Bab 36

1.2K 49 2

Lima bulan  telah berlalu diantara perkahwinan Asyraf dan Theodora. Hidup mereka seperti pasangan suami isteri di luar sana. Bahagia, gelak ketawa bersama pasangan yang tercinta.

Asyraf sudah mula masuk ke pejabat setelah di pujuk oleh isteri kesayangannya. Theodora pula sedia berkhidmat sebagai seorang isteri dan seorang suri rumah juga. Asyraf tidak membenarkan dia bekerja atas alasan Asyraf mampu menampungnya lagi. Suaminya tetap melakukan pekerjaan nombor duanya itu, tetapi bukti tetap di hapuskan tanpa sebarang kesan.

Pelajaran yang dulunya tertangguh di biarkan sepi. Biarlah, jika suaminya itu tidak membenarkan dia menyambung pelajarannya untuk mengejarkan cita-citanya dia tidak kesah. Dia haruslah patuh pada arahan suaminya itu kerana Syurga di bawah telapak kaki suami.

Kata-kata nasihat daripada neneknya yang berada di kampung itu masih segar di dalam ingatannya. Terasa rindu pula akan nenekna itu. Sudah lama tidak bersua muka pada nenek belah ibunya itu. Walaupun keluarga ibu berpangkat, nenek tetap mahu duduk di kampung. Tidak mahu riak dengan harta dan nama yang dimilikinya.

Sudah lama juga dia tidak menelefon dan bertanya kabar pada si nenek. Masih hidupkah neneknya itu? Ya, neneknya masih hidup dan sihat lagi.

Theodora tahu pun kerana dia meminta tolong Asyraf untuk menyiasat tentang nenek kesayangannya itu. Walaupun dulu dia pernah tinggal dengan nenknya sekejap, sayang itu masih ada. Siapa sahaja tidak sayang nenek sendiri.

"akak jom keluar nak?" tiba-tiba ada satu suara menyampuk. Semua banyangan neneknya itu sudah mula hilang dari pandangan fikirannya.

"keluar pergi mana pula ni Aileen?" sudah acap kali adik iparnya mengajak dia keluar bersama. Jika dia ingin meminta izin, pasti suaminya larang sama sekali. Takut jika musuhnya sedang memerhatikan gerak geri si isteri.

"teman Aileen pergi beli barang. Esok birthday kawan Aileen, nak belikan hadiah untuk dia' Theodora yang mendengar kata-kata dari adik parnya itu terus mengulumkan senyum. Kawan? kawan istimewa ke tu. Hihihihi.

"akak jangan fikir bukan-bukan ya. Tu kawan perempuan la, bukan lagi" bidas Aileen. Macam tahu sahaja apa yang difikirkan kakak iparnya itu.

"bole, tapi akak nak call abang Asyraf dulu." pamit Theodora ingin mengambil telefonnya yang berada di atas meja minum di dapur itu.

"eh akan tak payah call abang. Aileen dan mintak permission abang naj bawak akan keluar" halang Aileen. Theodora masih ragu-ragu dengan kata yang keluar daripada Aileen itu. Tapi dia menyedapkan hatinya.

"kalau macam tu akan naik atas siap ye. Aileen tak nak ajak ummi sekali?" Theodora mula memandang tepat pada anak mata coklat milik Aileen. Rasanya kesemua adik Asyraf ini mempunyai mata yang berwarna coklat agaknya. Pasti mengikut genetik ibu atau bapanya.

"ha lupa nak cakap. Ummi ikut sekali. Temgah bersiap dekat atas. Katanya nak cari bahan buat kek red velvet sekali" lega hati Theodora. Sekurang-kurangnya jika dia dimarahai suaminya, Puan Asmah dapat membela dia juga.

"okeyh lah akak naik atas dulu" pamit lagi sekali Theodora. Kaki terus melangkah masuk ke dalam biliknya bersama Asyraf itu. Rumah sedikit sunyi jika Asyraf dan Aiman tiada di rumah. Kedua-dua jejaka itu telah menyambung kerja yang dihasilkan oleh titik peluh sendiri.

Bau maskulin dan perfume suaminya itu masuk ke dalam rongga hidungnya. Sungguh wangi sekali. Jika Asyraf ada di depan matanya ini. Pasti sudah dipeluk olehnya dengan erat sekali. Rasa rindu mula menjalar di tangkai hati. Gedik eh kau Theodora.

Baju yang sudah di streka diambil olehnya dan diletakkan di atas katil yang bersaiz king itu. Rak tudung pula di jelajah olehnya. Mnecari warna nude yang sesuai dengan warna baju yang akan di pakai olehnya. Kesemua keperluan baj, seluar mahupun tudung telah siap di streka olehnya. Tidak suka membuat kerja last minute. Pasti tidak akan kemas dan mungkin ada kedutan di pakaian jika mengstreka dengan tergesa-gesa.

Tanpa melengahkan masa. Baju dan seluar palazo berwarna hitam itu terus di pakai olehnya. Tangan mencapai anak tudung yang berada di atas almari kecil itu. Tudung jenama duck di pakai olehnya dengan kemas dan tutup dada. Perfect!

