Bab 25🚫

424 9 0
                                    

Spain...

"Puan dah habis beli barang ke? Sikitnya..."soal Alan yang merupakan pemandu Arianna yang juga fasih berbahasa Melayu.

"Dah. Jadilah sikit-sikit . Saya beli few barang je untuk jadikan hadiah wedding Danny and Lara nanti. "

"Wedding mereka minggu depan kan Puan?" soal Alan. Arianna mengangguk.

"Awak taknak beli apa-apa ke? "

"Takde ." Alan menggeleng.

"Kalau macam tu, jomlah kita gerak. Nanti sesak pula jalan." Mereka berjalan masuk ke kereta sebelum bergerak. Sedang mereka asyik berbual di dalam kereta, tiba-tiba...

Kereta mereka dirempuh oleh satu kereta menyebabkan kereta mereka berpusing dan terbabas di tepi jalan. Kepala Alan yang terhantuk berasa sangat pening. Dia cuba memeriksa keadaan Arianna.

"Puan? Puan okay tak?"soal Alan berpusing ke belakang. Arianna sudah tidak sedarkan diri. Tetapi ada sesuatu yang lebih memeranjatkan Alan. Ada cecair merah membasahi seluar Arianna yang berwarna putih itu. Alan sempat hubungi Ferka sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.

Arianna merenung kosong ke luar tingkap hospital itu. Semangatnya hilang. Perbualan dia dan doktor 2 hari lagi lalu kembali menerpa ingatannya.


Flashback...

"How her condition doctor? " soal Ferka kepada doctor yang sedang memeriksa Arianna yang baru sahaja sedarkan diri. Arianna hanya memerhati doctor yang sedang memeriksanya.

"Nothing critical, but.... " Percakapan doctor itu terhenti. "I am sorry to inform you that I wasn't able to save the baby..."

"What baby...." soal Arianna sambi memandang doktor itu hairan.

"You dont know that you were pregnant?" Arianna menggeleng. Ferka turut terkejut.

"So–you- said that I miscarriage?" Arianna tergagap. Air mata mengalir laju.

"Im afraid so, sorry that you have to find out this way...I'll leave first." Doktor itu berlalu meninggalkan wad itu.

End of Flashback...


Arianna mengusap perutnya. Air mata mengalir lagi. Sudah tak terkira berapa kali dia menangis. Pintu wad diketuk. "Puan, boleh saya masuk..." soal Ferka.

"Masuk la." Arianna mengusap air matanya. Ferka masuk bersama bungkusan makanan di tangannya.

"Ni saya ada bawa makanan. Puan makan la sikit...dah 2 hari Puan tak makan..." Ferka mehidangkan makanan tersebut di hadapan Arianna. Arianna menjamah perlahan makanan itu walaupun tiada selera. Kesian tengok Ferka asyik bawa makanan tapi sedikit pun tidak disentuhnya.

"Tadi saya ada cakap dengan doktor, dia cakap esok kalau takde pape, Puan dah boleh discharge..." bual Ferka.

"Alan macam mana?"

"Alan okay, tapi dia mengalami retak sikit di kaki kanan dia, Doktor cakap dia kena stay lagi untuk beberapa hari." Arianna mengangguk.

"Nanti awak settlekan payment untuk dia jugak, and sedikit sumbang untuk keluarga dia." arah Arianna.

"Tu Puan jangan risau, nanti saya uruskan." jawab Ferka.

"Ferka...minggu depan saya nak balik Malaysia..." ujar Arianna. Ferka memandang Arianna seperti tidak percaya.

"Puan masih nak pergi wedding tu ke? Maksud saya, Puan masih belum sembuh lagi..." ujar Ferka risau.

"Saya dah okay la, saya tahu jaga diri." Ferka memicit dahinya. Arianna kalau dah cakap itu yang dia nak buat, janganlah cuba nak membantah.

[C] RuffianWhere stories live. Discover now