"Dari hari ke minggu, dari minggu ke bulan"
"Dondee ee~"
Aku pandang angah dan acik yang berjalan menuju ke arah sofa sambil menyanyi lagu donde.
"As usual, tak sedap" Kutuk aku dengan senyuman kambing gunung. Dan aku dapat jelingan sebagai hadiah.
"Eh, hormat sikit. Abang tu. Ingat kawan ke nak mengata macam tu" mak aku yang tengah tengok drama pukul tujuh berkata.
Wei. Aku kata tu je kot. Sudahnya balik-balik aku yang kena? Amboih.
Memang patut bagi aku bisu jelah. Apa yang aku buat semua salah. Habis tu apa je yang betul?
Achik senyum sinis kat aku. Cetan ni memang suka tengok aku kena marah. Eii tak padan dengan pendek!
Tapi kan, mak dengan abah selalu kata dia abang aku. Memang la kau kata bila dia lagi tua dari aku,dia akan jadi abang aku.
Masalahnya aku form 3, dan dia pun form 3. Celah mananya abang?
Walaupun birthday dia beza lima hari dengan aku, kitorang bukan kembar memandangkan..
Dalam sijil lahir aku takde nama bapak aku.
Wait. Jangan cakap aku anak angkat.
Weih.. Kenapa aku baru terpikir pasal benda ni siot ahh!!
Aku pandang mak aku lama. Nak tanya ke taknak? Kang dia marah tak pasal aku yang kena.
Kalau aku tanya bapak aku lagi la teruk.
Senyap dah la.
🐅🐆🐅🐆🐅
Aku pandang bumbung yang berkarat. Lama. Masih berpikir kalau-kalau aku memang anak angkat.
Ok jugak tu. Terseksa kau tau,duduk dekat sini. Mak bapak yang taktau makna privasi dan garang gila sampai tak boleh nak cakap sikit pun, abang-abang yang perangai macam buntut ayam, jiran sebelah yang suka mengutuk dan mungkin bela saka dan macam-macam lagi.
Lagi-lagi kalau family sebenar aku memang si KingFaiq underscore tu. Mau ada Lamborghini aku eheh.
Ahh berangan je lebih kau, Sya. Baik kau tidur. Kang orang tua tu jenguk sekali, nangis kau malam ni kena bebel.
🐅🐆🐅🐆🐅
"Ashecool, school, school, schoolllaahh"
"Senyap sikit, Peah" Aina si pengawas menegur dari belakang aku.Wana di sebelah dia cuma senyap membuat kerja sekolah. Tulah, main pabji lagi, kan dah tak sempat nak buat homework.
"Hak alahh kau ni bising ahh. Mak lampir belaan tok imam pun kalah" Peah membebel sorang-sorang sebelum memandang aku lama. Siap angkat kening lagi.
Minah ni nak apa?
"Eh, Sya"
Aku mengangkat sebelah kening yang bermaksud 'nak apa cetan?'.
"Semalam kan, ada orang dm aku kat IG. Pastu dia mintak number kau. Aku tak bagi la memandangkan kau tak suka ada orang tak kenal mintak number kau en. Pastu kau tau tak?" Peah membuat muka serius sebelum mata dia pandang belakang aku dan sengih.
Aku toleh belakang. Ciskek. Jat rupanya. Patut semacam cara sengihannya. Macam sengihan orang bahagia.
Aku toleh depan balik. Peah pun sambung cerita.
"Dia kata dia abang kandung kau wehh! Then aku cam 'what??!' Pastu aku hairan la pasal kau ada tiga abang kan? Jadi ni yang mana satu? Pastu dia kata dia abang sebenar kau. Dia cerita la segala mak nenek pastu nama mak kau ada sekali dalam cerita tu. Tapi sampai part last, dia nak cerita pasal anak angkat, tiba-tiba aku dapat mesej"
Mata aku terkejip-kejip dengar cerita Peah. Skrip macam boleh masuk Blockbuster punya list.
"Lepastu?"
"Dia kata... Anda telah menggunakan 100% kuota internet. Sila dail *100# untuk membeli-"
"Lakhnat" aku tampar lengan si Peah yang tersengih-sengih kerang busuk.
"Eh tapi aku sempat bagi number kau tau"
Ayat Peah buatkan mata aku membuntang dan jantung aku berdegup laju macam baru nampak Haziq lalu.
Crush aye gais. Dah dua tahun dah. Dia tak notice pun HAHAHA..
Siannya hidup aku.
"Balik nanti kau chitchat dia la ek? Aku nak gi dating jap" Peah smirk dan dia terus bangun pergi duduk sebelah Jat. Tempat tu kosong sebab Amin pergi tandas.
Senang gais couple dengan classmate sendiri. Boleh jumpa selalu.
"Taguna kau Peah" Dia tinggal aku sorang kat sini? Aku dah la lonely. Hmmm.
Lonely..
I'm mister lonely..
I have nobody..Ada tak lelaki yang kesunyian nak teman aku?
Haha lawak, Sya. Lawak. Bunyi macam account fake yang menyemak kat komen IG la pulak.
Aku terpandang Alif yang berada di seberang. Dia pun tengah pandang aku.
Ya Allah, aku lebih rela sunyi dari diteman oleh dia. Series aku cakap.
Aku tak pernah sembang dengan dia dari awal tahun sampai la sekarang, dah habis pt3. Sebab Peah kata mulut dia kalau sekali bukak, tak berhenti sampai balik. Nasib baik takde bau petai.
Peah la kata. Aku taktau sebab tahun lepas dia kelas lain.
Jadi aku alihkan pandangan dan pandang luar kelas di mana ada jejaka yang hensem namati- I mean HAZIQ YANG TENGAH ON THE WAY NAK PERGI TANDAS LELAKI UWUUU!!
Kenapa ciptaan tuhan ini sangat indah untuk dipandang?
Haihh..
Dan kenapa dia tak sekelas dengan aku?
Oh yelah. Sebab dia bukan tipikal hero Wattpad yang full package. Dia kurang bab kepandaian sebab tu dia kelas belakang haha.
Aishh.. Tak baik gelak kat orang, Sya.
Tambah-tambah kat crush sendiri.
Ehem.
Tue, Apr 28 2020.
Edited 10 Oktober 2020 [ 11.40 P.M. ]

ANDA SEDANG MEMBACA
Home | Ancestry ✔
Teen FictionSemuanya bermula bila aku tengah scroll IG dan ada sorang mamat ni dm aku. Yang bestnya tak ada angin ribut petir, dia tiba-tiba mengaku sebagai abang aku. Choii what in the k-drama world is this? Aku ingat dia main-main. Mana tau nanti aku beria ba...