dia sedang memukul seorang perempuan. 

Hati lelakinya kian marah dengan tindakan isterinya yang keluar tanpa meminta dan memberitahunya itu. Tetapi dia tidak mahu memanjangkan cerita di dalam mall ini. Biarlah perkara itu di selesaikannya di rumah nanti.

"di...dia perempuan abang" kata Theodora. Air mata mengalir lesu, tenaganya banyak habis ketika dia ingin mempertahankan dirinya dari di cederakan oleh Alisya. Tetapi apa kan daya, Theodora hanya seorang wanita biasa yang tidak tahu akan perkara seni mempertahankan diri.

Aiman menenagkan umminya dan adik perempuannya itu. Dia hanya memerhatikan sahaja tindakan yang di lakukan oleh abangnya itu. Biarlah abangnya itu melepaskan geram pada orang yang berani menyentuh isteri kesayangannya itu.

"dia sentuh sayang, dia dapat habuan." dingin sekali Asyraf membalas keterangan isterinya itu. Dia tidak kesah sama ada perempuan atau lelaki yang di pukulnya itu. Sesiapa yang menyentuh orang kesayangannya itu sungguh menepah maut.

"kau settle kan semua ni. Bawa ummi dengan Aileen balik. Aku bawak isteri aku. Cau." tanpa mengajak isterinya jalan bersamanya, Asyraf terus melangkah kaki keluar daripada ruangan yang berdekatan dengan tandas itu.

"pergilahikut suami tu." kata Aiman pada Theodora yang dari tadi melihat tiada tanda-tanda kakak iparnya itu akan berginjak dari tempat yang berdirinya daripada tadi.

Tidak membalas kata Aiman, dia terus mencapai beg tangan dan bahan membuat kek yang sudah jatu menyembah lantai saat Alisya menarik tudunga tadi.

Theodora melemparkan pandangan sayu pada Alisya yang sudah pengsan dipukul oleh suaminya itu. Tanpa melengahkan masa, dia terus meninggalkan tempat itu sambil membetulkan baju dan tudungnya yang sedikit comot itu.

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now