5

1.2K 29 6
                                        

Tatkala Haikal tiba, guru aku menyiapkan tujuh biji air kelapa untuk Haikal minum. Selesai sesi ruqyah dan pemagaran disekeliling kawasan, Haikal diarahkan untuk minum air kelapa itu.  Setiap air kelapa yang diminum perlulah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Haikal (pembacaan dalam satu nafas lalu diminum).

Setiap kali habis satu biji kelapa, Haikal akan memuntahkan segala isi di dalam perutnya. Anehnya, tiada makanan yang keluar. Yang ada hanyalah lendir-lendir hijau yang amat busuk.

Ketika Haikal habis minum air kelapa yang ketiga, keluarlah ulat-ulat dari muntahnya. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, air kelapa yang kelima, muntah Haikal hanyalah muntah angin sahaja; menandakan segala yang menghantui perut Haikal sudah tiada.

Selepas habis muntah, barulah Haikal dibawa mandi. Haikal perlu dimandikan dan dilarang untuk mandi sendiri, ibarat ingin melepaskan sesuatu yang diikat padanya. Aku berasa begitu terkejut apabila melihat sopak-sopak di kepala Haikal jatuh satu per satu.

Nanah dan ketulan-ketulan darah keluar dari celahan luka di kepala Haikal. Sekali lagi, keluar ulat-ulat dari celahan luka di kepalanya. Haikal menangis menahan sakit. Aku turut berasa sebak melihat keadaan Haikal.

Kemudian, aku melihat ada serbuk-serbuk berkilat keluar dari celah-celah kuku dan liang roma tangan Haikal. Aku cuba perhatikan betul-betul. Kelihatan miang-miang buluh dicampur dengan kaca yang keluar. Ketika itu, ibu Haikal menangis semahu-mahunya kerana sebak melihat keperitan yang dilalui anaknya.

Guru aku meminta Haikal memperbanyakkan zikir dan berdoa memohon keampunan Allah kerana doa-doa orang teraniaya diangkat langsung kepada Allah. Begitu juga dengan keluarga Haikal, guruku meminta mereka memperbanyakkan bacaan ayatul Kursi.

Ilmu Papan SekepingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang