BERTAUT KEMBALI PART 8

64 3 0

"Mama, nanti Miranda nak makan ayam masak warna hitam tu lagi ya." Miranda tersengih-sengih pada mamanya. Seronok dia bermain di kawasan yang lapang itu.

"Nanti mama masakan untuk sayang ya." Mawar turut menghadiahkan senyumannya buat Miranda. Kegemaran Miranda, ayam masak kicap, sama sahaja seperti Malik. Mengingati suaminya itu, Mawar mengeluh sendiri. Seandainya Malik tahu mereka di sini, ke manalah lagi mahu mereka pergi. Mawar buntu.

"Mawar."

Mawar menoleh ke arah empunya bersuara. Terkejut dia melihat sahabat lamanya di situ.

"Mawar." Suara itu kembali bergema lagi. Kali ini suara itu kedengaran sedikit serak.

"Ya Allah, jumpa juga aku dengan kau Mawar. Rindunya aku dengan kau." Mawar yang beku ditarik ke dalam pelukkannya.

"Aishah." Mawar kelu mahu berkata. Tidak menyangka dia akan bertemu dengan Aishah di sini.

"Ya. Memang akulah ni. Sahabat karib kau dunia dan akhirat." Aishah yang sudah mengalir air matanya lantas memeluk tubuh Mawar kembali. Kali ini pelukkan Aishah dibalas Mawar. Dia juga merindui sahabatnya ini.

"Aunty Ecah."

Terlerai pelukkan mereka berdua. Mawar terkejut melihat Miranda berlari lalu memeluk Aishah.

"Miranda rindukan Aunty Ecah." Pipi Aishah diciumnya bertalu-talu.

"Mama, inilah Aunty Ecah yang Miranda selalu cerita tu." Miranda memeluk erat tubuh Aishah.
Mawar melopong dan Aishah hanya mampu menyengih pada Mawar. Sewaktu Mawar yang tidak sedarkan diri dibawa Daniel ke hotel, dialah yang tolong jagakan Miranda untuk Mawar. Bila Mawar sudah sedarkan diri, dia pula tidak sempat bertemu dengan Mawar kerana dia perlu pulang segera pada waktu itu. Ibunya dikhabarkan tidak sihat dan dimasukkan ke dalam hospital.

"Aku tahu kau banyak nak tanya aku tapi aku pun banyak nak tanya kau. Jom kita lepak dekat sana. Aku nak lepaskan rindu aku pada kau puas-puas." Tangan Mawar ditariknya tapi Mawar mengkakukan langkahnya.

"Kenapa Mawar?" Berubah riak wajah Aishah melihat wajah muram Mawar.

"Aku mohon pada kau, jangan beritahu sesiapa pun aku ada di sini. Aku dah tak ada tempat lain lagi nak pergi." Ini tempat terakhir yang dia ada untuk tinggal. Rumah arwah ibu dan bapanya. Mujurlah rumah ini masih berjaga rapi. Berterima kasih dia pada insan yang sudi menjaga rumah orang tuanya ini. Siapa orangnya, dia sendiri tidak tahu. Ditanya pada Pak Kasim jiran sebelah rumah orang tuanya itu tetapi lelaki tua itu hanya memberikan senyuman sebagai jawapan.

"Kenapa kau lari daripada Dany? Kau selamat kalau tinggal dengan dia." Aishah pantas bertanya. Baru sahaja niat di hatinya mahu mengkhabarkan keberadaan Mawar di sini tapi dihalang Mawar pula. Kasihan dia pada Daniel yang resah memikirkan keselamatan Mawar.

"Aku tak nak menyusahkan dia lagi. Cukuplah dia dah tolong aku dengan Miranda. Aku mampu nak teruskan hidup aku ni."

"Dia masih cintakan kau, Mawar."

"Ada orang lain lebih berhak untuk dapat cinta dia."

"Kau tak sayang dia ke Mawar?"

"Aku isteri orang. Isteri Malik." Mawar menekankan perkataan isteri kepada Aishah. Dia mahu Aishah sedar, bahawa kalau dia bermimpi pun belum tentu dia dapat bersama dengan Daniel selagi dia masih bergelar isteri Malik.

"Lelaki binatang macam tu, tak layak dapat isteri sebaik kau." Aishah berdecit geram kemudiannya. Miranda yang sambung bermain semula itu dipandangnya. Ada rasa kasihan buat anak comel itu.

"Dia tetap ayah Miranda." Lemah saja suara Mawar.

"Maafkan aku Mawar, aku dah ceritakan semuanya pada Dany. Aku…"

BERTAUT KEMBALI (COMPLETE)Where stories live. Discover now