BERTAUT KEMBALI PART 9

Start from the beginning

“Ya sayang. Mawar sihat? Anak abang sihat atau anak Dany sihat?” Sinis pandangannya pada Mawar.

“Apa abang cakap ni?”

“Hurm… Aku malas cakap banyaklah Mawar. Sini kau.” Rambut Mawar dicekaknya. Diheret tubuh Mawar menjauh daripada Miranda.

Meraung-raung Mawar minta dilepaskan. Miranda hanya mampu teresak-esak di satu sudut di ruang tamu rumah itu.

“Sakit abang. Jangan buat Mawar macam ni.” Dalam esakan, Mawar merayu tetapi Malik masih meneruskan kekejamannya terhadap Mawar. Dilempang, disepak tubuh itu sesuka hatinya.

“Kau nak merayu. Kau ingat berkesankah? Sikit pun tak terjentik rasa kasihan aku buat kau, Mawar. Kau kejam sebab permainkan cinta aku.” Perut Mawar ditumbuknya membuatkan Mawar terduduk menahan rasa senak yang hadir.

“Jangan buat Mawar macam ni abang. Mawar merayu pada abang. Mawar tak pernah kejam pada abang. Mawar sentiasa cuba sayang dan cinta abang tapi abang tak pernah bagi Mawar peluang. Abang hanya tahu sakitkan hati dan tubuh Mawar.” Mawar memeluk kaki Malik. Dia harus cuba merayu. Dia takut Malik sakitkan Miranda. Tubuhnya disakiti dia tidak peduli tapi jangan Miranda.

“Huh. Kau ingat aku percaya. Tu, budak tu anak Dany kan? Tina dah bagi tahu aku segalanya. Tak sangka aku yang kau sanggup curang dengan aku. Berzina dengan jantan tak guna tu sampai lahirkan anak haram tu.” Jarinya ditunding kepada Miranda.

Mawar menggeleng. Sanggup Tina memfitnah dirinya dan Miranda sedangkan Tina tidak pernah tahu apa yang pernah dia lalui selama ini.

“Mawar berani bersumpah abang. Miranda anak kandung abang. Mawar tak pernah berjumpa dengan Dany selepas kita berkahwin. Hidup Mawar sepenuhnya hanya pada abang.”

Malik menyepak kuat tubuh Mawar lagi. Mawar mengerang kesakitan.

“Kau ingat aku nak percaya? Aku rasa jantan tu tak cukup kecewa bila aku ambil kekasih dia. Mungkin ada cara lain yang boleh aku lakukan untuk musnahkan hidup dia.” Malik menarik rambut Mawar membuatkan Mawar terdongak melihat wajah Malik.

“Apa salah dia pada abang. Dia tak pernah kacau abang. Lepas kita kahwin pun, dia tak pernah cari Mawar. Kenapa abang? Kenapa?” Mawar sedikit menjerit.

Malik yang berang mendengar suara tinggi Mawar lantas menampar Mawar sekuat hatinya.

“Kau kahwin dengan aku tapi nama jantan tak guna tu tak pernah hilang daripada hidup kau.”

“Abang yang selalu sebut nama dia bukan Mawar. Abang yang selalu gunakan dia untuk sakitkan hati Mawar. Salah Mawarkah abang?” Mawar tidak terdaya untuk bangun lagi. Sakit sungguh tubuhnya menerima azab daripada Malik.

“Mama…”

Mawar menoleh ke arah anaknya. Basah wajah si kecil dengan air mata. Mawar sedaya upaya mengesot untuk mendekati anaknya. Dia mahu memujuk Miranda yang jelas nampak ketakutan itu.

Malik dengan pantas memijak sekuat hati kaki Mawar. Mengerang Mawar kesakitan di situ.

“Kekasih Dany aku dah ratah puas-puas. Sekarang giliran anak Dany.” Tubuh Mawar disepaknya lalu Miranda didekatinya.

“Ya Allah, abang. Itu anak abang. Jangan buat kerja gila abang. Mawar merayu pada abang. Jangan cuba nak sakiti Miranda.” Mawar cuba bangun, dia mahu menghalang tindakan Malik pada Miranda. Risau dia mendengar kata-kata Malik tadi.

“Aku nak rasa sikit aje. Sama hebat tak dengan kau Mawar.” Tersunging senyuman sinisnya pada Mawar.

“Mama, mama, tolong Miranda. Miranda takut.” Miranda teresak-esak melihat Malik yang semakin mendekatinya.

“Abang itu anak abang. Anak kandung abang. Mawar berani bersumpah abang. Jangan apa-apakan Miranda, abang. Abang ambil Mawar sebagai ganti. Mawar rela. Ambil Mawar, abang.” Terketar-ketar Mawar cuba berdiri. Berkali-kali dia jatuh tapi dia bangun kembali demi anaknya.

“Kau dah tak ada serinya buat aku. Anak Dany nampak mengiurkan. Aku rasa aku nak…” Terus saja dia mencempung tubuh Miranda.

“Mama, mama…” Miranda menjerit kuat. Tubuhnya meronta-ronta minta dilepaskan.

“Abang…” Mawar memengang lengan Malik tapi dengan mudahnya Mawar ditolak Malik meyebabkan Mawar jatuh terduduk.

“Abang…”

Buk!

Tapak kaki Malik tepat menyinggah wajah Mawar sebelum Mawar sempat menghabiskan kata-katanya tadi.
Mawar memegang kepalanya. Berpinar-pinar pandangannya saat ini.

“Aku bukan nak bunuh anak kesayangan kau ni, Mawar. Aku cuma nak geli-geli aje dengan dia. Supaya puas hati aku tengok muka jantan tak guna tu bila tahu anak kandungnya sendiri ternoda sama seperti yang pernah aku lakukan pada kau dulu Mawar.” Tersengih-sengih Malik melihat Mawar yang lemah tidak mampu melawan itu.

“Mama, mama. Tolong Miranda.”

“Kau diamlah. Jom ikut aku.” Miranda dibawanya menuju ke dalam bilik. Mawar meraung-raung memanggil anaknya. Pak Kassim yang terbaring kaku, dipandangnya. Lelaki itu juga turut menjadi mangsa Malik hanya kerana mahu membantunya tadi.

“Miranda…” Mawar cuba memanggil anaknya lagi walaupun suaranya kedengaran semakin lemah. Sedaya upaya dia cuba untuk bangun tapi kepalanya semakin terasa berat.

“Mama!”

Kuat jeritan yang kedengaran daripada Miranda sebelum mata Mawar perlahan-lahan terkatup sendiri. Apa yang terjadi di dalam sana dia tidak tahu tapi dirinya benar-benar tidak mampu untuk menolong anaknya. Hanya berharap ada seseorang yang datang membantunya saat ini.

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Harap bertabahlah kawan-kawan untuk next story...😭😭

BERTAUT KEMBALI (COMPLETE)Where stories live. Discover now