9

234 33 3
                                              

"Ha!!??,Saya meniru?"
Wooseok terkejut dengan penyataan yang dikatakan oleh pengetua.

"Saya dah cukup bukti dan ada seorang pelajar yang telah membuat aduan terus kepada saya."

"Itu bukti palsu!"
Wooseok tiba-tiba hilang sabar dan mengetuk meja dengan sekuat hatinya.

"Pada pendapat saya,pelajar sekolah ni tidak akan membuat aduan palsu sesuka hati tanpa bukti yang kukuh jadi saya anggap ini adalah aduan yang benar."

Wooseok menggigit bibirnya tanda kemarahan.

"Macam ni lah,awak bagi nombor telefon ibu bapa awak kepada saya dan saya akan berbincang dengan mereka.Macam mane?"
Sambung Pengetua lagi.

"Saye takde ibubapa!"
Wooseok meninggikan suaranya.

"Maaf.Mungkin awak penghuni rumah anak yatim kan?"

Wooseok tidak menjawab pertanyaan pengetua dan hanya memandang kebawah.

"Ok.Macam ni lah.Saye tahu pengurus rumah anak yatim tu dan saya akan membuat panggilan sebentar lagi.Awak kena tunggu sini buat seketika dan jangan pergi mane-mane."

Pengetua keluar dari biliknya untuk menelefon pengurus rumah anak yatim iaitu Puan Ahn.

______________________________________

Wooseok berlari ke arah pagar belakang sekolah.Sesekali dia memandang ke belakang agar tiada siapapun perasan keberadaannya.

"Ini kali kedua,Lepasni,aku tak buat dah."

Wooseok terpaksa meloloskan diri dari bilik pengetua tadi.Dia tidak sanggup bertentang mata dengan  pihak sekolah dan juga puan Ahn.

Memang bukan dia yang bersalah.Tapi,pasti dia akan kalah juga dengan bukti yang ada.

Wooseok melompat ke atas melepasi pagar mengalahkan atlet negara.
Entah mengapa,mungkin disebabkan dia dalam keadaan terdesak.

Apabila Wooseok berjaya melepasi halangan,dia tiada hala tuju.Fikirannya buntu seketika.Badannya tiba-tiba tidak berfugsi.Kakinya kaku bagaikan sesuatu sedang memegang.

"Aku nak lari mane?Kalau balik,nanti mesti kena panggil dengan puan Ahn."

Wooseok melihat jam di tangannya.
Sudah tepat pukul 12:00.
Tiba-tiba sajer dia teringat akan Wooji.

"Ha!Wooji balik awal kan hari ni?Alang-alang bolehlah aku amik dia kat tadika."

Wooseok tidak berlengah dan terus berlari menuju ke tadika Wooji.

Tersendu-sendu nafasnya kerana dari tadi lagi dia tidak berhenti berlari.
______________________________________

Calling Me Appa or Oppa?[Kim Wooseok]Where stories live. Discover now