"Tak guna punya budak,"

Mereka berempat menunggu Jihye di hadapan bilik salinan perempuan.Mereka memakai baju yang sama seperti mereka datang awal tadi.

"Kau pergi mana tadi Jimin?Asyik hilang je kerja kau," tanya Taehyung pada Jimin.

"Adalah,"

"Tau tak disebabkan kau aku terpaksa cari budak tu.Kau asal tak jaga dia?"

"Sepatutnya aku tujukan soalan tu pada kau.Dia kan adik kau Kenaoa bukan kau je yang jaga?" Taehyung senyap.Terasa sebenarnya.

"Dah jangan gaduh.Tu Jihye," Jungkook menunjuk Jihye yang sedang menghampiri mereka itu.

"Jihye lama sangatke?"

"Taklah," jawab Jungkook.

"Lama giler.Kau tau tak aku penat nak berdiri kat sini?" marah Taehyung.

"Oh yeke?Maaf,"

"Dah Jihye.Jangan layan sangat si Tae ni," Jungkook memeluk bahu Jihye lalu membawa gadis itu menjauhi mereka bertiga.

'pahal doh Jungkook ni?'

Taehyung's

Dari tadi aku hanya memerhatikan Jihye dan Jungkook bermesra dari tadi.Apa hubungan mereka?Kenapa rapat sangat?

"Kita takyah naik baslah.Kita naik Grab lagi," cadang Jungkook.Memang taklah nak naik Grab lagi.Kau fikir aku tak tahu rancangan kau?

"Takpayah,"

"Kenapa?"

"Tadi mak aku call dia suruh aku beli barang," jangan tanya macam mana aku boleh dapat idea ni.Yang penting aku tak suka tengok Jihye rapat dengan Jungkook.

"Kalau macam tu pergi sekali lah," hish!Kau tau tak aku ni nak jauhkan kau daripada dia bukan nak dekatkan lagi.

"Takyahlah.Lagipun kedai yang aku nak pergi ni bertentangan ngan rumah korang,"

"Tapiㅡ,"

"Dah Kook.Kan Tae dah kata bertentangan.Biar je dia pergi.Lagipun aku malas nak ikut.Aku nak balik.Nak tidur," terharu pula aku dengan Yoongi ni.Macam memahami je.

Jungkook membuat muka apabila Yoongi balas begitu.

"Bye Tae.Jalan elok-elok.Bye Jihye," Yoongi menarik tangan Jungkook.Jungkook seperti tidah mahu bergerak.Yoongi menarik lagi kuat.Akhirnya,lelaki itu mengikut juga langkah Yoongi.Bagus!

Aku memandang Jihye yang bermain dengan kasutnya.Tanpa berkata apa-apa aku hanya berjalan meninggalkan Jihye.

"Oppa,tunggulah Jihye," aku hanya mengabaikan laungannya.Sape suruh buat aku sakit hati?

𝕀 𝟚 𝕌 Where stories live. Discover now