16

734 13 0
                                    

Jam baru sahaja menunjukkan pukul 6.30 pagi..

"Haaa? Runtuh?" suara Abdul Qayyum kedengaran begitu keras.

Dia pula sedang dalam bilik air mahu bersiap ke pejabat. Kedengaran bibit perbualan antara Abdul Qayyum dengan seseorang melalui telefonnya, di bilik tidur utama mereka. Kemudian keadaan agak senyap sunyi. Dia tertanya-tanya. Tetapi seperti biasa, Camelia meneruskan tabiatnya menyanyi-nyanyi dalam bilik airnya.

"Kenangan yang telah berlalu
Takkan ku lupa
Hanya engkau yang aku mahu
Sudah tentu

Kisah cintaku bersamamu
Tidak sempurna
Walau apa pun kita
tetap akan bersama..
" *credit lagu Insomniacks*

"Lia.. I gotta go now." Abdul Qayyum mengetuk pintu bilik air. Nada suaranya sedikit keras.

Masih dalam mood menyanyinya..dia menjongolkan muka di pintu bilik air. Sedikit terkejut melihat Qayyum yang sudah siap mandi di bilik mandi satu lagi di unit condo itu. Walaupun belum bersiap penuh, memang lelaki itu amat hensem dan Camelia rasa amat bangga dengan yang dianggap satu pencapaian itu.

"Sekarang?" tanyanya manja. "Alaa...cepatnya you siap?" dia mencuba untuk bermanja.

Abdul Qayyum tidak melayan pun. Wajahnya kelihatan serius. Rahangnya tampak ketat sahaja.

"Ada konkrit tuangan semalam, runtuh.." jelas Abdul Qayyum sambil memakai pakaiannya tanpa banyak cakap. Camelia hampa, tetapi dia sudah tegal dengan sikap itu. Bukannya perlu Qayyum sibuk ke pejabat di tapak pembinaan itu, macam tak ada staf yang boleh mengendalikan situasi itu. Tetapi Qayyum bukanlah bos jenis berpeluk tubuh yang tahu menyuruh orang sahaja.

Dia keluar berkemban dan hanya sempat mengucup pipi Qayyum yang tergesa-gesa turun untuk memandu sendiri ke pejabat. Seperti kebiasaan jika ada hal penting, Qayyum akan cepat keluar ke tapak pembinaan dan makan pagi pun disana. Dia redho sahaja dengan aturan itu. Mudah jua untuknya apa tah lagi dengan keadaan dirinya yang semakin sarat mengandung.

Setelah mengemas katilnya dia duduk sekejap di birai katilnya. Nyaman sungguh jika dapat baring semula.Tetapi dia melawan perasaan itu. Kehamilannya tidak harus jadi sebab dia bermalas-malasan.

Dia duduk di meja soleknya. Dia merenung cermin dengan pandangan kosong seketika. Abdul Qayyum terlampau asyik dengan projek itu seperti tidak biasa, tidak pernah bertanya tentang kesihatan dan kehamilannya.

Wajah sembab nya dia pandang lama-lama. Arghh ini pilihan aku. Ini jalan yang aku pilih. Dan itu jalan yang mereka berdua telah persetujui.

Dia mengenakan lipstik bright coral pink berjenama Dior yang baru dibeli. Seri wajahnya semakin naik walaupun mukanya masih agak sembab. Dia mencemik memandang wajahnya. Kelopak matanya diwarnakan warna coklat berona natural. Alis matanya dielus dengan mascara. Pakaian materniti berona dua tona pink itu menaikkan seri wajahnya lagi dan dia sudah sedia memakai shawl untuk ke pejabat. Beberapa kali dia mengenakan shawl itu. Pusing sana, pusing sini. Pin sana sini..Dia rasa tak selesa. Sekali lagi ikat rasa tak kena. Akhirnya dia letak ke tepi. Tangannya mencapai tudung instant berwarna putih dengan bunga kecil merah jambu dari rak pakaian. Terus disarungnya. Sejak dia masuk trimester ketiga dia semakin berat untuk mengenakan shawl belitan dengan pin-pinnya.

Tambahan pula, bossnya baru balik dari Dubai dia seperti cacing kepanasan. Sudah dua minggu dia bermalas2 di pejabat. Tidak banyak aktiviti dilakukannya ketika lelaki separuh umur itu tidak ada di pejabat, meskipun dia masih tampak sibuk pada mata pekerja lain...demi kelangsungan hidup di pejabat yang ada pelbagai pekerja dengan pelbagai kerenah.

"Lia, meeting pagi ni on kan?" tanya Noy, nama sebenarnya Nora, salah seorang pekerja bahagian projek. Hari ni bos Camelia Datok Zack akan sampai dan terus masuk mesyuarat penting yg dijadualkan. Kedatangan beberapa pegawai dari ibu pejabat akan menambahkan tekanan untuk tidak dapat menjadual semula mesyuarat itu jika pun ada yang terfikir untuk mengubahnya.

Andai Ku Tahu ( ELIPSIS CINTA)Where stories live. Discover now