BERTAUT KEMBALI PART 11

68 1 2

Assalamualaikum Dan selamat pagi  semua....😊😊😊

Jom layan bertaut kembali untuk part seterusnya...

Agak-agaknya ada lagi ke dugaan buat mereka atau dah sampai ke endingnya cerita Mawar dan Daniel Ni...

Jemput-jemputlah membaca ya...

Mana terkurang harap sudi dimaafkan..

Silalah tegur Miss Cactus andai kata ada kesalahan yang tercatat di dalam cerita-cerita hasil air tangan Saya ni ya...☺️☺️☺️

#sayabudakbarubelajar

************************************

Tanah perkuburan itu mereka tinggalkan dengan pelbagai rasa di hati. Mawar masih setia duduk di sebelah pusara yang masih baru di hadapannya itu. Tidak Mawar sangka, kehidupan Malik di dunia ini berakhir dengan tragis sekali. Tanah merah di hadapannya, disentuh.

"Saya maafkan awak, Malik. Saya tak nak simpan dendam terhadap awak. Saya doakan semoga kesalahan yang pernah awak lakukan diampunkan tuhan." Jatuh jua air matanya di situ. Miranda sudah menjadi yatim.

"Mawar, ini takdir dia. Pembalasan untuk dia, atas dosa-dosa yang pernah dia lakukan pada kau." Aishah menyentuh lembut bahu Mawar. Dia duduk di sebelah Mawar yabg menghadap pusara Malik itu.

"Aku tak nak berdendam. Aku maafkan dia. Aku…"

"Jom kita balik Mawar. Dah lama Miranda tunggu kau. Malik dah tiada, sekarang masa untuk teruskan hidup. Allah permudahkan segalanya selepas Malik pergi. Kau dah tak payah nak turun naik mahkamah untuk kes penceraian kau lagi."

"Miranda…" Mawar diam.

"Mawar, walaupun Miranda tu kecil lagi tapi dia tahu apa yang sedang terjadi sekarang ni. Malik tak pernah anggap dia sebagai anak. Aku tak salahkan Miranda kalau dia lupa siapa bapa kandung dia satu hari nanti. Kau tengok tu, lelaki yang Miranda pilih untuk jadi ayah dia. Walaupun tiada apa-apa hubungan antara mereka tapi Miranda dapat kasih sayang yang tak pernah dia dapat daripada Malik. Aku rasa, dah sampai masanya untuk kau dan Dany mulakan hidup baru. Lupakan apa yang sudah terjadi sebelum ni. Masa depan yang bahagia menanti kau." Aishah meluruskan tangannya ke arah Daniel dan Miranda yang nampak sangat mesra di luar tanah perkuburan itu.

Mawar tersenyum nipis melihat anaknya yang didukung Daniel itu. Miranda sangat manja dengan Daniel. Malah Daniel juga sudah dipanggilnya papa. Mawar sudah tidak mampu menghalang walau berkali-kali dia melarang Miranda daripada memanggil Daniel dengan panggilan itu. Belum masanya lagi. Dia dan Daniel masih belum ada apa-apa ikatan. Dia malu jika ada yang menuduhnya sengaja mengambil kesempatan di atas kesenangan Daniel sekarang ini.

"Jangan fikir lagi Mawar. Kita balik ya. Dah petang sangat ni. Malik pun dah selamat dikebumikan."

Mawar turut bangun mengikut jejak langkah Aishah yang semakin mendekati Daniel itu. Sekali lagi dia berpaling.

"Semoga awak bahagia di sana, Malik." Mawar berkata perlahan saja. Kemudian dia terus melangkah tanpa berpaling lagi.

************************************

Enam bulan berlalu…

"Sayang…"

Mawar sembunyi senyum. Muka sengaja beriak beku. Biar Daniel berputus asa mahu memujuknya.

"Apa papa nak buat ni, Miranda? Mama merajuklah pula. Bukan papa sengaja nak balik lambat. Papa meeting tadi bukan dating. Kalau dating, mama nak marah papa, papa tak kisah." Daniel tersengih-sengih memandang Mawar yang masih beriak beku itu.

"Mama… kesian papa. Tadi mama cakap, mama rindu papa."  Miranda pecah rahsia.

Mawar menggigit bibirnya. Terkebil-kebil dia memandang wajah Miranda. Anak kesayangannya ini sudah membocorkan rahsianya. Mahu saja dicubit-cubit pipi gebu Miranda. Tak bagi ruang untuk dia merajuk dengan Daniel.

Daniel menjongketkan kedua-dua belah keningnya. Bibir sudah merekah dengan senyuman.

"Orang tu rindu kita ya. Patutlah marah-marah."

"Marah-marah sayang aje." Mawar terus menerpa ke dalam pelukan Daniel, bila suaminya itu mendepakan tangan.

