Part 7. Way To Go... Still Far Away

54.7K 2.3K 129
                                    


Pada masa yang sama di ruang tamu di villa Zariel...

Bibir Zariel sedikit ternaik bila menyaksikan perwatakan dan gaya perempuan yang dah berjaya tawan dia malam tu. Zariel dah agak yang perempuan ni bukan perempuan mudah.

Namun terdetik rasa bersalah di hati Zariel apabila melihat Luna... kerana kejadian itu terbayang semula. Kejadian yang tak sepatutnya berlaku.

"Kau kenal siapa perempuan ni?," soal Zariel.

Merujuk kepada Luna di kaca TV. Joey mengangguk walaupun hairan dengan soalan bosnya yang terlalu tiba-tiba.

"Arluna Aisyah binti Dato' Qair," jawab Joey.

"Cari semua maklumat pasal dia. Esok aku nak maklumat lengkap. Pastikan kau buat kerja betul-betul dan cekap," arah Zariel.

"Baik, bos!," balas Joey bersungguh-sungguh.

"Lagi satu aku nak tahu dengan teliti kes AA ni," arah Zariel serius.

Joey menurut seperti biasa dengan patuh.

'Tak payah susah-susah aku cari kau dah muncul dengan sendirinya,' fikir Zariel.



Keesokan harinya...

Di rumah Luna...

Wakil dari bank datang untuk menyita rumah mereka. Dato' Qair dan keluarga ternyata muflis seratus peratus. Luna rasa nak meraung sekarang ni.

"Pa...," sebak suara Luna.

"Papa minta maaf," luluh benar suara papa Luna itu.

"Pa, please cakap yang ni semua bukan salah papa," pujuk Luna.

Luna betul-betul mengharap yang Dato' Qair tak bersalah.

Akhirnya... Dato' Qair kalah dengan wajah mendung anak kesayangannya itu. Dia mengeluh kecil sambil menunduk memandang permukaan jalan.

"Anas perangkap papa kononnya papa seleweng duit syarikat. Semua ni supaya papa dikecam dan jatuh jadi dia boleh ambil alih tempat papa dengan mudah. Padahal semua wang tu dia yang selewengkan. Salah papa sebab terlalu percayakan orang sangat. Dia palsukan tanda tangan dan rekod pengeluaran modal syarikat yang papa pegang," cerita Dato' Qair kesal.

"Arluna Aisyah...,"

"Ya, pa?," sahut Luna.

"Papa akan tinggalkan Luna. Dah tak ada apa yang papa boleh berikan kepada Luna. Jadi... papa doakan Luna dapat berdikari. Papa harap Luna bahagia dan terus hidup dengan baik. Papa sayangkan anak papa," ucap Dato' Qair dengan sayu.

Bukan senang untuk dia buat keputusan macam ni. Namun Dato' Qair terpaksa demi kebaikan anaknya sendiri.

Tanpa sempat Luna hadam apa yang papanya cakap; Dato' Qair melangkah pergi... Meninggalkan Luna dengan berat hati.

Beredar selangkah demi selangkah jauh dari kawasan pagar banglo mereka yang sudah selesai disita. Luna hanya mampu melihat langkah Dato' Qair yang semakin jauh.

Bagai baru tersedar, Luna tersentak.

Luna cuba mengejar papanya namun... gagal. Papa Luna nekad meninggalkan dia hidup bersendirian. Umpama ada batu besar yang menghempap Luna.

Papa dia sanggup tinggalkan dia? Perkara yang tak pernah terlintas dalam benak Luna. Ini mustahil! Papa tak mungkin tinggalkan dia!

Dengan beg roda yang berat, Luna berlari sehingga tersungkur jatuh ke jalan tar. Dia tak tahu apa yang perlu di lakukan sekarang. Namun Luna tak peduli.

Luna terduduk di tengah jalan. Seluar jeansnya teekoyak. Tiada apa yang Luna mampu buat. Hidup dia dah tak ada makna. Sekelip mata tanpa diduga hidup Luna boleh jadi macam ni.

Memori waktu zaman kegemilangan dia terbayang.

