BERTAUT KEMBALI PART 5

54 2 0

SEMINGGU sudah berlalu semenjak daripada hari dia melarikan diri daripada Malik. Dia memang tenang berada di sini. Melihat betapa cerianya Miranda, Mawar berasa bahagia. Ada Miranda berceritakan mengenai sepasang suami isteri kepadanya tapi sehingga sekarang dia masih tidak bertemu dengan pasangan itu. Hanya Daniel saja yang sering datang melawatnya di bilik ini. Rimas sebenarnya terkurung di sini tapi jika dia berlegar-legar di luar sana tidak mungkin dia akan terselamat daripada Malik pula. Mawar resah sendiri. Rasanya sudah cukup dia menyusahkan Daniel tapi untuk keluar daripada sini dia risau bertemu Malik pula. Mawar buntu.


"Mawar..." 


Mawar tersentak. Sejak bila Daniel berada di dalam ruang bilik ini? Rasanya, dia tidak mendengar bunyi pintu dibuka pun tadi.


"Bila awak masuk?". Kalut Mawar membetulkan pakaian ditubuhnya. Dia bangun duduk di atas katil. Segan Daniel melihat keadaanya berbaring tadi.


"Mawar termenung apa?"


"Boleh saya pergi dari sini?". Terus sahaja disuarakan hasrat hatinya. Berapa lama lagi dia harus menerima bantuan daripada Daniel. Dia tidak mahu terhutang budi. Cukuplah dengan apa yang Daniel sudah lakukan untuk dia dan Miranda.


"Kalau saya tak nak Mawar pergi?"


Mawar tersentak. Dia cuba memahami maksud kata-kata Daniel sebentar tadi.


"Saya berterima kasih sangat-sangat dengan bantuan yang awak berikan pada saya dan Miranda. Cukuplah saya menyusahkan awak. Saya akan..."


Daniel pantas mencelah.


"Saya tak menolong Mawar dengan percuma". 


Sekali lagi Mawar tersentak. Berkerut dahinya memandang wajah Daniel. Dia mahukan penjelasan di sebalik kata-kata Daniel.


"Sebagai membalas pertolongan saya, saya mahu Mawar bekerja di sini. Mawar boleh terus tinggal di bilik ni." Daniel sengaja menyiniskan senyumannya. Untuk menghalang Mawar daripada pergi dia terpaksa menggunakan helah ciptaannya sendiri. Mana mungkin dibiarkan Mawar pergi lagi. Dia tidak mahu hidup wanita itu merana lagi.


"Saya ingat awak ikhlas..." Mawar menunduk. Disangkakan dirinya terlepas daripada Malik tetapi sebaliknya pula. Mungkin Daniel masih berdendam dengan dia.


"Setelah apa Mawar lakukan pada saya, semudah itu untuk saya lepaskan Mawar."


"Masih berdendam dengan saya?"


"Mawar rasa..."


"Tolonglah jangan buat saya macam ni. Saya minta maaf sebab kecewakan awak sebelum ni. Perkara dah lepas. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tak bolehkah awak move on saja?" Ada air mata yang mula terbit di kelopak matanya.


Daniel mengenggam tangannya. Sakit melihat mata Mawar yang sudah mahu basah itu.


"Dua pilihan yang Mawar ada. Pertama, kerja dengan saya dan tinggal di sini atau saya hantar semula Mawar kepada suami Mawar. Pilih mana Mawar mahu?"


Mendengar saja pilihan kedua yang disebut Daniel, membuatkan Mawar terketar sendiri. Kembali pada Malik ibarat dia bertemu dengan pintu neraka.


"Saya tak nak jumpa Malik. Saya tak nak." Terserlah wajah penuh ketakutan di wajah Mawar.
"Kenapa?" Sengaja Daniel bertanya padahal dia telah mengetahui Hal yang sebenar. Melihat keadaan Mawar dan mendengar luahan Miranda sudah cukup untuk mengetahui wanita kesayangannya ini hidup dalam keadaan menderita.


"Saya..." Mawar diam. Mustahil dia mahu menceritakan perihal rumah tangganya kepada Daniel. Kekejaman Malik pada dirinya cukuplah hanya dalam simpanannya sendiri. 


"Mawar tak bahagia dengan Malik?" Daniel tenung wajah Mawar. Dia mahu tahu jawapan wanita itu.


"Bahagia..." tipu Mawar dengan suara yang tertahan-tahan saja mahu mengucapkan perkataan bahagia itu.


