BERTAUT KEMBALI ENDING

99 6 2

Assalamualaikum..Hari Ni last part untuk kisah Mawar dan Dany.

Terima kasih pada yang sudi membaca kisah mereka berdua ini.

Segala yang terkurang dalam cerita ni, miss cactus minta maaf.

Enjoy for final part🤗🤗🤗

************************************

Mawar tersenyum melihat telatah anak dan suaminya yang sibuk menyelesaikan jingsaw puzzle itu. Dia bersyukur, Miranda akhirnya dapat merasai kasih sayang dari seorang ayah. Itu doanya selama ini. Ternyata Allah masih memberi peluang buat anaknya itu.

“Sayang, kenapa tersenyum-senyum tu?” tanya Daniel. Mawar hanya menggeleng. Tangannya mengusap perut yang semakin ke depan itu. Lebih kurang empat bulan lagi, anaknya bersama Daniel akan lahir. Sungguh Mawar tidak sabar untuk menantikan saat itu.

“Sini,” panggil Daniel. Mawar menurut.

“Anak papa kat dalam ni, tolong jaga mama baik-baik ya. Papa nak kena keluar kejap lagi.” Daniel tersenyum bila dapat merasakan pergerakan pada perut Mawar.

“Abang nak pergi mana?”

“Abang ada kerja sikit dekat luar. Mawar tunggu dalam office abang ni. Tak lama pun abang pergi. Nanti abang minta Suriani hantar makanan ke sini.” Daniel beralih ke arah meja kerjanya. Suriani, setiausahanya dihubungi.

“Okay.” Mawar mendekati anaknya, Miranda. Siap juga jingsaw puzzle Miranda dan papanya tadi.

Daniel segera bersiap. Dia bukan ada kerja pun tapi sengaja mahu membuat kejutan untuk isterinya. Mungkin Mawar lupa tapi tidak dirinya. Daniel sentiasa akan ingat detik-detik terindah antara dia dan Mawar. Sempat ciuman kasihnya dihadiahkan buat dua orang insan kesayangan sebelum dia berlalu meninggalkan mereka berdua di dalam officenya.

************************************

Tina tersenyum. Sekian lama menunggu, akhirnya tiba juga hari untuk dia membuat pembalasan pada Mawar dan Daniel. Sebelum ini, amat sukar untuk dia mendekati keluarga bahagia itu. Ada saja halangan yang terjadi bila dia mahu melakukan sesuatu pada mereka. Daniel sendiri melarang keras untuk dia mendekati Mawar dan Miranda. Pernah dia mengumpan Miranda datang kepadanya tapi bila dia mahu bertindak ada pula manusia yang tidak dijemput datang menghalang niatnya itu. Mawar dan Miranda terlalu dikawal ketat oleh Daniel. Mungkin Daniel tahu, dia hanya menunggu masa untuk serangan balasnya.

Seiring dengan waktu, Tina dapat merasakan kawalan ketat Daniel terhadap dua orang kesayangannya itu semakin longgar. Malah Tina sudah beberapa kali bertemu dengan Mawar. Pertemuan secara tidak kebetulan yang terjadi tanpa pengetahuan Daniel. Mawar yang mudah sangat percaya, mudah untuk digula-gulakan Tina tentang penyesalan Tina dengan perbuatannya selama ini.

Permintaan Kak Lofa yang mahu dia menghantar makanan ke bilik bos, merupakan satu peluang yang tak mungkin dia lepaskan. Mendengar pula hanya ada Mawar dan Miranda di situ, bertambah sukalah dirinya. Dia akan melangsaikan segala hutang yang masih tinggal antara mereka. Biar Daniel menyesal kerana menolak cintanya dahulu. Biar Daniel musnah.

************************************

Berkerut wajah Suriani melihat Tina yang datang bersama dulang di tangan. Seingatnya semenjak dia bekerja sebagai setiausaha Daniel, Daniel telah berpesan kepadanya supaya tidak membenarkan Tina untuk naik ke sini. Hati Suriani mula berasa tidak enak. Wajah yang penuh mencurigakan itu, seperti menceritakan akan melakukan sesuatu perkara yang dasyat di sini.

"Tina, kenapa awak yang hantar makanan ni?" Tanya Suriani. Mata meliar ke arah luar, Pak Akob pengawal yang bertugas tiada di tempat. Suriani resah.

BERTAUT KEMBALI (COMPLETE)Where stories live. Discover now