Bab 32

1.5K 58 0

Suasana pagi itu meriah dengan gelak ketawa. Theodora terlajak tidur sehingga solat subuh dia tertinggal. Ini semua salah Asyraf! Kalau suaminya tidak mengada-gada semalam. Pasti dia dapat tidur dengan nyenyak dan pasti solat subuh dia tidak akan kertinggalan.

Sedara mara jauh Puan Asmah turut hadir pada majlis akad nikah semalam. Asyraf juga mempelawa saudara-maranya itu tidur di sini sehingga majlis bersanding tamat.

Rungan yang tadi tidak senyi dengan gelak ketawa. Kini telah kembali senyap apabila Theodora datang dan menyapa saudara barunya itu.

Semua di situ sudah menyelit senyuman. Theodora yang perasan akan riak semua yang ada di ruangan dapur itu, tersenyum kekok dan menggaru belakang tengkuknya.

"Pengantin baqu dah tuqun." Usik Puan Asmah dengan loghat kedahnya. Ya, Puan Asmah asal dari negeri Kedah.

"Tudia aih. Muka berseqi-seqi. Dah buat lattuw" usik kakak Puan Asmah yang dari tadi simpul senyuman nakal.

Theodora sudah tersipu malu di situ. Tidak tahu ingin membalas apa. Semua yang berada di ruangan dapur itu memandang dan senyum ke arahnya. Theodora hanya mampu balas senyum kekok sahaja.

Tidak lupa jugak, ada anak kakak Puan Asmah iaitu Puan Maria dan adik Puan Asmah, Puan Malia. Anak-anak mereka turut tidur di sini.

Ada yang memandang tidak puas hati dengan Theodora. Cemburu kerana Theodora dapat memikat hati 'crush' nya mungkin.

Theodora rasa nak cungkil-cungkil sahaja biji mata anak kepada Puan Malia itu. Tidak habis-habis menjelingnya. Apa? Ingat aku takde mata nak jeling kau? Siap kau perempuan!

"Goodmorning emak saudara kesayangan Aiman!" Sapa Aiman dengan cerianya.

Semua yang berada di ruangan itu sudah mencebik kan bibirnya. Goodmorning sangat. Dah la bangun lambat, bila minta tolong sedikit. Ada aje alasannya.

Semua keluarga Puan Asmah tidak tahu kerja kedua Asyraf itu. Jika di beritahu, pasti Asyraf dan Aiman di sumbat di dalam penjara.

Tahu lah dia yang mulut makcik mereka ini tidak boleh di tutup. Jika di hulur baru nak menzip kan mulut. Itu pun kadang kadang terlepas cakap. Tahu mak masuk je. Keluar tidak mahu.

"Sayangggg where are you?" Jerit Asyraf yang sedang menuruni tangga itu.

Semua dia ruang dapur itu mencebikkan bibirnya. Menyampah dengan gelagat Asyraf yang sengaja mengacah sweet di depan makcik makciknya itu.

"Apa pandang-pandang?" Tanya Asyraf kepada anak saidara makciknya itu.

"Eleh suka hati kami lah. Setakat perempuan macam abang ni boleh cari tepi jalan je lah. Tah tah ada niat jahat dengan family kita" sinis sekali percakapan anak saudara Puan Malia.

Theodora mula berjauh hati dengan percakapan yang telah di ajukan oleh anak saudara Asyraf itu. Dia menekur lantai. Tiada niat langsung untuk memandang jelingan yang sering diberikan dari anak makcik Malia itu.

Asyraf memandang tajam anak saudaranya itu. Sudahlah tiada adab di rumah orang. Perempuang yang berumur 18 tahun itu hanya mengenakan singlet dan seluar ketat sahaja ketika saudara mara berkumpul di rumahnya ini.

Puan Malia meneguk air liur kesat. Tidak jangka yang 'anaknya' utu memberi kata-kata yang agak mengguris hati Theodora itu.

Gadis yang berkata sinis kepada Theodora itu hanyalah sekadar anak angkat. Ini kerana Puan Malia mendapat anak agak lambat. Nama yang di berikan untuk anak angkatnya itu adalah Amirah Syahora.