"Kalau macam tu, bagi saya nombor phone suami Mawar. Biar saya hubungi suami Mawar. Pasti dia risaukan Mawar dan Miranda sekarang ni." 


Mawar terus bangun daripada katil. Kalut dia bila mendengar Daniel mahu menghubungi Malik. Malapetaka besar akan menimpanya jika itu yang terjadi.


"Tak boleh." Tegas Mawar.


"Dia suami Mawar. Dia berhak..."


"Awak diam. Awak tak tahu apa yang saya rasa selama ni. Saya tak nak jumpa dia lagi. Saya merayu, tolong biarkan saya dan Miranda pergi. Cukuplah saya tanggung semuanya selama ni." Mawar sudah teresak. Hiba hatinya bila mengenangkan kekejaman demi kekejaman yang pernah diterimanya daripada Malik. Masih terasa rasa sakit sepak terajang dan pukulan daripada Malik ke atas tubuh badannya.


Daniel mendekati Mawar. Perlahan-lahan tubuh wanita itu ditarik masuk ke dalam pelukannya. Terlupa dia sebentar bahawa Mawar isteri orang.


"Mawar tak bahagia dengan dia kan? Saya akan jaga Mawar dan Miranda. Percayakan saya." Kepala Mawar diusapnya.


Mawar yang terleka dalam pelukkan Daniel tersentak. Tersedar dia tidak sepatutnya berkeadaan begitu dengan Daniel. Lantas ditolak kasar tubuh Daniel menjahuinya.


"Saya minta maaf Mawar. Saya..."


"Saya akan kerja di sini seperti yang awak nak. Tapi saya merayu jangan sesekali hantar saya kepada Malik semula. Satu lagi, tolong jangan buat macam tu pada saya. Saya isteri orang. Awak kena ingat semua tu Dany."


"Saya buat apa?" Sengihan nakal terbit di wajah Daniel. Mawar mati kata. Wajahnya mula kemerahan.


"Saya buat apa dengan Mawar?" Daniel perlahan-lahan kembali mendekati Mawar. Sengaja dia mahu menyakat wanita itu. Sekurang-kurangnya hilang esakan Mawar yang kedengaran tadi.

"Berhenti!" Mawar menahan langkah Daniel yang semakin mara padanya. Dia sudah habis melangkah ke belakang. Tubuhnya sudah tersandar di dinding. Jika Daniel terus mara, pasti tidak berjarak tubuhnya daripada Daniel.


"Mawar belum jawab soalan saya." 


Mawar semakin tak tentu arah dibuatnya. Mahu lari tapi Daniel sudah memerangkapnya di dinding itu.



"Dany..."


"Ya saya."


"Tolong saya."


"Nak tolonglah ni." Daniel tersenyum. Hatinya tercuit melihat gelagat Mawar yang tak tentu arah itu. Sengaja dia mendekatkan wajahnya ke arah wajah Mawar.
Mawar semakin pucat wajahnya. Berkali-kali dia menolak tubuh Daniel menjahuinya tapi seperti tiada apa-apa yang terjadi pun. Makin dekat dengannya adalah.


"Dany..." 


Mawar cuba mengeraskan suaranya tapi yang kedengaran hanya suara yang seakan mengoda Daniel saja gayanya.


"Kahwin dengan saya, Mawar."


"Hah?"


Di saat Mawar terkejut mendengar kata-kata Daniel, pintu bilik dibuka seseorang.


"Maaf Tuan Dany. Saya Tak..." Tina cepat-cepat mahu keluar daripada bilik itu.


"Masuk Tina."Daniel memberi arahan. Tina yang baru mahu melangkah keluar kembali masuk ke dalam bilik itu semula. Wajah Mawar dilihatnya. Bila mereka mata mereka bertentang, Tina menghadiahkan jelingan tajam buat Mawar. Mawar terkedu sebentar melihat jelingan Tina.


"Kenapa Tina?" Daniel sudah melabuhkan duduknya di sebuah sofa di dalam bilik itu.


"Saya nak hantar baju yang Tuan Dany suruh Saya carikan untuk Puan Mawar semalam. Maaf Tuan Dany, saya main terjah saja tadi." Tina memaniskan wajahnya tapi di dalam hati berbara marahkan Mawar. Disangkanya Mawar hanya dibantu Daniel tetapi rupa-rupanya Ada sesuatu di antara mereka berdua. Tina Mula resah. Memikirkan dia akan kehilangan Daniel, dia mula atur rancangan mahu menjauhkan Mawar daripada Daniel.

BERTAUT KEMBALI (COMPLETE)Where stories live. Discover now