BERTAUT KEMBALI PART 9

57 2 0

Kasar keluhan yang dilepaskan Alif suami Aishah. Geram tu memang geram tapi mengenangkan sayangnya pada Aishah dibiarkan saja kelakuan isterinya itu. Daripada tadi isterinya itu, mundar-mandir di hadapannya. Macam berdepan dengan masalah besar saja lagaknya.

"Sudahlah tu sayang. Abang rasa tergoda tengok sayang menari-nari macam ni depan abang." Alif tersenyum di sebalik surat khabar yang di bacanya.

"Hah!" Aishah terkejut. Bila masa pula dia menari-nari depan Alif. Hatinya tidak tenteram sekarang ini. Tak tertahan rasa hatinya ini, untuk menyimpan lebih lama rahsia itu.

“Kenapa ni, sayang? Cuba cerita dengan abang.” Surat khabar diletakkan ke tepi. Isterinya dihampiri.

“Aishah, Aishah…” Aishah menggaru dahinya. Serba salah mahu bercerita. Dia sudah berjanji dengan Mawar. Cukuplah sekali dia memungkiri janjinya itu.

“Sayang…”

“Aishah jumpa Mawar…”

“Hah. Dekat mana? Kita kena bagi tahu Dany.” Kalut Alif mencapai telefonnya tetapi Aishah dengan pantas merampasnya daripada Alif. Berkerut dahi Alif melihat tindakan tidak terjangka oleh isterinya itu.

“Kenapa pula ni? Abang nak call Dany ni. Biar tenang hati Dany tu, bila tahu Mawar berada di mana.” Tangan cuba merampas kembali telefonnya tetapi Aishah menjauhkan telefon itu daripada suaminya.

“Tak boleh abang. Mawar tak izinkan saya bagi tahu sesiapa pun yang dia berada di sini. Aishah merayu pada abang. Untuk kali ni aje. Kita biarlah Mawar dengan pilihan hidup dia. Kasihan Aishah tengok dia hidup macam pelarian.” Aishah mengenggam tangan suaminya. Melihat air mata dan mendengar sendiri penderitaan  yang di tanggung Mawar, Aishah tidak sanggup lagi biarkan Mawar terus hidup  di dalam penyeksaan lagi.

Alif mengeluh. Dia juga kasihankan Mawar tetapi dia juga tak sanggup biarkan Daniel yang sasau mencari Mawar itu. Mendengar suara Daniel pun dia sudah tahu, betapa risaunya Daniel dengan kehilangan Mawar.

“Macam mana kalau Malik datang ke sini cari Mawar. Kita sekejap saja di sini. Esok lusa kita nak balik Kelantan semula. Siapa nak tolong Mawar kalau Malik tiba-tiba muncul. Sayang sanggup dengar berita Mawar dan Miranda mati di bunuh Malik.” Sengaja dia mahu menakutkan isterinya. Tidak mahu dia mengikut kata isterinya itu.

“Malik tak akan sanggup bunuh Mawar dan Miranda.”

“Sayang sendiri tengok kesan-kesan yang pernah ada di tubuh Mawar dan Miranda. Sayang rasa, Malik tak kan bertindak lebih teruk ke kalau dia jumpa Mawar di sini?”

“Aishah…” Aishah serba salah. Dia buntu. Dua-dua sahabatnya. Dua-dua dia sayang tapi dia sudah terlajak janji dengan Mawar. Mana mungkin dimungkiri lagi janjinya. Cukuplah sekali. Itu pun mujur Mawar masih sudi memaafkannya.

“Kita bagi tahu Dany supaya Mawar dan Miranda tidak terseksa dengan Malik lagi. Biar abang yang bagi tahu Dany. Sayang diam-diam aje. Buat macam biasa.”

“Tapi…”

“Dah jangan nak membantah cakap suami. Sambung menari cepat.”

“Abang ni…” Ringan tangannya menampar bahu suaminya yang terhenjut- henjut gelakkan dirinya. Di dalam hati berdoa agar Mawar memaafkannya kerana memungkiri janji lagi.

************************************

Mawar memeluk kuat tubuh Miranda. Wajahnya pucat lesi saat ini. Melihat tubuh Pak Kasim yang kaku tidak bergerak itu menambahkan lagi rasa sesak di hatinya. Rumahnya hanya berjiran dengan Pak Kasim, pada siapa lagi dia mahu meminta pertolongan.

“Ada hati nak pukul aku, dasar jantan tua tak sedar diri.” Diludah dan disepak tubuh yang tidak bergerak itu.

“Abang…” Takut-takut Mawar mahu berkata. Tubuh Miranda semakin kuat dipeluknya bila Malik semakin mendekat.

BERTAUT KEMBALI (COMPLETE)Where stories live. Discover now