"Memang macam ni hidup aku. Kau orang tanya apa? Macam mana rasa kalau ada hidup sempurna? Tak rasa apa-apa. Rasa biasa sebab dah terbiasa. Bahagia dan seronok tu pasti!,"

Hujan mula turun di petang yang mendung. Bagaikan meratapi nasib malang seorang wanita ini.

Rambut dan baju Luna basah lencun. Luna tak menangis atau meraung. Dia hanya rasa kosong.

Hon kereta tiba-tiba kedengaran.

Luna sedar dia tengah berada di tengah-tengah jalan tapi dia tak peduli. Kalau nak langgar, silakan.

Sebuah kereta berhenti di sebelah Luna yang terduduk di atas tar. Mujur kawasan jalan itu lenggang tanpa sebarang kereta. Pemandu kereta mewah itu keluar sambil membawa payung lalu memayungi Luna.

Luna mendongak apabila terasa bagaikan badannya diteduhi daripada air hujan yang mencurah lebat dari langit.

"Bos minta Cik Luna masuk dalam kereta," maklum seorang lelaki dengan sopan.

"Siapa?," tanya Luna tanpa perasaan.

"Luth Zariel bin Tan Sri Dr. Zain," jawab Joey dengan nada profesional.

Luna mengerutkan dahi... Kotak memori cuba digali. Luna macam pernah dengar sebaris nama ini. Luna jadi musykil. Luna tahu dia tak ada pilihan lain, jadi Luna hanya menurut. Tak patut rasanya duduk di atas tar jalan ni lama-lama.

Luna berdiri. Langkah Joey diikuti.

Pintu belakang kereta penumpang dibuka dan Joey mempersilakan Luna masuk.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta itu...

"Siapa awak?," soal Arluna terus kepada jejaka tegap yang berkaca mata hitam Raven dan juga kemeja hitam yang bersandar dengan bersahaja di sebelahnya.

Zariel tidak menoleh walaupun sekilas ke arah Luna.

"Kau ada birthmark kat belakang badan kau kan," soal Zariel dengan nada yang perlahan.

Saja nak bagi Luna rasa terusik. Zariel suka bila dapat permainkan rasa ingin tahu seseorang.

Terbuntang mata Arluna. Comel saja riak Luna bila beraksi begitu. Namun itu semua tidak dapat dilihat oleh Zariel yang pandangannya fokus ke depan.

"Ma... Macam mana awa--," persoalan Luna di potong terus.

"Lebih dari tu aku pernah nampak. Aku tahu semua tu lebih daripada kau sendiri," bicara Zariel menghentikan denyutan jantung Luna sesaat.

Zariel saja nak Luna tahu sendiri tanpa perlu cerita apa-apa. Zariel mengangguk perlahan bila tahu apa yang terlintas dalam fikiran Luna.

'Dia ni... le-lelaki tu?,' fikir Luna cemas. Dia terus jadi kalut.

"Ya," ujar Zariel ringkas.

Membahang wajah Luna. Luna ingat lagi nota yang ditulisnya.

"Kepada encik semalam, sorry sebab termasuk bilik encik. Lain kali saya hati-hati. Baju saya tu boleh hantar dobi simpan buat kenangan. Minta maaf pasal perilaku saya. Moga buang dari ingatan. Kalau jumpa buat-buat lah tak kenal. Tak ada apa-apa yang jadi," kata Zariel mengingatkan.

'Batu belah batu bertangkup, telanlah aku,' jerit Luna dalam hati.

Zariel malas nak tunggu reaksi Luna.

"Joey, balik villa,"

Joey di arah dengan serius.

"Baik, bos,"

Kereta mula bergerak. 'Eh... beg pakaian aku!,'

"Beg saya," gumam Luna perlahan.

"Jangan risau. Semua keperluan cik dah disediakan," sampuk Joey.

Arluna terdiam. 'Apa semua ni?,' fikir Luna.

"Luna, aku ada tawaran untuk kau," kata Zariel.

Malas nak berdolak-dalih lagi. Arluna berpaling ke arah Zariel yang pandang terus ke hadapan. Zariel tak ambil kisah pun dengan adab berbicara. Pandanglah manusia yang anda tengah berinteraksi.

"Apa dia?," tanya Luna.

"Kahwin dengan aku,"

'What?,'

Mata Luna membulat terkejut.







The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now