Bab 29

1.3K 52 0

Hati perempuannya begitu gementar sekali. Tidak dijangka apa yang dirancang oleh Asyraf agak terburu-buru itu memberi impak yang sangat kuat terhadap dirinya.

Lagi 30 minit sahaja dia bakal dinikahi dengan jejaka yang telah hadir di dalam hidupnya tidak sampai satu bulan itu.

'Mampukah aku untuk jadi isterinya yang terbaik' Theodora hanya berserah kepada Allah sahaja. Dia menerima takdir jika dia dijodoh kan oleh Asyraf dengan usia semuda ini.

Siapakah dia untuk malawan takdir. Hati bagaikan ingin tercabut sahaja. Theodora melihat penampilan dirinya di hadapan cermin yang besar di biliknya itu.

Make up nya hanya ala kadar sahaja. Dia bukanlah jenis perempuan yang suka menconteng muka sendiri. Kurang gemar dengan gaya yang boleh merosakkan kulitnya itu.

Theodora manarik dan menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Siapa sahaja tidak gementar jika hendak bernikah dalam masa 30 minit dari sekarang?

Inikan pula Asyraf seorang anak jutawan dunia. Mestilah pihak media turut hadir untuk merakam adegan yang begitu romantik.

Bukan Theodora tidak tahu. Asyraf ini nampak sahaja beku, tetapi ramai juga yang suka dan mengcrush kan bakal suaminya ini.

Perkara ini dia tahu pun kerana Aileen yang membawang dengannya sebelum dia menyiapkan diri untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung 30 minit lagi.

Baju yang ditempah oleh Asyraf sungguh cantik dan alegan. Walaupun hanya kurung pahang yang berwarna putih. Tetapi tetap nampak baju yang ditempahnya itu harganya sangat mahal.

Dia tahu Asyraf itu seorang yang sangat cerewet dan teliti dalam kekemasan dirinya. Tetapi tidak perlulah habis kan duit beribu ribu hanya untuk memakai dua tiga kali sahaja.

Theodora hanya menggeleng kecil dengan perangai Asyraf yang dia baru tahu itu.

Mukanya yang dicalit sedikit bedak dan lipstik itu manampakkan wajahnya begitu menawan sekali. Itypun dipaksa oleh Puan Asmah dan Aileen.

Katanya 'nak kawin ni kena lah cantik cantik sikit' haihlah bakal mak mertua dan adik ipar. Kadang kala dia terhibur dengan gelagat dua wanita itu.

Tidak tahu pula yang umminya itu jenis yang masuk air juga. Hati mula mengucapkan alhamdulillah. Dia bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan keluarga yang mewarnai hidupnya yang telah layu setelah kematian seisi keluarga itu.

"Hai bakal Puan. Duk termenung apa depan cermin tu? Hilang seri sat lagi" tegur Aileen sambil melangkah kaki ke arah Theodora yang berdiri sambil termenung di hadapan cermin.

Ternaik sedikit bahu Theodora. Lamunannya terus terbang menjauh saat Aileen menegurnya.

Dia menoleh ke belakang dan menayangkan senyuman kekok kepada Aileen. Bukam kerana tidak selesa dengan kehadiran gadis itu, tetapi dia berasa sangat gementar sekarang ini.

Aileen membalas senyuman Theodora dengan sengihan nipis. Dia perasan akan kekoknya gadis yang bakal dinikahi abangnya itu. Tetapi apa dia boleh buat? Hanya mampu kasi semangat sahaja.

"Akak takut ke?" Tanya Aileen sambil membetulkan tudungnya di hadaoan cermin yang besar itu.

Theodora mengeluarkab suara untuk menjawab pertanyaan Aileen itu. Dia hanya mengangguk kan kepalanya sahaja. Jari telunjuk segera di gigitnya.

Itulah salah satu tabiat buruk Theodora. Jika gementar sahaja, juku jari telunjuknya pasti akan menjadi mangsa gigitannya. Tidak tahulah dia jika Mikael Asyraf tahu akan perkara ini. Mungkin akan menjadi bahan jenaka lelaki itu? Dia hanya redha sahaja.

Bukan Theodora tidak kenal dengan jejaka tinggi lampai dan mempunyai raut wajah yang tampan itu kaki menyakat. Maklumlah, walaupun baru tidam sampai sebukan kenalan Theodora dengan jejaka itu. Dia sudah tahu perangai Mikael Asyraf yang satu itu.

