• Prolog •

599 51 3
                                        

Suasana pada waktu malam itu sungguh aman. Sesekali terasa angin menerpa muka.Ryujin berjalan ke kedai 7eleven yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Dia masuk dan membeli semangkuk ramyeon berperisa cheese dan membayarnya di kaunter.

"Ini sahaja cik?," tanya juruwang kaunter itu. Ryujin mengangguk. Secara tiba2, mesin itu tidak berfungsi.

"Kenapa bang?," tanya Ryujin kepada juruwang itu.

"Ada problem sikitla dik, cashier ni tak respon, nak bukak cashier sebelah tapi cashier sebelah ni dah rosak. Adik tunggu sekejap ye," kata juruwang yang berjantina lelaki itu. Ryujin mengangguk. Lelaki itu terus cuba untuk menyelesaikan masalah itu.

Ryujin pula sambil menunggu, dia melihat ke luar. Kelihatan beberapa buah kereta lalu lalang. Secara tiba2, mindanya memainkan satu kejadian. Kejadian dimana seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 10-11 tahun sedang berjalan bersama ibunya.

Ryujin terus sahaja memandang juruwang tadi. Kejadian itu terus berlangsung. Budak lelaki itu kelihatan tidak gembira.Tidak tahu mengapa. Manakala ibunya setia memegang tangan anaknya itu. Mereka masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual tteobokki. Wanita itu terus ke tempat tteobokki dan mengambil beberapa jenis tteobokki, sedikit sayur dan banyak lagi. Anaknya pula dari tadi hanya menunjukkan muka yang masam.

Setelah itu, mereka duduk di sebuah meja yang boleh memuatkan 2 orang. Ibunya kelihatan seperti sedang memujuk anaknya. Secara tiba2, kelihatan beberapa orang yang memakai topeng berwarna hitam masuk ke kedai tersebut sambil membawa pistol. Bunyi tembakan kedengaran dan seluruh manusia yang ada di dalam kedai itu menjadi cemas.

'mereka pencuri ke? Ataupun perompak?' getus hati Ryujin.

Semuanya bergegas bangun dan ingin keluar manakala lelaki yang berkemungkinan perompak itu terus menembak ke arah manusia yang ada di dalam kedai itu. Budak lelaki itu kelihatan takut. Dia dan ibunya bangun dan ingin keluar dari tempat itu. Secara tiba2, lelaki tadi mengacukan pistol ke arah budak lelaki itu untuk menembaknya. Wanita tersebut bergegas memeluk anaknya dari depan dan dia terkena tembakan itu. Budak lelaki itu terkejut. Dia menangis sambil memeluk ibunya yang sudah terbaring dan dipenuhi darah

"Cik, cik?," kata juruwang itu sambil melambai-lambaikan tangannya kepada Ryujin. Dia lantas tersedar dari kejadian itu.

"Ah maaf, saya termenung kejap. Kenapa?" tanya Ryujin.

"Ini ramyeon cik. Harganya RM 5.70 sahaja" kata juruwang itu. (author guna duit malaysia sebab author tak reti guna duit korea huhu😂😂)

Ryujin lantas menghulurkan duit dan mengambil ramyeonnya. Secara tiba² juruwang itu menahannya.

"Em ada apa?" tanya Ryujin.

"Cik ni Ryujin dari kumpulan ITZY kan? boleh tak saya nak selfie dengan cik?" tanya juruwang itu. Ryujin mengangguk sambil tersenyum manis. Pemuda itu terus mengeluarkan telefon pintarnya untuk mengambil swafoto.

Setelah selesai, Ryujin meminta diri lalu terus melangkahkan kakinya keluar dari 7eleven itu. Sebelum bergerak ke rumahnya, dia sempat memandang ke juruwang itu.

'kesiannya dia, kehilangan ibunya sejak kecil. Harap dia tabah' kata Ryujin di dalam hatinya.

Dia meneruskan perjalanannya ke dormnya.

Dia, Shin Ryujin. Seorang K-idol yang mampu melihat masa silam seseorang melalui mimpi atau imbasan kejadian secara tiba-tiba hanya dengan melihat wajah seseorang.

°Your Past || Yoon Jeonghan°Where stories live. Discover now