"Da tengok apa sampai terdiam macam ni?" tegur Bonda Ummi.

Hirda tengadah. Dia memandang Bonda Ummi sambil senyum.

"Saja tengok dia orang berdua tu makan,"katanya lantas berpaling ke arah sofa.

"Da suka ya kalau mereka bersama?" tanya Bonda Ummi lagi. Bonda Ummi perasan Sarrafia dan Noh nampak rapat dan mereka berdua serasi bersama.

"Entahlah. Bonda tengok mereka berdua rapat kan. Da suka kalau mereka berdua betul-betul jadi," ujar Hirda.

"Bonda tak kisah kalau mereka nak berkahwin. Tapi mahukah Sarra? Bonda tengok dia tidak menganggap Noh lebih daripada seorang kawan," balas Bonda Ummi.

Ketika itu juga Sarrafia terjengul di dalam pejabat. Kedua-dua mereka terus diam.Tidak mahu berbicara lagi tentang Sarrafia. Bonda Ummi pula terus melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

Sarrafia melabuhkan punggung di sisi Hirda. Dia menepuk perlahan paha Hirda.

"Makan berdua nampak?" usik Hirda.

"Alah...Kak Da ni, macamlah kami tak pernah makan berdua. Selalu aje. Jangan nak cakap apa-apa."Sarrafia menjeling dengan amarannya itu.

Hirda mencebik sambil tergelak. Hirda bangun dari sofa yang didudukinya untuk ke mejanya. Sarrafia membuntutinya.

"Kak Da suka kalau kau orang berdua hidup bersama," kata Hirda sambil gelak.

"Malaslah nak layan Kak Da. Kalau Sarra masih menjawab soalan Kak Da sampai bila-bila pun Kak Da masih nak tahu. Kenapa Sarra datang cari Kak Da, kenapa Sarra tak balik jumpa mama. Tu semua soalan Kak Da. Kak Da tak jemu ke?" tanya Sarrafia sambil menjuihkan bibirnya.

"Yalah sebab Sarra tiba-tiba datang cari Kak Da. Kak Da hairan. Sarra masih lagi tak nak cakap?" Hirda bertanya lagi. Alang-alang mereka sudah berbicara tentang hal ini, apalah salahnya dia bertanya lagi.

"Sarra tak bersedia lagi, Kak Da dan kalau boleh, Sarra memang tak nak ingat pun. Dan juga kalau boleh Sarra tak mahu cakap pun,"balasnya perlahan.

Dia malu untuk bercerita dengan Hirda mengapa dia ke sini dan tidak pernah pulang ke rumah keluarganya. Jika dia bercerita kenapa dia tidak pernah pulang, dia perlu mengungkit kisah silamnya yang menjijikkan itu. Dia sentiasa berdoa untuk melupakan segalanya, namun kenangan itu tetap tidak pergi. Malah, masih segar dalam hati dan mindanya.

"Asal Kak Da tanya, mesti melamun. Apa yang mengganggu Sarra?" tanya Hirda.

"Tengok, pandai nak belit Sarra. Macam anakonda. Uwekk..." Sarrafia mencebik.

Hirda mengutil kulit lengan Sarrafia. Sarrafia mengusap-usapnya laju. Sakit dek kutilan itu.

"Ha...Ni anakonda nak gigit pulak,"kata Hirda. Dia mengangakan mulutnya ke arah lengan Sarrafia.

Sarrafia segera melompat bangun. Tergelak-gelak mereka berdua. Bonda Ummi hanya memandang sahaja dari dalam biliknya. Hirda anak angkatnya manakala Sarrafia adik angkat Hirda. Hubungan mereka berdua memang rapat. Dengan kedua-dua mereka, dia menumpang kasih biarpun mereka tidak dijalinkan dengan hubungan darah.

"Seronok nampak,"tegur satu suara.

Mereka berdua segera berhenti gelak. Dua pasang mata itu terpaku memandang lelaki tegap yang berdiri di depan mereka.

"Ha...Mr. H. Awak punya couple ada kat sini,"usik Sarrafia.

Haqif senyummanis memandang Hirda. Gadis bertudung labuh itu memang menarik minatnya sejak kali pertama dia memandangnya beberapa tahun lalu.

"Sarra ni ada-ada sahaja."Dikutilnya lengan Sarrafia sekali lagi.

"Mr.H kena hati-hati. Kalau buat silap, dia kutil Mr. H. Sakit tau tak,"kata Sarrafia sambil mengusap lengannya.

"Kalau dengan saya, mana dia berani kutil, Sarra. Tak halal. Kalau halal pun mana berani juga,"balas Haqif.

"Kalau halal, berani eh!" Tiba-tiba meluncur laju kata itu dari mulut Hirda.

Haqif dan Sarrafia melopong memandang Hirda. Hirda terdiam. Mulutnya laju pula kali ini. Jika tidak, dia sentiasa jual mahal dengan Haqif. Bukannya Ayah Min tak pernah cakap mahu menjodohkannya dengan Haqif. Dah selalu sejak dia belum lagi mengenali Haqif. Rasanya Haqif sendiri sudah tahu pasal itu. Sebab itulah dia berani semacam. Ada greenlight daripada Ayah Min. Semua orang tahu dia memang jual mahal dengan mana-mana lelaki.

"Kalau berani, saya tadahkan ajelah ya, Da?"usik Haqif lagi. Dia suka dengan cara begini.

Hirda diam. Amboi! Dah berani pula mainkan aku. Mulut ni pun laju sangat. Picit kang!

"Diam aje tu, Mr. H memang boleh tadahkanlah. Ketul-ketul kat badan Mr. H tu bukan luak pun kalau Kak Da kutil,"seloroh Sarrafia. Dia menjelir lidah ke arah Hirda.

Haqif ketawa kuat demi mendengarkan kata-kata Sarrafia. Sarrafia memang adik yang baik.

"Kalau adik betul dah lama saya peluk ni, Sarra."

"Uwekk..."

Sarrafia berlalu, membiarkan mereka berdua melayani diri masing-masing. Moga-moga menjadilah. Haqif pandang Hirda yang nampak malu-malu. Jika boleh, Haqif mahu melayari hidup bersama dengan Hirda.

SETELAH KUDIMILIKIWhere stories live. Discover now