Bab 19

1.4K 60 0

"Ish tah pape tah si kicap tu. Tak habis-habis nak cakap semua benda tu. Aku tau lah aku menumpang je rumah dia ni" kata Theodora seorang diri.

Dia sengaja membuat-buat merajuk. Malas nak layan si Asyraf yang tidak habis-habis cakao semua benda dia punya. Siapa je tak polak kan?

Theodora melangkah kaki ke balkoni. Dia mahu mengambil angin sedikit.

Kaki terus melangkah ke arah kerusi yang telah disediakan di ruang yang agak besar, balkoni.

Dia duduk sambil mengenangkan nasib dirinya. Dia sudah tiada siapa-siapa lagi.

Dulu hidupnya bagai kan meriah yang berpanjangan. Tetapi sekarang hidupnya bagaikan sebatang lilin. Tidak berteman. Hanya seorang diri.

Keluarga belah bapanya dia tidak tahu di mana tinggalnya mereka. Theodora mahu meminta tolong Asyraf mencarikan ahli keluarga bapanya untuk menjadi wali ketika dia menikah dengan Asyraf nanti.

Tetapi itu semua hanya hayalan. Dia tahu keluarga belah bapanya tidak akan mengaku dia saudara lagi. Setelah kematian abang sulungnya itum satu keluarga bapanya menganggap dia 'perempuan jalang'.

Theodora yang teringat akan kisah lamanya itu hanya tersenyum kelat. Tidak lah sebab abangnya mahu menyelamatkan dia sehingga nyawa abangnya tergadai menyebabkan keluarga belah bapanya menganggap dia begitu.

Tipulah jika dia tidak berjauh hati. Theodora selalu menangis ketika mereka menggelarkan dia 'perempuan jalang'. Tahulah abangnya itu rajin, pandai, lembut berbicara. Tidak usahkah saudara-mara belah bapanya jatuh sayang dekat abang sulungnya itu.

Krekkk

Terdengar pintu bilik Theodora dibuka oleh seseorang.

Asyraf yang baru sahaja melangkah kaki masuk ke bilik bakal isterinya itu memandang sekeliling. Kemas.

Dia mencari kelibat Theodora tidak jumpa. Asyraf yang ternampak pintu yang menuju kerah balkoni itu terbuka, terus melangkah kakinya ke sana.

Niat dia datang ke bilik Theodora ini untuk memujuk. Bukan untuk membuat apa-apa yang tidak elok. Dia bukan lah yang jenis yang suka-suka mengambil hak perempuan yang satu itu.

Asyraf yang ternampak kelibat seorang wanita yang dia sayang itu sedang termenung. Dia tersenyum nakal. Adalah tu idea yang terlampau bernas nak buat dekat Theodora.

Theodora masih tidak perasan akan kehadiran Asyraf itu. Kaki Asyraf mula terjengkit-jengkit kecil. Tidak mahu Theodora tahu yang sekarang dia berada di belakangnya.

Satu..

Dua..

Tiga..

Bahhh

"Arghhhh hantuuu hantuuuuuu tolonggggggg" jerit Theodora dengan lantangnya. Dia menutup mukanya dengan kedua belah tangannya sambil menapak kaki ke belakang. Takut barangkali.

"Ummiiii ada hantuuuu Dora takutt huaaaaa" sekali lagi Theodora bersuara. Siapa je tak takut bhaii. Tengah syok termenung tiba-tiba ada orang datang jerkah.

Asyraf yang menyaksikan ketakutan Theodora itu. Terus menghamburkan tawanya yang dari tadi tahan.

Terbahak-bahak dia menggelakkan bakal isterinya itu.

Theodora yang terdengar gelakkan dari seseorang itu terus menjarakkan tangannya yang menutup muka ketika tadi.

Puan Asmah dan Aileen yang terdengar jeritan dan gelakkan di tingkat atas itu terus memandang satu sama lain.

Mereka tergelak kecil. Tahulah mereka yang Asyraf itu membuat Theodora sehingga menjerit wanita itu. Haihlah Asyraf kenapalah kau macam ni.

Theodora masih memandang Asyraf dengan pandangan yang susah ditafsirkan. Sungguh dia geram dengan lelaki yang mengejutkan dia tadi.

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now