4

2.6K 222 1
                                        

"Lagi lima minit aku tak nampak motor kapcai dia, aku sumpah aku mengamuk kat sini"

"Walaupun kalau ada Jat?"

Peah pandang aku. Muka dia dah merah macam haiwan pink dalam lori atas highway yang aku nampak haritu. Biasalah, budak Sabah ni kulit dia kemain putih.

Oh, aku tak cakap eh Peah orang sabah?

Ya. Seketul Shafira Nedine ialah orang Sabah yang berpindah ke Kedah masa kami form 1.

Masa tu dia cakap Sabah dengan aku dan aku terus tinggal dia dalam bilik guru. Tak paham lehsia.

"Yang tu dipanggil emergency. Kena stop" mata Peah meliar cari kelibat sebuah Aizat. Mana tau nanti Jat keluar, jatuh saham dia.

Apa-apa jelah Peah. Asal kau bahagia.

Peah mengibas-ngibas tudungnya konon nak hasilkan angin. Abangnya yang hidung kemain mancung tu dia tunggu dengan penuh dendam yang membara.

"Alaa cepatla kambing, aku taknak jatuhkan maruah aku mengamuk kat siniii.."sayup-sayup suara Peah kedengaran dengan kening berkerut. Lepastu dia pandang aku.

"Eh by the way, kalau abang aku datang naik kereta, kau nak tumpang tak?"

Aku berfikir-fikir. Alang-alang dah seiring sejalan apa salahnya kan? Aku pun tak payah jalan kaki penat-penat. Tapi aku ingat nak singgah kedai pak Rompin sebelum balik. Takkan nak suruh abang Peah berhenti pulak? Ingat bigboss ke apa?

Hmmmm..

Ahh yang penting aku balik!

"Boleh gak"

"Nanti aku bagitau ek?"

"Ha ye"

"Kalau naik kereta tau?"

"Yee Peah.."

"Balik nanti wasap abang kandung kau tau?"

"Baik Shapiqa Sardine"

Eh kejap.

"Siapa? Apa?"aku pandang Peah dengan muka terkejut.

"Abang kau tu lah. Yang IG nama KingFaiq underscore tu"

Amboih kau Peah. Yakin benar dia abang aku.

"Betul ke dia abang aku? Kalau scammer cemana?"

"Scammer waklu! Dia siap bagi gambar family dia- eh family kau kat aku tau.. Wehh wealthy gila family kau eh. Silap-silap private jet pun ada bebb! Dia tunjuk gambar raya diorang taun lepas. Berdasarkan gambar tu, aku dapat tau kau ada tiga abang pastu muka mak kau sebijik macam kau wehh aku terkejut gila tengok macam KYAHH MAK AISYA WEHH pastu muka bapak kau tak nampak tua langsung macam abang je kalau duduk sebelah nampak sangat awet muda CHOIII! Pastu kan, abang kau tu aku tak tau la yang mana satu Faiq tapi dua-dua muka sama do aku nak tengok diorang depan-depan pastu nak jerit like KYAAHH ABANG AISYA then aku-"

Masyallah penat dengar dia bercerita pasal 'family' aku. Aku pandang jalan belakang Peah.

Alhamdulillah abang dia dah sampai.

Peah pun berhenti bercerita dan dia balik dengan abang dia. Aku pun bangun nak balik jalan kaki sebab abang dia datang bawak motor tapi sebelum tu aku singgah kedai pak Rompin. Bukan apa, aku cari aiskrim pikachu tapi haram, ais pop pun takde kat situ. Belacan banyak la. Dasar pak Rompin.

🐅🐆🐅🐆🐅

Lepas kena potpet dengan mak aku sebab balik lambat- HEII aku kena tunggu abang Peah okey?!- aku masuk bilik dengan malasnya.

Duhh. Berbahang betul. Nak je aku beli aircon letak seketul kat sini tapi aku berpijak pada bumi yang nyata lagikan bulat bahawa duit nak beli topup pun takde ni kan pulak nak beli aircon.

Pigirahh! Jauh sekali!

Phone aku bukak. Lepas kejadian haritu, aku mula sembunyikan phone dalam longgokan baju kotor.

Ok la sebab baju aku basuh sendiri jadi mak aku takkan kacau raga tu.

Independent girl bukan?..

Bukak je data, perghh!! Banyak gila wasap. Takkan Peah kot? Dia kata nak singgah Tesco lepas balik sekolah. Jadi mesti dia tak sampai rumah lagi.

Habis ni siapa?

Saka? Jembalang?

Dementors??

Ok cukup Sya. Dementors tak main phone. Sama jugak dengan saka dan jembalang.

Jadi aku bukak wasap dan cek mesej dari number yang aku tak save tu.

Ohh wait.

What?

Wed, Apr 29 2020

Edited 10 Oktober 2020  [ 11.45 P.M. ]

Home | Ancestry ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang