🔮Bab 47

7K 576 35
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Langkah diatur kemas menuju ke arah Arka yang sedang berdiri di lobi istana namun langkahnya tiba-tiba termati saat melihat susuk Fateh yang berjalan ke arah Arka dan mereka mula berjabat tangan dan berpelukan melepaskan kerinduan. Saat terpandang wajah Fateh, segera kenangan beberapa matahari terbit yang lalu menyapa ingatan.

Langkahnya mati tatkala tangannya dipaut oleh satu tangan Fateh. Kiranya Fateh ingin memujuknya namun telahannya salah sama sekali.

"Apa tujuan kamu menceritakan semua ini?" Fateh melepaskan tangan Cahaya lalu mengubah posisinya untuk berdiri menghadap Cahaya.

Sinis. Sombong. Tidak mesra.

Tiga gambaran itu cukup tepat untuk menggambarkan riak wajah Fateh yang sungguh menyakitkan hati Cahaya pada ketika ini.

"Apa? Fateh bisa bertanyakan Cahaya untuk apa Cahaya bicarakan tentang semua itu tadi?" Cahaya memejamkan matanya rapat-rapat lalu membukanya semula. Cuba mengawal rasa sakit hati yang mula mencengkam diri.

"Fateh dari dulunya tidak pernah berubah." Giliran Cahaya pula yang tersenyum sinis pada kali ini. Mungkin kerana dia terlalu sakit hati dengan riak Fateh.

"Lalu untuk apa Fateh katakan Fateh cintakan Cahaya? Oh hanya dusta?" Cahaya mengesat sisa-sisa air mata.

"Oh! Cahaya salah! Benar juga. Pastinya adalah mustahil bukan?"

"Untuk seuguwan laki-laki yang bergelar Putera Fateh Aditya ibni Raja Adipramana Anarghya untuk mencintai seuguwan gadis yang bernama Puteri Nanggung Cahaya ibni Raja Primada Bahyu."

"Kamu salah. Aku memang mencintaimu." Cahaya memandang wajah Fateh yang juga sedang menatapnya. Menunggu tiap patah kata yang ingin dilontar keluar lagi oleh lelaki itu. Fateh mengalihkan pandangannya kembali.

"Tetapi itu dahulu, sejak aku tahu kamu berubah, hatiku juga berubah."

Cahaya ketawa dalam kepahitan.

"Jadi sekarang Fateh sudah mencintai yang lain? Siapa gerangannya? Apa dia Bella Amanda?"

"Bukan urusan kamu."

"Cuma satu hal. Jangan sesekali mengganggu permaisuri Bella. Jika tidak..." Fateh menatap Cahaya tajam.

"Aku tidak akan mempertimbangkan lagi hubungan zaman kecil kita dahulu seperti mana aku gunakan alasan itu untuk menyelamatkan kamu di Lembah Kematian pada beberapa purnama yang lalu. Kali ini, aku sendiri akan menghukummu jika kamu mengapa-apakan Permaisuri Bella."

Dan kedua-dua belah mata Cahaya mula bergenang. Dia menjadi bingung dan sangat keliru. Sangkanya dia ada harapan untuk bahagia bersama lelaki ini namun telahannya salah sama sekali, dia tetap saja terus-terusan disakiti oleh lelaki ini. Tiba-tiba kata-kata Bella Amanda muncul di benaknya. Dan kata-kata itu mula terngiang-ngiang jelas di minda.

"Fateh...seuguwan Fateh, apabila dia mencintai, dia akan mencintai selama-lamanya." ujar Cahaya sambil memandang yakin kepada Fateh. Dia mula beroleh sedikit kekuatan untuk melawan lelaki itu. Dia yakin Fateh masih mencintainya.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now