PART 6 BERTAUT KEMBALI

53 2 0

DARI jauh Daniel memerhatikan Mawar yang masih ralit dengan kerjanya. Sengaja diletakkan Mawar di kawasan yang agak tersorok itu, supaya Mawar selesa dan juga mudah untuknya melihat wajah Mawar. Wajah Mawar yang sudah kembali ceria itu membuatkan hatinya berasa bahagia. Puas memujuk, puas mengugut akhirnya Mawar kekal di sini. Lagi-lagi bila Mawar mengetahui siapa sebenarnya Daniel di sini, lagilah wanita itu bertindak menjauhkan diri daripadanya. Tapi jauh mana sangat Mawar nak pergi. Pusing-pusing mereka akan bertemu juga. 


"Dah lah tenung pujaan hati kau tu. Kalau dia tahu kau hari-hari skodeng dia, aku confirm dia demam wei." Bahu Daniel ditepuknya. Kepala mengeleng melihat kelakuan Daniel. Sudahlah datang skodeng si Mawar, dengan dia sekali kena ikut skodeng. Ini semua Daniel punya pasal. Daniel skodeng sebab cinta, dia sebab apa pula. Tak pasal-pasal dia seperti menjaga tepi kain Mawar pula.


"Aku boleh tenung ja. Nak lebih-lebih tak boleh. Mawar tu masih isteri orang. Aku nak tackle pun susah." Keruh saja wajah yang dipamerkan Daniel pada Mukhlis. Daniel masih tahu batasnya terhadap Mawar. Hati meronta mahu mendekati tetapi apa boleh buat, bunga pujaan masih milik orang. Sabarlah wahai hati ya.


"Kenapa kau tak jumpa saja suami Mawar tu. Aku yakin, Mawar pun tak mahu hidup dengan lelaki gila macam tu. Kau orang setelkan baik-baik. Sampai bila Mawar nak terikat dengan lelaki tak guna macam tu." Lelaki seperti Malik memang tidak layak beristerikan wanita selembut Mawar. Baru sahaja mengenali Mawar, Mukhlis yakin sangat bahawa Mawar memang seorang wanita yang baik. Mana pernah Mawar meninggikan suaranya setelah mula bekerja di sini. Digosipkan yang bukan-bukan, Mawar nampak Tenang sajaja. Sebulan sudah dia perhatikan Mawar, ternyata Mawar tidak pernah mengambil kesempatan di atas kebaikkan Daniel terhadapnya.


"Aku tak pernah tanya pada Mawar tentang hal ni. Aku takut dia tak selesa nanti. Lagipun, berdosa kalau aku runtuhkan masjid orang." 


"Aku tak suruh kau runtuhkan tapi berbincang dulu. Bawa Mawar jumpa suami dia dan lepas tu kau bincang baik-baik dengan mereka. Lagipun, Mawar jadi macam tu sebab lelaki dia cemburukan kau." Itu cerita yang pernah didengarinya daripada Daniel. Dia tahu bukan semuanya kisah Mawar diceritakan kepadanya. Sebagai sahabat dia hanya mampu berdoa supaya Daniel kembali bersatu dengan cinta hatinya yang bertahun terpisah angkara manusia berhati hitam. Tapi jika Mawar masih memilih untuk bersama dengan Malik, Mukhlis berharap Daniel akan tabah menerima keputusan Mawar. Mungkin sudah tertulis jodoh Mawar bukan dengan Daniel.


"Lima tahun Mukhlis bukan lima Hari. Tak kanlah Malik tak hilang-hilang rasa cemburu dia pada aku. Aku tak pernah pun cari Mawar selama lima tahun ni. Apa lagi dia nak?" Daniel mengeleng perlahan. Kesal dengan sikap Malik yang tidak tahu menghargai wanita sebaik Mawar.
"Aku cuma nasihatkan. Bukan apa, aku takut kalau laki dia muncul dekat sini,lepas tu buat kecoh. Lagi haru Dany. Masa tu kau tak boleh buat apa-apa dah. Nak tak nak, kau kena biarkan Mawar ikut laki dia. Aku risau Mawar makin teruk dikerjakan suaminya nanti."
"Kau rasa Mawar mahu ke ikut aku jumpa suami dia?"


"Belum cuba belum tau. Lagipun kau sanggup ke tengok Miranda hidup dalam keluarga macam tu? Kesan-kesan dekat badan Miranda tu bukan aku tak tahu, tu pasti kena dera kan?" Daniel tidak bercerita tapi dia tahu Mawar dan Miranda mangsa deraan Malik. Daniel sentiasa berahsia dengannya. Cuma sejak kehadiran Mawar di sini, Daniel nampak lebih terbuka dan senang untuk berkongsi cerita dengannya. Cuma kisah Mawar masih samar-samar diketahuinya. Kadang-kadang Mukhlis pelik, kenapa Mawar tidak pernah mahu melaporkan perbuatan Malik pada polis. Kejamnya lelaki itu terhadap Mawar, tidak dapat dibayangkannya.
"Aku nak jaga mereka berdua Mukhlis." Ikhlas Daniel melontarkan kata-katanya tanpa mengetahui ada hati insan lain yang ditorehnya. Seseorang yang daripada tadi menelinga perbualan Daniel bersama Mukhlis.


"Kalau macam tu, ikut cakap aku. Jumpa suami Mawar dan setelkan. Lagipun aku yakin sangat, lelaki tu sendiri tak mahukan Mawar. Kalau betul dia sayang, dia tak kan sekejam tu dengan Mawar." Mukhlis mahu Daniel menyelesaikan masalah Mawar bersama suaminya. Bukannya dia tidak tahu gosip liar yang bertebaran di sini. Kalau dengar pada Daniel mahu dipecatnya sekor-sekor.

BERTAUT KEMBALI (COMPLETE)Where stories live. Discover now