"Jangan goda saya lagi, Darmian."
"Why? " Darmian menyoalku kembali dengan nada ingin bermain main.
Memang nak kena betul! Aku tengah serius ni wahai encik tunang oi!
"Awak nak kena ke?" Aku menjelingnya tajam sambil memeluk tubuh.
"Okay okay. I stop. Apa apa je untuk Mrs Darmian seorang ni tau!" Aku menggulingkan mataku sambil tersenyum nipis. Ada ada sahaja modal dia untuk mencairkan aku hanya dengan panggilan ' Mrs Darmian ' .
Aku menyorok senyum.
"Ei. Dah lah Darmian. Tadi kata ada hal kan? Awak boleh pergi je. Nanti saya boleh call grab or what untuk hantar saya nanti." Melihat air muka Darmian berubah membuatkan aku menayang mula pelik.
"No! A big no! Kalau driver grab tu lagi hensem dari I macam mana? Lepastu dia goda you ke apa ke then I macam ma-"
"Shhh." Aku pantas meletakkan jariku pada bibirnya. Asyik asyik mengarut dan ulang orang lain lagi hensem daripada dia.
Ergh!
"Kenapa pula saya nak pandang orang lain sedangkan saya dah ada awak, Darmian." Wajah kacaknya aku amati perlahan. Suka benar apabila memandang seraut wajah kacak itu. Kalau difikirkan balik, dia bertuah dapat Tengku Darmian. Sudahlah menjadi igauan para wanita, ramah.. baik dan yang paling win bila dia dapat tawan hati semua para gadis hanya dengan senyuman kacaknya lagi lagi bila dia berpangkat CEO.
Siapa sahaja tidak tertawan? Lagi lagi dengan mata berwarna navy bluenya serta hidung mancungnya dan bibirnya merah bak delima menandakan bahawa dia tidak merokok.
Auch! Jatuh cinta lagi.
"Okay then but still nope. I hantar you okay?"
"Tapi awak kan busy."
"I hantar you then I pergi office okay, sayang?" Aku mengeluh halus lalu mengangguk kecil.
"Your hand, miss." Tanpa menunggu apa apa, tangan kecil ku diberi padanya.
****
Suasana di meja makan keluarga itu sepi. Hanya bunyi sudu dan garfu berdenting sahaja berbunyi. Pantas Tengku Syed mendehemkan sedikit untuk menggamit perhatian isteri serta anak anak lelakinya.
"Macam mana dengan Qaira? Okay? " Tengku Darmian hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan pertanyaan tersebut.
"Dah ready nak jadi suami?" Tengku Darmian meletakkan sudu dan garfunya dengan kasar ke pinggan sambil memandang ke arah Tengku Syed.
"Pa, stop it. You already ask me that damn question for the trillion times and you know what the answer will be." Nafasnya ditarik. Geram pula bila soalan yang sama diulangkan kembali.
"Papa hanya tanya je. Mana tahu kamu tak bersedia. Kahwin ni bukan main main, title suami tu bukan saja saja. Mencintai bukan seharusnya kena miliki." Ujar Tengku Syed sambil memandang tepat ke mata anak lelaki nya. Tengku Luth yang berada di sebelah sudah menenangkan ayahnya. Mungkin sudah tahu yang bakal terjadi perselisihan faham antara abangnya dengan ayahnya.
"Why? Papa selalu sangat ragu ragu dengan Ian. Please tell me why? Kenapa? Ian tak boleh berkahwin dengan Qaira ke? " Tengku Darmian mendengus geram. Matanya mencerlung tajam memandang ke arah Tengku Syed.
"Bukan macam tu, Ian. Kami berkongsi pendapat. Mama ragu ragu je." kali ini Tengku Dahlia pula menyuarakan pendapat.
"Kenapa? Ian tak boleh kahwin dengan Qaira sebab dia bukan pangkat tengku? Is that the only reason reason? Please, Ian sayang dia. Well Ian dah buktikan cinta Ian pada dia. Ian nak kahwin dengan dia and there's 3 days sebelum kami kahwin so what's the problem." Lelaki itu pantas bangun dari duduk dan menapak ke tangga untuk masuk ke biliknya. Tidak betah untuk berlama lamaan di situ. Makin lama makin sakit hati. Salah kah dia untuk berkahwin dengan Qaira?
"Ian, stop. Bukan itu yang papa maksudkan. Papa cuma harap kamu boleh jalankan betul betul tanggungjawab sebagai suami pada Qaira. No clubbing dan jaga hati dia." Tengku Darmian terhenti di tangga. Perasaannya bercampur baur. Clubbing dengan jiwanya sudah sebati. Mana mungkin dapat dipisahkan.
Qaira..
Sungguh aku cintakan dia.
"Love need sacrifice, Ian. Apa pula perasaan Qaira kalau dia tahu Ian clubbing? Stop clubbing kalau ada lagi 3 hari sebelum kamu bernikah. Berubah sebelum terlambat." Lama Tengku Darmian berfikir sebelum dia menghembuskan nafas.
"I know."
Dan itu sahaja jawapannya sebelum menapak masuk ke dalam bilik.
****
YOU ARE READING
Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )
RomanceAlso known as Bidadari Mr Mafia Tengku Qaiser Mikael Sebaris nama tu buatkan aku gila. Gila dengan cara nya, gila dengan sikapnya yang berubah ubah. Sekejap romantik sekejap beku sekejap garang tapi tak bermaksud semuanya negatif. Ada juga positif t...
TQM : 1
Start from the beginning
