Bab 7🚫

492 21 0
                                    

"Apa lagi wishes kau tu?"soal Edlan semasa menikmati makan malam. Dimeja itu turut ada Que, Mak Yam, dan 5 Ting Tong. .

"Entah la. Tak fikir lagi. Nantilah saya bagitahu."ujar Arianna. Que hanya tersenyum memandang Arianna dan Edlan bersilih ganti. Dia perasaan sejak Arianna tinggal di sini, Edlan jadi banyak bercakap. Ada saja yang nak disembangkan Arianna. Edlan pulak hanya melayan.

Tiba-tiba salah seorang anak buah Edlan datang menghampiri Edlan. Dia membisik sesuatu di telinga Edlan. Edlan hanya mengangguk kemudian bersuara.

"Bawa dia pergi garaj. Nanti aku pergi." Mereka yang lain hanya memandang Edlan apabila mendengar kata-kata Edlan. Mereka cepat menghabiskan makanan dan bergerak bersama Edlan ke garaj. Arianna hanya memandang mereka pelik.

Dia mengikuti mereka secara diam. Di sebalik kepekatan malam itu, dia melihat seorang lelaki sedang diheret ke arah garaj tersebut.Arianna hanya memerhatikan dari jauh.

Mak Yam pernah berpesan jangan sesekali pergi ke garaj tanpa sebab. Tapi hati dia meronta-ronta ingin tahu. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah garaj dan memeriksa jika ada orang yang memerhatikan dia. Dia menyelinap masuk ke dalam garaj.

'Aikk! Mana diorang ni?'. Desis hati Arianna. Kosong. Dalam garaj tu hanya ada koleksi kereta Edlan. Dia yakin Edlan, Que dan 5 Ting Tong masuk ke sini tadi. Tapi diorang takde. Arianna berjalan sekeliling garaj tu cuba untuk mencari diorang. Kemudian matanya tertancap pada satu pintu. Ni pintu apa pula?

Arianna perlahan membuka pintu tersebut dan melihat ada satu tangga menuju ke basement. Arianna menuruni tangga tersebut berhati-hati. Dah la gelap. Nanti tersadung habis lah muka dia yang segak ni..

"Cakap!! Siapa yang hantar kau?!!". Jeritan Edlan sudah kedengaran. Arianna terkejut. Tak pernah dia dengar Edlan jerkah macam tu. Arianna mencari punca suara itu.

Dia berjalan dan akhirnya tiba di satu pintu yang bertulis 'No Entry'. Dia yakin suara Edlan datang dari bilik ni. Dia melekapkan telinganya di pintu. Cuba curi-curi dengar apa yang dibicarakan di dalam.

"Apa cik Arianna buat dekat sini? Nak jumpa boss ke?"tegur satu suara dari belakang. Alamak, kantoii. Dia tersengih memandang anak buah Edlan yang berbadan tegap itu.

"Er...er...." belum sempat Arianna memberikan alasan, lelaki tadi membuka pintu bilik itu.

"Boss, cik Arianna."ujar lelaki tadi. Semua orang sudah memandang ke arah Arianna dengan wajah riak terkejut tetapi tidak bagi Edlan. Arianna melihat Edlan sedang duduk di atas satu sofa sambil Que berdiri di sebelah Edlan. Di tengah ruang bilik itu, seorang lelaki sedang diikat di kerusi sambil dikelilingi oleh 5 Ting Tong. Lelaki itu sudah berlumuran darah.

"Masuk. Duduk."ujar Edlan dingin. Arianna masuk dengan perlahan. Menyesal pulak datang sini. Arianna duduk di tempat kosong di sebelah Edlan tanpa banyak soal. Pintu ditutup semula.

"Aku tanya kau sekali lagi. Siapa yang hantar kau?"soal Edlan.

"Kau fikir aku bodoh sangat ke nak bagitahu kau. Phuihh " Ujar lelaki itu sambil meludah ke lantai arah Edlan. Sikit lagi hampir kena kasut yang dipakai Edlan.

"Aku tanya elok-elok kau taknak jawab. " Edlan bangun dari sofa dan mencapai satu kapak di atas meja dan menetak kaki lelaki itu berkali-kali sehingga putus. Darah memercik mengenai baju Edlan Jeritan lelaki itu bergema memenuhi ruang bilik itu.

Arianna hanya beriak biasa memandang lelaki itu tanpa perasaan. Setakat seksaan yang macam ni, Arianna sudah lali. Sudah memang dalam 'kerja' nya akan bermain dengan darah.

"Cakap!! Siapa yang upah kau untuk intip kita orang? "Ujar Veron pula.

