Di Sebalik Hikmah Bukan Hikmah

1 0 0

Teruji!
الله اكبر , rasa nak juga cerita, I guess this is the time. Isu utama dalam post kali ini ialah Anfal, rumah islam di bumi Beijing ini.

Hari ini bertarikh 21 Jun 2019, Jumaat, baru pukul 8 pagi tadi menghadapi peperiksaan yang ala-ala Add Math, eh! Seminggu study week ni rasa cepat sangat masa berlalu, tuptup Jumaat dah hari ini.

Selepas exam, housemates --- Kak Nadia & Kak Miun (cute tak nama) mesej tanya free sudah untuk berjumpa pegawai?

Tujuaannya adalah untuk berjuang mempertahankan satu-satunya rumah islam di sini. Yang tinggal nanti hanya saya, Syazwa dan Dayana. Kami sudah bersedia dengan segala hujah, persoalan, pertahanan dsb.

Bukan mudah ya berlawan mulut dengan orang China, bergaduh tu memang vocabulary kena mantap! Herher, kalau tidak, tersekat-sekat tak jadi debat. Selepas diberi hujah, malah cara daripada kami, pihak universiti tetap dengan keputusan untuk mengosongkan Anfal pada semester hadapan. Pengawai minta datang pejabatnya semula pukul 2 petang untuk perbincangan lanjut.

Selepas sejam menunggu pegawai di ruangan lobi Bangunan Putih, akhirnya dapat masuk pejabat dan mulakan rundingan damai. Kali ini, kami bertiga. Tiada Kak Nadia mahupun Kak Miun di sisi. Tipulah tak terasa dengan kata-kata pegawai yang tak berlapis itu, tahulah orang Beijing tapi kita hati tisu tahu, tahan je air mata.

"Kenapa beli tiket balik Malaysia awal?"

"Cari masa, sambil tengah prepare untuk exam, boleh prepare untuk pindah rumah."

Ohmai, petang Selasa minggu depan lepas kertas terakhir dah kena mula untuk mengemas segala isi rumah untuk masuk dipindahkan ke dalam bilik nun jauh di sana. Siapa sangka detik ini akan terjadi, selepas 2 tahun duduk dekat Anfal, akhirnya kembali semula di Bangunan Nombor 6.

Terkesima.

Terkedu.

Terkejut, sampai tak boleh menangis.

Dalam masa sedang menghadapi peperiksaan, Allah uji dengan ujian yang kena pindah tiba-tiba. Tempat yang selama ini untuk membangkitkan iman, mengumpulkan hamasah, mencari jiwa, bercurahat, nadwah, usrah, daurah; gone.
---------
Serius, keluar terus daripada pejabat pegawai, rasa macam sedang terapung di udara. Rasa terkena tamparan yang hebat!

Dalam sedang-sedang senyap berfikir, bertenang, perlahan-lahan cuba bernafas. Kita tak pernah tahu akan perancangan Dia, kita dah mencuba tapi kali ini bukan rezeki kita. He knows the best for us! Allah tidak akan menguji seseorang lebih daripada kemampuannya, bahkan menguji, siapa yang lebih baik amalnya. Hanya Dia tempat kita bergantung.

Dalam ramai-ramai menepuk bahu sambil memberi kata-kata semangat, sepertinya bukan itu yang diperlukan. Hah, entahlah. Perkara yang sangat diperlukan saat ini ialah sokongan dan jiwa. Jiwa untuk benar-benar merasai hilangnya permata. Hilang! Namun, mungkin tiada yang mampu rasa beratnya kehilangan ini melainkan ahli Anfal. Sounds selfish, tapi kita tak akan merasainya melainkan kita duduk dalam kasutnya.

Seminggu punggah barang sampai kaki pun sampai Malaysia pun tak boleh nak berjalan. Dah merayu macam pengemis tapi inilah ketentuan takdir, Allah benar-benar menguji. Tanpa manusia lain. Kita masih sendiri.

Moga terus istiqamah!

Made in ChinaRead this story for FREE!