BAB 13

2.3K 64 8
                                    

NAJUWA menjeling Zuhayr yang berdiam dari tadi. Sebal pula rasa bila terpaksa menemani lelaki ini ke kedai. Buat perangai sangat bila Zuhayr menggunakan Nek Wan sebagai senjata untuk memujuknya.

Perangai apa entah. Konon dah lupa jalan nak ke kedai, sebab dah lama tak balik kampung. Lepas itu, mengada-ada tak mahu naik kereta sebab nanti orang kampung sibuk mengata. Terbiarlah kereta mewah itu depan rumah. Nak dijadikan perhiasan buat apa?

Ada motosikal, bagi alasan dah lama tak guna. Nanti rosak tengah jalan. Padahal Abang Mail selalu saja guna ke sana ke mari. Eh, macam-macam lagilah alasan dia yang menyakitkan hati.

"Kau jalan cepat sikit, boleh? Panas ni tahu tak?" omel Najuwa.

Tiada reaksi daripada Zuhayr. Wajahnya masih selamba dan langkahnya perlahan saja. Saja, mahu menguji kemarahan Najuwa.

"Cepat-cepat nak pergi mana? Ada suami dengan anak tunggu dekat rumah ke? Bukan kau belum laku lagi ke?" soal Zuhayr.

Najuwa menjegilkan matanya.

"Kau tak payahlah nak perli-perli aku. Cepatlah jalan. Terkedek-kedek macam itik pulang petang tu dah kenapa? Huh!"

Langkah diatur laju ke depan, meninggalkan Zuhayr. Ingatkan dah lama tak jumpa, elok sikit perangainya. Rupa-rupanya, semakin menyakitkan hati. Menyesal pula dia puji Zuhayr yang sudah banyak bercakap dan tersenyum.

Eee, rasa nak sagat-sagat mulut celopar itu dekat parut kelapa Nek Wan. Hergh!

Zuhayr sembunyi senyum. Seronok. Rindu nak mendengar kemarahan Najuwa. Bukan senang nak dengar Najuwa membebel.

Kau tak rindu aku ke, Najuwa? soal Zuhayr dalam hati.


"KAU okey, Najuwa? Life kau okey? Ada apa-apa yang kau nak kongsi dengan aku?" soal Zuhayr memecahkan kesunyian.

Najuwa berpaling ke sisi.

"Dah berhari-hari kau dekat kampung. Dah heret aku ke sana ke sini, baru nak tanya aku okey ke tidak?" perli Najuwa.

Zuhayr tersengih.

Najuwa pula yang tersentap. Susah betul dia nak biasakan diri bila Zuhayr murah senyuman dan sengihan seperti ini. Macam hilang terus Zuhayr yang pernah dikenali dulu. Macam orang lain.

"Nampaklah sihat kau tu. Mulut kau makin pedas bila bercakap," balas Zuhayr.

Lagi satu yang Najuwa perasan. Zuhayr dah semakin mesra bila berbicara. Tak macam dulu. Kalau bercakap tiada nada dan riak.

"Aku tahulah aku dah makin handsome. Tak payah renung aku macam tu. Aku tak suka orang pandang aku lama-lama. Kau lupa ke?" soal Zuhayr tanpa memandang Najuwa.

Rasa nak tercekik air liur bila kena tegur begitu. Terus Najuwa berpaling daripada terus-terusan merenung Zuhayr. Isy, kantoi pula!

Zuhayr mengerling Najuwa sambil tersenyum.

"Rindu gila aku dengan tempat ni," ucap Zuhayr.

Langkahnya diatur menuju ke pohon yang menjadi tempat kenangannya bersama Najuwa. Dia duduk bersandar pada pohon itu dan menggamit Najuwa agar duduk di sebelahnya.

"Kau selalu datang sini?" soal Zuhayr.

Najuwa mengangguk. Dia mengambil tempat di sisi Zuhayr.

Dekat sinilah aku menangis setiap hari, Zuhayr. Meluahkan perasaan bila tiada yang sudi mendengar. Tak ada apa pun yang berubah, bisik Najuwa dalam hati.

LAMARAN CINTA TUAN ZUHAYRWhere stories live. Discover now