"Abang sayang Mawar."

"Mawar pun sayang abang."

"Miranda sayang papa dan mama."

Mereka bertiga ketawa bahagia. Selepas saja Mawar habis idah, mereka berkahwin. Walaupun pada mulanya Mawar menolak kerana bimbangkan pandangan manusia di sekelilingnya. Malik baru saja meninggal tapi dia sudah mahu berkahwin semula. Ada dia dicop janda miang. Puas dipujuk Aishah dan Daniel, Mawar akhirnya menerima lamaran Daniel. Aishahlah manusia yang paling gembira sekali bila dia bersetuju untuk berkahwin dengan Daniel.

Kebahagian mereka semakin bertambah apabila Mawar disahkan hamil sebulan selepas berkahwin dengan Daniel. Puaslah dia diusik oleh Aishah. Malah para pekerja hotel Daniel amat senang dengan Mawar yang sudah bertukar status sebagai isteri bos besar mereka. Tiada lagi derita yang perlu ditangung Mawar. Daniel terlalu membahagiakan dirinya hingga dia terlupa kisah penderitaannya bersama Malik dahulu.

************************************

Tina yang berada di satu sudut terpencil di ruang dapur hotel, mengenggam erat pisau yang berada di tangannya. Semenjak dia dilucutkan jawatan oleh Daniel sebagai setiausahanya, di sinilah dia ditempatkan untuk bekerja. Boleh saja dia berhenti kerja tapi dia sendiri yang tidak mahu. Malah dia sanggup berjumpa dengan Mawar demi merayu kemaafan daripada wanita itu. Bukan ikhlas pun permintaan maafnya itu. Dia hanya berlakon supaya Daniel tidak memecatnya. Dia berdendam dengan dua orang manusia itu. Dia masih menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan misinya.

Dia cintakan Daniel setulus hatinya tapi kehadiran Mawar telah menghalang niatnya untuk bersama dengan Daniel. Kerana tindakan Malik yang bodoh itu, segalanya hancur berkecai. Dialah yang memberitahu kedudukan Malik kepada Toriq. Memang dia menyuruh Malik menunggu di lorong sunyi itu. Kemudian, dia sendiri menghubungi orang suruhan Toriq, memberitahu kedudukan Malik. Dia sakit hati dengan apa yang dilakukan Malik ke atas dirinya.

Selepas berjaya melarikan diri daripada Daniel, Malik berlindung di rumah Tina daripada pihak polis. Pada mulanya Tina tidak mahu membantu Malik tapi bila sudah diugut dia tiada pilihan. Dia sendiri tidak mahu dikaitkan dengan apa yang terjadi pada Mawar dan Miranda. Lagipun dia tidak mahu berada di balik tirai besi itu.Tapi Malik yang berhati binatang itu telah memperkosanya di rumahnya sendiri. Berhari-hari dia menjadi mangsa Malik sehingga lelaki itu sendiri bertindak keluar daripada rumahnya. Malik berlindung pula di rumah skandalnya, Liza. Baru saja hidupnya aman, Malik kembali menganggu. Malik meminta wang untuk melarikan diri kerana diburu Toriq. Tina berkeras pada mulanya tapi Malik mengugutnya lagi, akan menyebarkan rakaman hubungan terlarang mereka berdua di media sosial. Kerana tidak mahu maruahnya bertambah tercemar, Tina terpaksa akur. Dia terjerat dalam permainan Malik terhadap dirinya. Tidak tahan dipergunakan Malik, Tina bertindak mencari tahu mengenai Toriq. Nasibnya baik bila dia terjumpa Toriq di hadapan rumah Liza, skandal Malik. Dia dan Toriq berpakat dan Malik menerima habuannya. Dia puas hati dengan apa yang diterima Malik daripada Toriq. Pembalasan yang setimpal untuk lelaki binatang seperti Malik.

Kini tumpuannya hanya pada keluarga  bahagia lelaki yang dicintainya itu. Dia menyalahkan Mawar dengan apa yang terjadi kepada dirinya. Dirinya sudah hancur. Sesuatu yang begitu berharga buat dirinya telah diragut secara kejam oleh suami Mawar. Jika Mawar tidak muncul, mungkin nasibnya tidak teruk sebegini sekali.

"Sikit saja lagi Mawar. Aku akan musnahkan kebahagiaan kau. Kau dan Daniel tak kan pernah bahagia. Itu sumpah aku." Tina ketawa bebas. Tapak tangan yang terluka akibat pisau yang berada di tangannya itu tidak dipedulikan. Rasa sakit di hatinya mengatasi segala rasa pedih yang di rasainya saat ini.

BERTAUT KEMBALI (COMPLETE)Where stories live. Discover now