Bab 38

1K 64 3

Aileen jalan menyepit ketika mahu keluar daripada membeli barang ang mahu di hadiahkan untuk sahabatnya itu. Theodora mengerut kening dengan teletah adik iparnya itu. Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba sahaja jalan tersepit-sepit.

Puan Asmah mengucapkan terima kasih kepada budak perempuan yang menjaga kaunter itu. Nmapak sahaja pelakuan anak daranya itu terus wanita separuh abad itu memukul perlahan bahu Aileen.

"Leen kenapa ni?" tanya Puan Asmah sambil mengusap sedikit bahu anak daranya itu. Theodora hanya mendengar dan memerhati sahaja. Tiba-tiba sahaja hatinya tidak tenang. Terasa ada perkara yang akan berlaku pada dirinya.

"Aileen nak terkencing lah ibu" Balas Aileen prlahan seakan-akan berbisik. Kang kalau dia jerit mahu kena smackdown dengan Puan Asmah nanti. Sudahlah mereka sedang ada di tengah-tengah shopping kompleks ini. Mahu semua pandang kearahnya nanti.

"Allhuakbar. Pergi la tandas sayang oi." Puan Asmah menepuk dahi perlahan. Tidak faham dengan perangai si Aileen ni. Bneda kecil itu pun mahu diajar lag.gi. Belajar sampai Master tetapi perangai yang satu itu tetap tidak diubahnya.

Aileen yang mendengar itu terus tersenyum sumbing. Sebenarnya niatnya tidak mahu menyusahkan ummi dan kakak iparnya. Tetapi sudah di tegur oleh Puan Asmah. 

"kalau macam tu, jomlah akak dengan ummi teman Aileen pergi cari tandas. After that, kita pergi makan oke" cadang Aileen sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Theodora yang dari tadi memerhati gelagat adik iparnya itu pun turut terhibur. Walaupun muka Aileen nampak sedikit bengis dan sombong. tetap ada sikap yang lembut bak kain sutera.

"okeyh lets go!" balas Theodora dengan riangnya. Walaupun hati berasa gelisah dan tidak tenang, tetap dia tidak mahu menunjuk. 

'apa yang nak jadi sebenarnya ni?'

Melihat sahaja papan tanda yang menunjukkan belok ke kanan untuk menuju ke tandas wanita.  Cepat sahaja Aileen berlari kecil. Sudah tidak tahan sangat la tu.

"erm Dora, ummi nak masuk tandas juga ni. Bole ke Dora duduk di luar sorang-sorang?" tiba-tiba Puan Asmah bersuar.

Theodora tertawa kecil. Itu pun nak minta kebenaran ke ummi?

"Allah ummi, pergi je. Dora okey je duduk sini kejap. Lagipun kan ramai kat sini yang lalu lalang. Ummi masuk la ye" dengan yakinnya Theodora balas tanda rasa ragu-ragu.

"dah Dora cakap macam tu. Ummi masuk dulu ye. Jangan pergi ke mana-mana" Theodora hanya mengangguk dan memandang sahaja kelibat Puan Asmah yang sudah masuk ke dalam tandas wanita itu.

Tiba-tiba terasa seperti di perhatikan. Theodora memandang kekiri dan kekanan. Tiada siapa.

"well well well. Dah bahagia ye kau sekarang" ada suara sumbang menegur Theodora yang sedang berdiri itu. Bukannya dia tidak mahu duduk, tetapi kerusi menunggu sudah pun penuh di duduki oleh pengunjung di pusat membeli belah ini. Lagipun agak jauh sedikit kerusi yang di sediakan oleh pihak atasan.

Theodora tidak sedar bahawa ruangan yang di sedang menunggu Puan Asmah dan Aileen itu agak terperici. Orang tidak lalu lalang mungkin kerana di hadapan itu adalah jalan mati.

Jantungnya berdegup kencang. Situasi inikah yang dari tadi menyebabkan hati dan jantungnya tidak tenang. 

"aw..awak nak apa Alisya?" walaupun Theodora takut ingin mengeluarkan suara. Dia hanya menasihatkan diri sendiri bahawa tiada perkara buruk yang akan berlaku.

"senang kau ambil helah nak lari dari kerja dekat rumah aku kan" Alisya memberi pandangan yang sangat gerun pada wanita di hadapannya ini sehinggakan Theodora menundukkan pandangannya.

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now