cp 11

1.1K 186 11
                                    

No one pov

Dewan sekolah itu riuh-rendah dengan suara para murid yang hadir pada majlis malam itu. Jam besar di dinding dewan menunjukkan pukul 7 malam. Hanya tinggal 30 minit sebelum majlis akan bermula. Semua murid sudah ada di dewan termasuklah Eric, Lisa dan Hafiz.

Lisa yang memakai dress putih bercorak bunga ros berwarna hitam itu masih bingung dengan kehadiran Alya yang masih tidak menjelma lagi. Hafiz dan Eric yang menyandar dinding itu juga risau akan kehadiran wani.

Tapi dalam kerisauan mereka, mereka langsung tidak perasan akan kehadiran banyak mata yang melihat ke arah mereka. Manakah tidak, dua lelaki tertampan itu memakai baju formal menyerlahkan lagi ketampanan mereka. Sama juga dengan lisa yang menjadi perhatian mata para lelaki di situ. Dia kelihatan sungguh cantik sehingga memikat hati lelaki di situ.

"Wey, mana Alya ni? Budak tu datang ke tidak? 30 minit lagi nak mula ni." Tanya Lisa kepada Eric dan Hafiz.

"Mana lah kami tahu. Kau dah cuba telefon dia?" jawapan serta soalan diujarkan oleh Hafiz.

"Sudah, tapi dia tak jawab."

Jawapan itu membuatkan mereka semakin risau akan kehadiran Alya. Entah datang atau tidak Alya di hari majlis itu.

Elena yang ada majlis melihat keadaan 3 orang sahabat itu. Semakin terpikat hati Elena melihat Eric berpakaian seperti itu menambahkan lagi ketampanannya. Tapi dia juga hairan kenapa mereka hanya bertiga bukannya berempat.

Biasa bagi Elena melihat gadis paling dia benci itu berada dekat dengan Eric tapi hari ini dia tiada. Terselit juga kegembiraan Elena melihat Alya tiada kerana dia berfikir mahu memenangi pertandingan king and queen of the night bersama Eric dan boleh lah waktu itu dia cuba memikat hati keras Eric itu.

Berbalik kepada Lisa, dia sudah berjalan ke sana ke sini menanti kehadiran Alya. Kini hanya tinggal 10 minit sebelum majlis bermula dan kelibat Alya masih tidak kelihatan.

"Wey, aku rasa aku nak-" ayat Lisa tidak sempat dihabiskan kerana kedengaran bunyi bising dari arah pintu masuk dewan.

Mereka bertiga yang fokus memikirkan hal Alya tadi terus mengalihkan pandangan apabila mendengar suara yang bising itu. Di hati mereka sudah tersimpan niat untuk mengetahui perkara yang terjadi di situ.

"Bidadari aku sudah datang. Serius cantik."

"Siapa budak tu? Mantap betul. Kalau ajak menari mesti jadi memori terindah aku."

"Cantik betul budak tu, hilang harapan aku nak menang ni."

"Cun betul budak tu. Sah budak tu memang contest tahun ni."

Bisikan yang kedengaran oleh mereka bertiga daripada pelajar sekeliling. Semakin tinggi niat mereka ingin tahu gerangan yang datang itu. Disebabkan pelajar semua berkumpul membentuk huruf U di pintu masuk, menyebabkan Lisa, Hafiz dan Eric susah mahu melihat gerangan yang datang itu.

Setelah beberapa minit, kumpul U tadi mula berpecah. Tapi mata mereka masih memandang kelibat yang bersinar pada malam itu. Kumpulan Lisa juga sudah hampir dapat melihat kelibat seseorang yang memakai dress berwarna biru gelap itu.

Mata mereka bertiga dikecilkan untuk melihat gerangan perempuan  tersebut. Perempuan itu berjalan terus ke arah mereka dengan sederhana lambat. Hal itu menyerlahkan keindahan perempuan itu pada majlis tersebut.

Hampir 3 minit mereka cuba melihat gerangan itu dan apabila hampir 100 meter perempuan itu dekat dengan kumpulan lisa barulah mereka mengetahui identitinya.

"Alya!" jerit Lisa lalu berjalan ke arah Alya.

Alya hanya tersenyum kepada Lisa dan 2 orang lelaki di belakangnya. Berpakaian dress biru tua dengan rambut panjang ke pinggang dilepaskan dan memakai aksesori rantai dan anting-anting. Sarung tangan biru tua dipadankan dengan baju itu menyempurnakan pakaian Alya majlis itu.

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now