+ 02

368 51 20
                                    

[ Pencil | Chapter Two ]

Bebola mata pensel yang dipegang bergerak mengikut rentak pergerakkan Min Yoonji. Perlahan-lahan Yoonji cuba meniru bayangan figura seorang lelaki yang sering bermain di ruang imaginasi nya. Entah kenapa, sejak beberapa hari ini Yoonji asyik terbayangkan figura seorang lelaki yang bermain watak sebagai peneman hatinya.


Mudah baginya untuk melakar bayangan wajah lelaki itu kerana dia sendiri adalah pelajar lepasan jurusan seni. Jadi, hal lukisan sebegini adalah sesenang kacang goreng. Batang pensel pemberian seorang nenek tempoh hari diletakkan di atas meja setelah usai melukis potret lelaki itu. Kemudian dicapainya pula berus untuk menampakkan lukisan itu lebih realistik. Berus digosok secara perlahan di atas kertas lukisan yang terpampar di hadapan.

Setelah beberapa jam berlawan kepenatan bersama secangkir kopi amarecano, akhirnya siap juga potret lelaki misteri itu. Yoonji tersenyum puas melihat hasilnya yang sempurna tanpa sebarang cacat cela. Iya, itu dia figura yang sering bermain di ruang imaginasi nya yang terlalu menginginkan peneman hati.

Yoonji berpaling tubuh ke kiri daripada terus mengiring ke kanan. Selimut yang semakin melurut ke bawah ditarik menutupi badannya. Telapak tangan yang terasa sejuk disorok untuk mengekalkan haba kepanasan. Secara tiba-tiba, biliknya diterangi dengan cahaya keungguan. Dalam tidak sedar, cahaya magical itu berpusing mengelilingi lakaran figura lelaki yang terhampar luas pada papan kayu.


Setelah beberapa minit, lakaran tersebut hilang dan figura seorang lelaki yang dilukis Yoonji muncul di balik lingkaran cahaya tersebut. Lelaki itu menilik badan sendiri. Disentuhnya bahagian tubuh badan sendiri seolah tidak percaya dia telah berubah bentuk menjadi manusia.

Saat dia leka menyentuh tubuh badan sendiri, matanya tertacap pada figura Yoonji yang masih lena diulit mimpi. Satu senyuman terbit pada wajahnya yang tiada langsung cacat cela. Terlalu sempurna sekali ciptaan gadis itu.

Secara perlahan dan berhati-hati, dia merapati si gadis. Lelaki itu duduk bersimpul kaki disebelah birai katil. Tangan disilang pada biri katil dan menjadi tongkat kepada dagunya. Dalam diam, jejaka berkulit sawa matang itu merenung wajah si gadis yang bersih tanpa sebarang jerawat. Dari mata, hidung, turun ke bibir. Segalanya amat sempurna di mata lelaki itu.

"Jadi, kau yang telah mencipta aku? Kau lah si gadis yang selalu mengimpikan aku sebagai peneman hidup?" Lelaki itu bertanya seolah dirinya sedang berbual dengan si gadis walhal dia tahu bahawa soalan itu hanya akan dibiarkan tergantung sepi tanpa jawapan.

❛✓❜ pencil | 김태형Where stories live. Discover now