"Aku takkan cakap la sial!. "Jerit lelaki itu.

"Apasal yang kau ni degil sangat? Tadi dah hilang kaki. Ni nak hilang tangan pulak? "Ujar Danny sambil menitiskan asid ke tangan lelaki itu, sedikit demi sedikit. Jeritan bergema lagi.

"Bunuh je la aku. Tapi aku nak korang tahu yang boss aku dah tahu pasal perempuan jalang tu. Dia akan cari perempuan tu sampai dapat. Siaplah korang lepas ni."ujar lelaki itu sambil menunjuk ke arah Arianna. Arianna yang sedang mengantuk terus segar matanya mendengar kata-kata lelaki itu. Semua orang memandang ke arah Arianna dengan muka terkejut.

Air muka Arianna berubah. Bukan cute macam selalu tapi berubah jadi ganas. Arianna merenung muka lelaki itu lama sebelum dia bangun dari sofa. Edlan dan yang lain hanya memerhatikan pergerakkan Arianna. Dia pergi ke satu meja dan mencapai sebilah pisau.

Kemudian dia bergerak ke arah lelaki tadi dan mendongak kepala lelaki itu. Pisau diletakkan betul-betul di leher lelaki itu. Mulutnya didekatkan di telinga lelaki itu sebelum berbisik sesuatu. Edlan dan yang lain hanya menunggu tindakan Arianna.

"Jangan sesekali panggil aku perempuan jalang." Bisik Arianna perlahan tetapi cukup didengari semua orang di situ. Sejurus itu, Arianna terus mengelar leher lelaki itu. Darah memancut ke merata tempat dan terkena pada muka Arianna. Semua orang terkejut dengan tindakan itu.

Joey bergerak mendekati jasad yang sudah tidak bernyawa itu. Baju yang dipakai lelaki itu dikoyakkan. Kelihatan satu tatoo di dada kirinya.

"Tatoo ni. Orang James."ujar Joey."Bob."panggil Edlan. Kemudian masuk seorang anak buah Edlan yang dikenali dengan nama Bob. "Uruskan." ujar Edlan pendek. Bob mengangguk.

Edlan kemudian menarik lengan Arianna dan keluar dari bilik tu menuju ke villa. Que dan 5 Ting Tong hanya mengikuti dari belakang.

Edlan menarik lengan Arianna sehingga mereka tiba di bilik Edlan. Arianna didudukkan di birai katil. Edlan masuk ke dalam bilik air dan keluar semula bersama sebekas air dan tuala di tangannya. Dia melutut di hadapan Arianna. Tangannya perlahan-lahan mengelap muka dan tangan Arianna yang dipenuhi darah tadi.

"Kenapa kau bunuh dia?"soal Edlan.

"Saya tak suka orang panggil saya perempuan jalang."ujar Arianna.

"Siapa kau sebenarnya?".

"Kenapa tanya?"

"Reaksi dan tindakan kau tadi seolah-olah dah biasa dengan semua tu. Kalau perempuan lain, mesti dah muntah, pening dan pengsan. Sesiapa pun akan pelik."

"Jadi ada perempuan lain la yang pernah datang sini selain saya?"soal Arianna.

"Kalau ada kenapa? Kau jealous?"

"Takde maknanya nak jealous."

"Kau tak jawab lagi soalan aku."

"Saya tak boleh bagitahu awak sekarang. When the time comes, I'll tell you everything."ujar Arianna. Edlan hanya mengangguk. Boleh je kalau dia nak cari sendiri maklumat yang lebih dalam tetapi entah mengapa hatinya menyuruh dia untuk percayakan Arianna.

Ketika Edlan leka membersihkan muka Arianna, Arianna tersedar kedudukan mereka sungguh rapat.

"Dah la saya nak balik bilik." Ujar Arianna tergesa-gesa bangun sehingga tersadung bekas air yang dibawa Edlan tadi. Sikit lagi nak jatuh tapi nasib baik disambut Edlan. Arianna berdiri semula.

"Jangan lupa mandi sebelum tidur. Ke nak aku tolong mandikan?"ujar Edlan. Arianna cepat-cepat keluar dari bilik Edlan. Edlan hanya ketawa kecil melihat Arianna kelam kabut keluar dari biliknya. Telatah mereka diperhatikan oleh Mak Yam dan Que dari jauh dengan senyuman di bibir.

"Mak Yam suka tengok Edlan macam tu. Happy je."ujar Mak Yam.

"Saya pun. Saya harap Edlan dah boleh move on dari Emily."ujar Que. Mak Yam hanya mengangguk bersetuju dengan kata-kata Que.

[C] RuffianWhere stories live. Discover now