"akak da siap ke belum?" jerit Aileen dengan lantangnya. Aish anak dara sekarang.

Theodora tidak menjawab pertanyaan Aileen itu terus mencapai beg galas kecil. Tangan pula ligat mencapai stokin berwarna hitam itu. Perfume jenama victoria's secret yang ada di dalam beg itu di sembur olehna.

Dia yang meminta Asyraf untuk membeli perfume jenama itu kerana wangiannya tidak menyerlah sangat. Maklumlah, wanita tidak boleh memakai wangian-wangian kerana itu akan menimbulkan dosa sekiranya lelaki atau orang luar menegur wangian itu erana terlalu wangi. Itu akan menarik minat seseorang kepada wanita yang memakai wangi-wangian. Biarlah dia wangi di depan suaminya sahaja. Ecehhhh.

"okeyh dah siap! jom gerak" sesampai sahaja Theodora di anak tangga terakhir. Dia terus mengajak Puan Asmah dan Aileen untu bergerak ke destinasi yang mahu di tujui oleh mereka bertiga.

Puan Asmah yang mengenakan baju muslimah modern berserta kain labuh itu sangat cantik sekali. Walaupun umur sudah mahu mencecah 50 tahun, masih bergaya lagi wanita separuh abad ini.

"okeyh jom. Takut lambat pula sampai." 

Kaki terus mengorak langkah ke arah rak kasut yang berada di luar rumah. Kasut sandle yang tertutup itu Theodora mengambil dan memakainya. Sungguh comel sekali apabila melihat Theodora memakai pakaian berserta kasut sandle itu.

Aileen yang mengenakan baju  modern berserta jeans palazo itu pun tetap cantik di mata kakak iparnya itu. Tudung Ariani yang dikenakan olehnya itu sangat sepadan sekali. Haihlah, author tiba-tiba jealous pula dengan cara dress up dorang ni.

Kereta Audi RS 6 berwarna merah itu di pandu oleh Aileen. Kereta itu Aileen membeli dengan hasil titik peluhnya sendiri. Tidak mahu lagi meminta duit kepada Asyraf dan Aiman untuk membeli keperluan dirinya sendiri.

Radio dibuka oleh Puan Asmah yang duduk di sebelah seat pemandu. Theodora pula duduk di bahagian belakang. Rasa tidak hormat pula jika dia duduk depan bersama Aileen. Biarlah dia memberi peluang itu kepada umminya.

Perut Theodora mengekuarkan bunyi yang tidak kuat. Tanda dia sedang lapar ketika ini. Theodora tidak ada selera ingin memakan sarapan pagi yang di buat oleh Puan Asmah itu. Tiba-tiba sahaja perutnya mengulas.

Walaupun ketika itu dia sedang lapar, Theodora terus mematikan niatnya untuk makan. Takut ada apa-apa yang terjadi pada dirinya jika dia berterusan ingin memakan sarapan pagi itu. Tidak mengapalah, di mall nanti dia boleh sahaja mengajak Puan Asmah dan Aileen untuk singgah makan.

Tiba-tiba wanitanya berasa tidak sedap. Jantung mula bermain peranan. 

'Ada benda buruk yang nak jadi dekat aku ke ni' bisik hati Theodora. 

Tidak di gambarkan perasaan apa yang sedang berlegar di dalam akal fikirannya ketika ini. Panggilan daripada Aileen di didengari olehnya. Seolah-oleh dia berada di dalam dunia sendiri.

"akak...akak!" Aileen mula meninggakan panggilan kepada kakak iparnya itu. Tidak tahu apa yang di fikirkan oleh Theodora sehingga panggilannya tidak ada sahutan atau sebarang suara yang di sahut oleh Theodora.

Puan Asmah mula memalingkan mukanya memandang menantunya itu. Mesti ada sesuatu yang difikirkan olehnya sehingga mengelamun.

"haa y..ye Aileen kenapa?" sahut Theodora. Tidak perasan pula dia mengelamun begitu jauh sekali. 

"akak okeyh tak ni? ada apa-apa yang akak rasa tak okeyh. Boleh share dengan Aileen" pancing Aileen. Dia perasan akan riak kakak isteri kepada abang sulungnya itu. Pasti ada sesuatu yang difikirkan olehnya.

"takde apa-apa. Akak cuma rindu nenek akak dekat kampung" dalih Theodora. Tidak mahu memeberitahu perkara sebenar. Pasti plan untuk pergi ke mall akan di tangguhkan. Bukan dia tidak kenal dengan perangai adik iparnya itu.

Puan Asmah yang mendengar tutur bicara Theodora terus menanyakan tentang keberadaan dan asal usul neneknya itu. Theodora dengan berbesar hatinya menceritakan segala memori yang pernah dia lakukan bersama dengan neneknya itu.

Kadang kala terengar juga ketawa tiga serangkai peremouan itu. Pasti ada benda yang lawak semasa Theodora sedang mengimpas memori lamanya itu. Tanpa di sangka, perasaan rindu pada abang sulungnya itu tiba-tiba sahaja datang menjelajah di hati.

'adik rindu abang. Kenapa abang tinggalkan adik' menolog Theodora di dalam hati.

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now