BAB 7

86 7 2

"Adik akan siasat."

Kenyataan aku itu telah berjaya membuatkan kepala Damia dan Danish hendak meletup.

"Dania, akak dengan abang dah pernah siasat tapi diorang ni licik. Diorang ugut nak bakar kafe ni. Kafe ni banyak kenangan kita dengan ibu." Ujar Damia. Dia risau apa-apa jadi dekatku. Kepalanya mula terasa sakit. Tapi, cuba ditahan.

"Habis tu takkan kita nak biar je?" Tanyaku. Aku menahan diri dari meninggikan suara.

"Kalau diorang tahu, nanti kafe ni akan mus-"

DAMIA!!!

KAKAK!!!

Jerit aku dan Danish.

Belum sempat Damia menghabiskan kata-katanya, dia telah jatuh pengsan. Mujur sempat disambut oleh Danish.

"Kan aku dah cakap." Tanpa membuang masa, Danish terus meletakkan Damia ke dalam kereta.

Kami bergerak menuju ke hospital.

NURSE!!! NURSE!!!

Jerit Danish.

Kelihatan dua orang jururawat tiba dengan sebuah kerusi roda. Damia dibawa ke zon separa kritikal. Aku dan Danish tidak dibenarkan masuk. Kami hanya menunggu di luar.

"Kalau kau nak siasat, silakan. Aku akan tolong kau. Tapi, jangan cakap depan Damia. Dia trauma." Tegas Danish. Rambut Danish sudah kusut masai. Sekali pandang macam orang gila pun ada.

"Hmm, baiklah. Aku tak akan cakap lagi pasal hal ni depan dia." Kataku. Rasa serba salah mula menyelubungi diri. Yang si Danish ni pun satu kenapa tak cakap yang Damia punya trauma sampai tahap macam ni.

***

"Aku dah buat apa yang kau suruh." Kata Raykal kepada adiknya Raisha.

"Terima kasih abang. You are the best. Love you muah muah." Ujar Raisha dengan suara gediknya.

"Eii, geli aku. Kau dah berjaya menyusahkan aku. Tahniah Miss R." Raykal membuat muka menyampah.

"Terima kasih Bro R. Hahahaha." Lalu Raisha ketawa persis orang gila.

"Kali ni aku nak kenakan seorang budak nerd yang kerek. Nama dia Dania Emily. Mula-mula aku ikut dia sampai dia balik rumah. Lepas itu, aku suruh kau ikut kakak dia dan bagi surat tu. Lepas ini, kau tengok apa lagi yang aku boleh buat." Kata Raisha sambil tersenyum sinis.

"Aku rasa lebih baik kau jangan kacau keluarga dia sebab tadi masa aku bawa lari beg kakak dia, kakak dia ada pistol. Kakak dia cuba tembak aku. Aku rasa keluarga apa nama budak tu tadi?"

"Dania bang." Raisha menepuk dahinya yang digigit oleh nyamuk.

"Ha Dania. Aku rasa keluarga Dania ni bukan orang biasa. Maksud aku ahli gangster atau-"

Tidak sempat Raykal menghabiskan kata-katanya Raisha terlebih dahulu menyampuk.

"Mafia. Tapi tak mungkin lah." Kata Raisha.

"Kenapa kau cakap macam itu?"

"Entah lah. Naluri Raisha kuat mengatakan bahawa diorang tu hanya orang biasa. Bapa diorang bukan ada gelaran 'datuk' pun. Lagi satu rumah diorang dekat taman perumahan biasa je bukan elit." Raisha cuba menyedapkan hatinya.

"Mungkin diorang menyamar."

"Tak mungkin. Ala, kita pun mafia. Relax la." Kata Raisha dengan yakinnya.

"Suka hati kau lah." Raykal sudah malas mahu berdebat.

***

Dania sudah terlentok di atas bahu Danish. Air liur yang meleleh di atas baju Danish dikesat. Danish turut tertidur.

DIFFERENT🔫🔫Where stories live. Discover now