BAB 6

76 9 2

Dinie Cafe, 3:30 p.m.

"Aku nak korang siasat latar belakang perempuan ni."Arahku. Aku menunjukkan gambar Raisha. "Maklumat dia korang kena serah kat aku secepat mungkin. Kalau korang lambat, tahu lah macam mana aku nak settle kan korang ni."Tegasku.

"B-baik, bos." Jawab Hilman. Hilman merupakan antara orang suruhanku sama seperti Roy dan Zack.

"Pastikan Danish dan Damia tak tahu pasal ni.FAHAM!!" Tegasku. Aku tak mahu mereka risau pasalku.

FAHAM!!!

"Er, bos, saya dapat information pasal piza bos yang hilang tu." Tutur Hilman dalam suara bergetar.

"Siapa yang curi?"

"Kucing saya yang makan bos. Sorry, bos boleh potong gaji saya kalau nak."

Aku cuba menahan ketawa. "Hmm, kalau macam tu tak pe lah. Gaji kau tetap kena potong. Sebab piza tu Damia yang belanja aku. Kalau dia tahu, habislah kau." Aku saja je takutkan dia. Hahahaha.

"S-saya tak kisah bos asalkan bos tak suruh saya makan seafood. Saya sanggup kena potong gaji dari makan seafood."

Hilman alergik makan seafood. Dia pernah masuk wad dua minggu sebab termakan cucur udang. F.A.K.T.A.

***

Bang!!!

Kaki dipecut selaju yang boleh. Niat di hati mahu membeli ayam kepci. Namun terbantut kerana tiba-tiba begnya diragut.

"Woi, pulangkan beg aku. Kalau tak, aku tembak lagi." Damia mengejar peragut yang mencuri beg tangannya. Di dalam itu, ada pelbagai barangan penting. Contohnya, peluru. Tapi yang paling penting ialah barangan make up.

Damia:Mahal woo . Lebih kurang RM5000. Apa barang mafia pakai benda murah.😝

Author: Ceh, acah je lebih🙄

Tali kasut yang terbuka dibiarkan menyebabkan dia hampir tergolek ke dalam longkang.

Peragut itu akhirnya meletakkan beg tangan lalu terus menghilangkan diri.

Di atas beg tangan itu terdapat sekeping nota yang tertulis-

Baik kau jaga adik kau
Jangan sampai dia dibuli

                                  Miss R

Adik aku? Kena buli? Tak mungkin. Dia buli orang mungkin la🤣. Ujar Damia.

Dia melihat belakang kertas.

Jangan pandang remeh
Adik kau sentiasa diperhatikan
Baik kau jaga-jaga

Air liur ditelan. Tangan mengepal penumbuk. Nota itu direnyuk kasar🤬.

"Kau dengan keluarga kau boleh pergi mati lah!! Dari dulu tak habis-habis menyusahkan keluarga aku!! Kalau berani, tunjuk lah muka!! Dasar pengecut!!" Jerit Damia. Dia tak ubah seperti orang gila di situ. Nasib baik tiada orang yang lalu di situ.

Pistol di tangan disimpan di dalam handbag.  Telefon diambil lalu nombor Danish didail.

Danish
Ha, pahal telefon?

Damia
Jumpa kau kat Dinie Cafe. Sekarang. Faham. Se.Ka.Rang.

Danish
Eh, pahal ni.

Pertanyaan dibiarkan tergantung. Tanpa membuang masa Damia terus memandu kereta  ke Dinie Cafe.

***
Dania P.O.V

Dinie Cafe

Kafe ini sebenarnya dimiliki oleh arwah ibuku. Dinie Zahra. Sehari sebelum ibuku koma, dia sempat merasmikan kafe ini.

Sekarang kafe ini beroperasi seperti biasa cuma kafe ini mempunyai bilik bawah tanah yang menjadi markas mafia aku, Danish dan Damia. 

Aku hanya datang sini jika ada perjumpaan atau ada perkara yang penting sahaja. Aku bukan benci kafe ini. Aku cuma tidak mahu mengingati apa yang terjadi pada ibuku.

Aku dengar seperti ada orang bersembang. Aku rasa tadi Hilman dan yang lain dah lama balik.  Aku menuju ke pintu. Niat aku hendak membuka pintu terbantut apabila aku mendengar perbualan itu adalah di antara Danish dan Damia.

"Tadi aku pergi KFC. Ingat nak beli 8 ketul ayam. Sekali ada orang ragut beg aku-

"Lah yeke? Tak dapat makan ayam free malam ni." Ujar Danish sambil meneguk air lemon.

PAP!

Kepala Danish diketuk. Apalagi tersembur air Danish tepat ke muka Damia.

"Ish, apa kau ni!""marah Damia sambil mengelap mukanya dengan tisu. Nasib baik tak kena tudung.

Danish hanya membuat muka seposen.

"Kau semua nak free. Kau tahu tak nyawa Dania dalam bahaya. Aku tak nak apa yang terjadi dekat ibu dengan papa kena dekat Dania pula." Tisu yang digunakan untuk mengelap mukanya tadi dicampak ke muka Danish.

Apa maksud kakak? Rasa ingin tahu cuba ditahan.

"Kau jangan cakap yang diorang dah kembali." Wajah Danish bertukar menjadi bengis.

"Aku tak pasti sama ada ni angkara diorang atau bukan. Beg aku yang kena ragut tu dia pulangkan semula. Tapi, dia ada tinggal sekeping nota yang tertulis ni." Damia memberi Danish nota yang telah direnyuk olehnya.

Kranggg!!

Cawan dibaling ke dinding.

"Tak mungkin. T-tak mungkin." Memori hitam mula menerjah ruang fikiran.

Arghhh!!

Aku terus meluru keluar.

"K-kenapa ni?" Aku mula panik.

"Eh, Dania. Panjang umur. Adik buat apa kat sini?" Kata Damia.

"Apa maksud kakak tadi?" Aku terus bertanya.

"Maknanya adik dah dengar la ni." Kata Danish.

"Ya, adik dah dengar. Siapa diorang yang kakak cakap tu?"

"Aku rasa orang yang sama yang bunuh ibu dan ayah. Aku tak tahu siapa. Apa yang aku tahu, dari dulu diorang memang suka kacau keluarga kita. Sekarang ni dia target kau pula." Jelas Danish.

"Apa yang buat korang rasa itu orang yang sama?" Tanyaku lagi.

" Miss R. Dulu dekat kereta ayah masa kemalangan ada tulisan kat cermin kereta iaitu MR R. Sebab tu lah kitorang rasa semua ni bersangkut paut."  Kata Damia.

"Adik akan siasat." Ujarku.

***

Vote and comment.😊
  

DIFFERENT🔫🔫Where stories live. Discover now