Sungguh cantik namanya. Tetapi perangai usah di kata. Serupa syaitan yang menopengkan manusia. Perempuan yang sosial. Tidak sedar dari mana datangnya ia. Hanya tahu hidupnya dengan kemewahan sahaja. Tahulah yang keluarga Puan Malia ini jenis yang berduit. Sebab itu mampu memgambil anak angkat. Jika tidak, dia tidak ambil kerana tidak mampu menampung kos sara hidup keluarganya.

"Woo woo woo. Woi perempuan tak sedar diri. Pehal mulut kau macam loji ni erh?" Selit Aiman sambil melemparkan kata-kata yang sinis.

Tidak suka jika Kakak Iparnya itu diperlekehkan dan dituduh oleh anak saudaranya yang entah dari keturunan mana.

"Memang betul kan? Perempuan ni nak abang sebab duitlah. DUIT?!" Tiba-tiba Amirah meninggikan suara dan menuding jari kearah Theodora yang dari tadi menekur lantai.

Asyraf mengetap giginya kuat. Urat hijau mula timbul di pelipis dahinya. Tidak betah ingin mendengar tuduhan yang dilemparkan Amirag kepada isterinya itu.

Kaki laju melangkah ke arah Amirah yang duduk agak jauh dari Puan Malia.

Semua hanya jadi pemerhati sahaja. Tiada niat untuk mengganggu peperangan dingin ini. Mereka sudah masak dengan perangai dan sikap Asyraf. Jika si marah jangan lah sesekali mengahalang apa yang akan di buatnya. Kalau tidak, sekali kau kau di buatnya nanti.

Amirah mula duduk tidak diam. Hati begitu gelisah. Dia nampak akan mata coklat cair itu muka menghitam. Hati mula menyalah kan diri sendiri kerana tidak menjaga adab dan tutur bicara kepada Kakak Ipar saudaranya itu.

"Kau cakap apa tadi? Aku tak dengar lah. Boleh ulang balik tak?" Bisik Asyraf di sebelah telinga anak saudara yang tidak mempunyai adab itu.

Gadis itu mula menggigil kecil. Takut jika di apa-apakan oleh lelaki yang berbadan tegap itu. Urat-urat di pelipis dahi lelaki itu telah membuktikan yang jejaka itu amat tidak suka dengan kata-kata yang telah keluar dari mulutnya kepada Theodora itu.

Diam dam sepi.

"Aku tanya jawablah?!" Jerkah Asyraf. Terhunjut sedikit bahu gadis itu. Sudahlah Asyraf sangat dekat dengan dirinya. Di jerit pula pada deoan mukanya itu

Theodora mula rasa tidak selesa. Dia menuju ke arah suaminya dan memegang tangan Asyraf yang kekar itu.

"Abang dah la tu" pujuk Theodora. Dia tidak mahu disebab nila setitik rosak susu sebelanga.

"SHUT UP THEODORA!" Tiba-tiba sahaja Asyraf meninggikan suara kepadanya.

Terhinjut sedikit bahunya atas jerkahan suaminya tadi. Tangan yang sedang memegang tangan Asyraf itu di lepasnya. Dia sedikit berjauh hati dengan sikap suaminya.

Kaki terus melangkah ke arah tangga. Tiada niat untuk menyampuk pertenggaran di antara Asyraf dan Amirah itu. Salahnya jugak, jika dia tidak di manjakan. Sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.

Tangan kanan memulas pintu bilik lamanya. Sekarang dia sudah berpindah ke bilik Asyraf setelah di perintah oleh suaminya itu.

Tubuhnya segera di baringkan di atas tilam yang bersaiz king itu. Tiba-tiba air matanya setitis demi setitis tumpah di atas tilam yang empuk itu.

Dia rindu dengan keluarga kecilnya itu. Sudahlah Asyraf memarahinya tadi. Perasaam rindu dan sedih sudah mula berlegar-legar di dalam kepala.

Tanpa dia sedari. Dia tertidur dalam tangisan yang masih bersisa. Theodora tidak kisah jika suaminya itu memarahinya. Tapi tadi itu bukanlah salahnya.

Siapa sahaja tidak terasa hati jika suami tiba-tiba menegkingnya hanya di sebabkan Amirah, anak saudaranya. Hati perempuannya begitu terusik.

Theodora tetap menyalahkan dirinya. Hati mula berdoa agar Asyraf tidak mengapa-apakan anak saudaranya itu. Tidak mahu disebabkan Amirah mencacinya. Asyraf dan Puan Malia bermusuh.

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now