Bab 16

728 39 1

Catatan akaun yang dibentangkan oleh juruaudit dan para akauntan yang lain langsung tidak memuaskan hati Adrian. Adrian memandang pembentangan yang dilakukan dengan hati yang membara. Belum selesai pembentangan dilakukan, Adrian menahan mereka dengan menunjukkan tapak tangan dan menayangkan wajah yang dingin.

Adrian memandang muka satu per satu pekerjanya. Hatinya sangat membara ketika ini. Mukanya nampak sahaja tenang. Tapi ketenangan tidak dapat dilihat di wajah akauntan yang lain.

Dia bangkit dari kerusinya dan menghembus nafas dengan berat " Saya nak tanya korang. Mana perginya duit syarikat hasil daripada pelabur saham dari Amerika Syarikat? Why I don't see any growth in this stock investment? Any explain? "

Semua orang mendiamkan diri. Tidak sesiapapun berani bersuara.

" Aku tanya, mana duit syarikat yang lain! Before I've fire you all! Saya takkan teragak-agak untuk pecat korang semua! You know me well right? " Tempik Adrian dengan nafas yang naik turun menahan secebis kesabaran.

Dia sedar duit syarikat yang hilang itu tidaklah sampai 0.5% daripada pelaburan. Tapi disebabkan dia telah tawar hati untuk memegang jawatan CEO di syarikat papanya ini, dia terpaksa membuat pekerja termasuk papanya untuk tidak lagi memberi kepercayaan kepadanya.

"Ka...kami..err" Tergagap-gagap seorang akauntan apabila ingin mula bercakap. Yang lain hanya mampu berdiam diri. Tidak berani masuk campur. Jarang sekali mereka melihat ketua mereka marah sebegini.

" Stop! Enough! Get out." Semua pekerjanya masih berdiri statik disitu. Tidak berani mengangkat kaki.

" I said get out!"

Semua bingkas bangun termasuk ahli lembaga pengarah. Mereka tergesa-gesa untuk keluar sebelum angin Adrian bertukar lebih teruk.

" Semua tak boleh nak harap."

-------------------------------------------------

Usai sahaja pulang dari pejabat, Adrian terus menuju ke rumah dia dan Nadine. Seperti biasa, hatinya akan kembali tenang apabila melihat wajah si isteri yang akan menyambutnya seperti raja di hadapan pintu.

" Hey.. are you okay abang? Kenapa kusut je ni? Something happen in your office?" Nadine merangkut lengan Adrian. Dia melihat wajah Adrian yang sedikit kusut itu. Masalah kerja maybe.

Adrian terus merangkul tubuh isterinya dan merehatkan dagu di bahu si isteri. Dia mengambil bau kegemarannya. Bau ini membuatkan kusut dikepalanya terlerai seketika.

" You're the best wife I've met. Nah.. Im okay"

Nadine membalas peluka Adrian dengan merangkul erat pinggang suaminya. Rasa kesian terhadap si suami tiba-tiba memuncak. Dia tahu apa yang Adrian fikirkan. Kesihatan Adrian yang merosot menambahkan lagi kerisauaun di hatinya.

" Abang.. Not matter what happen in the future.. sayang akan tetap cinta abang sepenuh hati sayang.. Hm? Okay ! Enough.. Pergi naik atas mandi then kita makan sama-sama. Sayang dah masak special untuk abang!"

Adrian tersenyum. Rambut Nadine yang terjuntai di dahi diselitkan ke telinga Nadine sebelum sebuah ciuman dilabuhkan di dahi isterinya.

" Aww so sweet"

" Only with you"


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

My Precious WifeWhere stories live. Discover now