"Takpe akak. Akak kena calm down okeyh? Jangan pikir sangat. Sebab yang akan akad nanti along so chill okeyh"

"Aa aarm tak tak. Akak takut nanti ada camera banyak-banyak ambil gambar akak dengan Along. Ua-urm sebab tu akak nervous sangat hee" balas Theodora sambil mengurut belakang tengkuknya yang dilitupi tudung shal berwarna putih itu.

"Ouh. Akak lek lek je. Nanti bila camera ambik gambar akak, akak buat peace macam ni" ujar Aileen sambil membuat gaya peace di hadaoan muka Theodora.

Tidak semena-mena ketawa Theodora terletus. Terhibur dengan gelagat Aileen yang suka menghibur kan dirinya tatkala dia berasa tidak selesa atau gementar.

Sebenarnya bukan itu sahaja. Dia juga turut gementar jika musuh-musuh Asyraf datang dan menyamar sebagai tetamu untuk majlis akad nikah mereka. Takut juga jika nyawa dipertaruh kan.

Hati perempuan nya mengekuh kecil. Dia berdoa kepada Allah, agar majlis ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan daripada manusia mahupun syaitan yang muka menaik tanduk kerana tidak suka jika cucu atau cicit nabi adam membina masjid.

Walaubagaimanapun, Theodora tetap akan menjaga dan mengukuh kan ikatan ini. Hanya ajal maut yang akan memisahkan mereka berdua. Teringat akan pesan neneknya yang sekarang berada di kampung.

FLASHBACK...

"Dora, bila dan besar nanti dam Allah dsn temukan jodoh Dora dengan orang yang ada kurangnya. Dora kena terima dengan hati yang terbuka ye? Redha dengan ketentuan Illahi." Ujar nenek mah atau dikenali sebagai nekmah di kawasan perkampungan itu.

Thedora hanya mengangguk kan kepalanya sahaja. Tidak faham apa yang dikatakan oleh neneknya ini. Dia bsru sahaja meningkat usia 11 tahun, neneknya pula sudah bercakap tentang hal jodoh.

"Awak kena layan suamu awak betul-betul. Kalau dia meminta izin untuk merasmi kan Dora, Dora kena terima dan melayani suami dengan baik sekali. Jika Dora menolak permintaanya itu, malaikat akan melaknat Dora sampai ke subuh. Cucu nenek yang cantik jelita ini nak ke Malaikat laknat awak sampai ke subuh?" Tanya nekmah sambil mengusap kepala cucu perempuannya yang dilitupi tudung sarung itu.

Theodora menggeleng kepalanya laju. Tidak mahulah malaikat melaknatnya hingga ke subuh. Dia mahu bergembira bersama bakal suaminya ketika dia sudah besar nanti. Gadis kecil mahu mengumpul banyak pahala. Theodora mahu masuk kesyurga bersama-sama keluarganya.

Hati mula bersorak riang, tidak sabar ingin besar san berkahwin. Itu kerana dia mendengaf tazkirah di masjid pada ahad lalu.

'Perempuan ni, senang masuk syurga dan senang sangat masuk neraka. Jadi wanita ini sungguh mudah. Jika kamu (wahai wanita) mengikut petunjuk suami. Maka syurga lah tempat kamu ketika di akhirat nanti. Dan jika kamu (wahai wanita) melawan kata suami sehingga jatuh nusyuz, maka ke nerakalah tempat duduk nya kamu ketika di alam akhirat'

Kata-kata ustaz itu sungguh memberikan dia semangat untuk menjadi isteri yang solehah.

Nekmah hanya senyum nipis kepada cucunya ini. Ibu bapa Theodora masih lagi di rumah yang berada di Kuala Lumpur itu. Mereka menghantar Theodora ke sini pun hanya kerana tiada masa untuk menghantar anak gadisnya utu ke sekolah.

Di sebabkan itulah Theodora tinggal dengan neneknya sehingga umur menginjak 12 tahun. Oleh sebab keputusan upsr yang cemerlang itu. Keluarganya terus membawa Theodora pulang ke rumah asalnya.

Endflashback...

Theodora sudah niat di dalam hati. Dia kahwin kerana Allah. Atas dasar cinta yang mula mekar di dalam hati. Tipulah jika dia tidak malu mengingati apa yang di pesan oleh neneknya itu.

Tetapi malu tidak menjadi penghalang. Sebagai seorang isteri, dia perlu menjaga aib dirinya supaya orang luar tidak memandang serong kepada suaminya.

Dia berhasrat akan melayani Mikael Asyraf dengan baiknya. Theodora akan menjaga Abang Mikael macam mana Theodora jaga hati Dora untuk abang Mikael.

Saya sayang awak. Mikael Asyraf.

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now