cp 13

1K 162 2
                                    

Elena POV

"Elena, Elena, Elena. Angel always be perfect. She will never make a mistake."

Ayat itu bermain di dalam otak aku sejak malam tadi. Entah kenapa aku berasa takut apabila mendengar ayat itu keluar dari mulut Alya. Mungkin aku takut sekiranya apa yang dikatakan oleh Alya adalah benar.

Tapi itu mustahil.

Mana mungkin dia dapat bukti rahsia aku secepat itu. Kalau tidak silap, manager aku pernah kata yang semua bukti pasal penipuan angel of piano sudah disimpan rapi dan tidak mungkin boleh dipecahkan oleh sesiapa kecuali dia bukan orang biasa.

Bukan orang biasa.

Kalau difikirkan aku tidak tahu apa-apa pasal Alya. Siapa ibu bapa dia? Apa status keluarga dia? Dan kenapa dia selalu menggunakan sarung tangan hitam itu?

Ada orang kata, Alya selalu guna sarung tangan itu sebab dia ada OCD sikit dalam diri dia. Jadi dia guna sarung tangan supaya tangan dia tidak cepat kotor.

Tapi perkara itu aku tak kisah. Yang aku kisahkan sekarang ialah status keluarga dia. Macam mana kalau ibu bapa dia bukan orang biasa.

Memang habislah aku dengan semua usaha penipuan aku kalau betul status keluarga Akya bukan orang biasa. Lagipun Alya juga kelihatan sangat pandai dan sudah semestinya dia bukan datang dari keluarga biasa kalau dia boleh ada dress mahal yang baru dikeluarkan minggu lepas. Dress itu bukan boleh dibeli calang-calang orang. Bukan saja dress malah akseseori dia juga kelihatan mahal.

Pening kepala aku memikirkan hal itu sehingga aku tidak dapat tidur malam. Mata aku pun sudah seperti panda. Nasib saja ada alat solek ku menutup mata hitam itu.

Aku kini berjalan di koridor sekolah ku. 100 meter kehadapan adalah bilik kelas aku. Aku berjalan sambil berfikir tentang kejadian malam tadi. Dan tanpa ku sedari kini aku sudah ada di hadapan kelas ku.

Pintu dibuka lalu aku terus masuk berjalan menuju meja ku. Tepat di sebelah meja aku kelihatan 3 orang perempuan sedang rancak bergosip dengan gaya mereka.

"Good morning, Syakira, Ami, Nazrah." ucap aku kepada mereka bertiga.

Mereka bertiga menoleh ke arah aku lalu menjawab ucapan tadi. Aku meletakkan beg lalu duduk bersama mereka.

Mereka bertiga ini amat terkenal dengan sifat makcik bawang mereka. Ada saja gosip yang dikongsi setiap hari. Dan juga sikap pembuli. Mereka ini selalu membuli sesiapa yang suka cari pasal dengan mereka. Terutama sekali sekiranya orang itu membuatkan mereka cemburu dengan orang yang mereka suka.

Jadi tidak peliklah aku dekat dengan mereka. Aku juga suka bergosip dan dengan gosip mereka aku dapat tahu banyak benda dekat sekolah ni.

"So, apa yang korang gosipkan hari ni? " tanya aku.

"Tu pasal malam tadi." jawab Ami dengan nada tidak puas hati.

"Malam tadi? Acara malam tadi ke?"

"Ye lah, apa lagi." jawab Syakira pula.

"Kenapa dengan malam tadi?" aku masih tidak faham.

"Kau ni tak tahu ke pura-pura tak tahu."

Aku bingung dengan apa yang diceritakan oleh 3 orang ini. Muka mereka semua menunjukkan muka yang tidak puas hati akan sesuatu.

"Pasal Alya dan Eric tu lah!" kata Nazrah pula.

Aku megangguk faham akan apa yang dimaksudkan oleh mereka. Mesti mereka ini cemburu akan Alya dan Eric yang dapat menari bersama. Pasrah lagi mereka bertiga ini mempunyai lelaki idaman yang sama.

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now